Pergi ke kandungan

Kapal pengangkut helikopter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Canberra class

Kapal pengangkut helikopter adalah sejenis kapal pengangkut pesawat yang tujuan utamanya ialah mengendalikan helikopter. Pengangkut helikopter mempunyai geladak penerbangan yang besar meliputi sebahagian besar kapal, dimana merentasi keseluruhan panjang kapal seperti HMS Ocean[1] dari Royal Navy (RN), atau hanya separuh jalan, biasanya bahagian belakang, sama seperti kelas Moskva Tentera Laut Soviet, Type 0891A Tentera Laut China atau RFA Argus RN. Ia juga sering mempunyai hangar dibawah dek untuk menyimpan pesawat.

Kapal pengangkut helikopter yang tulen sukar untuk ditakrifkan dalam abad ke-21. Kedatangan pesawat STOVL seperti Harrier Jump Jet, dan kini F-35, mempunyai pengelasan yang rumit; sebagai contoh, kelas Wasp Tentera Laut Amerika Syarikat, membawa 6 hingga 8 buah pesawat Harrier berserta lebih 20 buah helikopter. Hanya kapal pengangkut lebih kecil yang tidak dapat mengendalikan Harrier dan era pengangkut pra-Harrier yang lebih tua boleh dianggap sebagai pengangkut helikopter sejati. Dalam kebanyakan kes, pengangkut lain, yang boleh mengendalikan pesawat STOVL, diklasifikasikan sebagai "kapal pengangkut pesawat ringan". Kapal lain, seperti kelas Wasp, juga mampu menghantar pasukan tentera seperti askar marin dan mendaratkan mereka ke pantai; ia diklasifikasikan sebagai kapal serangan amfibia.

Pengangkut helikopter telahpun digunakan sebagai kapal pengangkut peperangan anti-kapal selam dan kapal serangan amfibia.

HMS Hermes dan 2 kapal kembarnya ialah kapal pengangkut armada bersesaran 22,000 tan yang ditukar kepada "pembawa komando" yang hanya dapat mengendalikan helikopter. Hermes kemudian ditukar kepada pengangkut STOVL.

Pengangkut helikopter mengikut negara

[sunting | sunting sumber]
Negara Tentera laut Dalam perkhidmatan Dalam simpanan Dalam pembinaan
AlgeriaBendera tentera laut Algeria Tentera Laut Algeria100
AustraliaBendera tentera laut Australia Tentera Laut Diraja Australia200
BrazilBendera tentera laut Brazil Tentera Laut Brazil100
ChinaBendera tentera laut Republik Rakyat China Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat201 (5 buah dirancang)
MesirBendera tentera laut Mesir Tentera Laut Mesir200
PerancisBendera tentera laut Perancis Tentera Laut Perancis300
IndiaBendera tentera laut India Tentera Laut India000 (4 buah dirancang)
ItaliBendera tentera laut Itali Tentera Laut Itali301
JepunBendera tentera laut Jepun Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun400
RusiaBendera tentera laut Rusia Tentera Laut Rusia002 (3 buah dirancang)
Korea SelatanBendera tentera laut Korea Selatan Tentera Laut Republik Korea200
SepanyolBendera tentera laut Sepanyol Tentera Laut Diraja Sepanyol100
ThailandBendera tentera laut Thailand Tentera Laut Diraja Thailand100
TurkiBendera tentera laut Turki Tentera Laut Turki001
Amerika SyarikatBendera tentera laut Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat931 (11 buah dirancang)

Pengangkut-pengangkut helikopter

[sunting | sunting sumber]

Pengangkut helikopter yang kini digunakan

[sunting | sunting sumber]
Negara Nama (Nombor badan) Panjang Tanan (tm) Kelas Pendorongan Jenis Pengelasan Tauliah
Australia Canberra (L02) 230.82 m (757.3 ka) 27,500 mt Canberra
( Juan Carlos I yang diubahsuai)
Konvensional STOVL Dok pendaratan helikopter 28 November 2014
Australia Adelaide (L01) 230.82 m (757.3 ka) 27,500 mt Canberra
( Juan Carlos I yang diubahsuai)
Konvensional STOVL Dok pendaratan helikopter 4 Disember 2015
Brazil PHM Atlântico (A140) 203.4 m (667 ka) 21,500 mt Konvensional VTOL Pelantar pendarat helikopter 29 Jun 2018[2]
Mesir Gamal Abdel Nasser (L1010) 199 m (653 ka) 21,300 mt Mistral Konvensional VTOL Dok pendaratan helikopter 2 Jun 2016[3]
Mesir Anwar El Sadat (L1020) 199 m (653 ka) 21,300 mt Mistral Konvensional VTOL Dok pendaratan helikopter 16 September 2016
Perancis Mistral (L9013) 199 m (653 ka) 21,300 mt Mistral Konvensional VTOL Dok pendaratan helikopter Disember 2005
Perancis Tonnerre (L9014) 199 m (653 ka) 21,300 mt Mistral Konvensional VTOL Dok pendaratan helikopter Disember 2006
Perancis Dixmude (L9015) 199 m (653 ka) 21,300 mt Mistral Konvensional VTOL Dok pendaratan helikopter Disember 2011
Jepun JS Kaga (DDH-184) 248 m (814 ka) 27,000 mt Izumo Konvensional VTOL Pemusnah helikopter 22 Mac 2017
Jepun JS Izumo (DDH-183) 248 m (814 ka) 27,000 mt Izumo Konvensional VTOL pemusnah helikopter 25 Mac 2015
Jepun JS Hyūga (DDH-181) 197 m (646 ka)[4] 19,000 mt Hyūga Konvensional VTOL Pemusnah helikopter 18 Mac 2009
Jepun JS Ise (DDH-182) 197 m (646 ka)[4] 19,000 mt Hyūga Konvensional VTOL Pemusnah helikopter 16 Mac 2011
Korea Selatan Dokdo (LPH-6111) 199 m (653 ka) 18,800 mt Dokdo Konvensional VTOL Pelantar pendaratan helikopter 3 Julai 2007
Korea Selatan Marado (LPH-6112) 199 m (653 ka) 18,800 mt Dokdo Konvensional VTOL Pelantar pendaratan helikopter 3 Julai 2018
Sepanyol Juan Carlos I (L-61) 230.82 m (757.3 ka) 27,079 mt Juan Carlos I Konvensional STOVL Dok pendaratan helikopter 30 September 2010
UK Argus (A135)[5] 175.1 m (574 ka) 20,081 mt Pengubahsuaian unik kapal dagang Konvensional VTOL Kapal latihan penerbangan 1 Jun 1988
A.S America (LHA-6) 257.3 m (844 ka) 45,000 mt America[6] Konvensional STOVL Serangan pendaratan helikopter 11 Oktober 2014[7]
A.S Wasp (LHD-1) 257 m (843 ka) 40,532 mt Wasp[6] Konvensional STOVL Dok pendaratan helikopter 29 Julai 1989
A.S Essex (LHD-2) 257 m (843 ka) 40,650 mt Wasp Konvensional STOVL Dok pendaratan helikopter 17 Oktober 1992
A.S Kearsarge (LHD-3) 257 m (843 ka) 40,500 mt Wasp Konvensional STOVL Dok pendaratan helikopter 16 Oktober 1993
A.S Boxer (LHD-4) 257 m (843 ka) 40,722 mt Wasp Konvensional STOVL Dok pendaratan helikopter 11 Februari 1995
A.S Bataan (LHD-5) 257 m (843 ka) 40,358 mt Wasp Konvensional STOVL Dok pendaratan helikopter 20 September 1997
A.S Bonhomme Richard (LHD-6) 257 m (843 ka) 40,500 mt Wasp Konvensional STOVL Dok pendaratan helikopter 15 Ogos 1998
A.S Iwo Jima (LHD-7) 257 m (843 ka) 40,530 mt Wasp Konvensional STOVL Dok pendaratan helikopter 30 Jun 2001
A.S Makin Island (LHD-8) 258 m (846 ka) 41,649 mt Wasp Konvensional STOVL Dok pendaratan helikopter 24 Oktober 2009

Pengangkut helikopter yang dibersarakan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "HMS Ocean (LPH01) Helicopter Carrier". Naval Technology. 2011-06-15. Dicapai pada 2014-04-20.
  2. "Brazil commissions helicopter carrier". www.janes.com. 29 June 2018.
  3. "DCNS delivers the second Mistral-class helicopter carrier to the Egyptian Navy, the LHD Anwar El Sadat". 16 September 2016.
  4. 1 2 "Hyuga Class". JMSDF Gallery (dalam bahasa Jepun). JMSDF. Dicapai pada 27 February 2015.
  5. B. Ireland and F. Crosby (2011). The Illustrated Encyclopaedia of Aircraft Carriers And Naval Aircraft. Hermes House. m/s. 189.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  6. 1 2 World Wide Aircraft Carriers
  7. "America 'Sails Away' for Maiden Transit to San Diego Homeport". United States Navy. 10 October 2014.
  8. "BBC News – Warship HMS Illustrious starts sea trials". Bbc.co.uk. 2011-06-17. Dicapai pada 2014-04-20.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkaitan Helicopter carriers di Wikimedia Commons