Kapal karam Diana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kapal karam Diana merupakan sebuah kapal yang telah karam dijumpai berhampiran pelantar minyak Petronas yang terletak di Selat Melaka dalam perairan Malaysia. Asalnya kapal ini merupakan kapal dagangan milik Syarikat Hindia Timur British. Ia telah karam pada 1817 dipercayai akibat terlanggar batu tunggul laut.

Menurut hasil ekskavasi yang dijalankan pada 21 Disember 1993, oleh Dorian Ball, Pengarah Urusan dan pemilik Syarikat Penyelamat Marin (MHS), ia tertanam didalam lumpur sedalam 34 meter kira-kira 8 batu nautika atau 3.7 km dari pantai. Kapal ini dipenuhi dengan barangan antik khususnya tembikar porselin biru-putih China yang begitu rapi buatannya dan tak ternilai harganya.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chinese Ship Wreck Treasure". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-06. Dicapai pada 2011-10-05.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]