Kapal pengangkut pesawat Principe de Asturias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dalam pelayaran di luar pantai Maghribi pada tahun 2004
Principe de Asturias di luar pantai Maghribi pada tahun 2004.
Sejarah
Spanish naval jackSepanyol
Bersempena dengan: Putera Asturia
Dipesan: 29 Mei 1977
Pembina: Bazán, Ferrol
Dibaringkan: 8 Oktober 1979
Dilancarkan: 22 Mei 1982
Ditaja oleh: Ratu Sofía dari Sepanyol
Ditauliah: 30 Mei 1988
Pelabuhan asal: Pangkalan Udara Tentera Laut Rota
Status: Aktif
Ciri-ciri umum
Sesaran:
  • 15,912 tan (standard),
  • 16,700 tan (dengan muatan)
Panjang: 195.9 meter (643 ka)
Lunas: 24.3 meter (80 ka)
Draught: 9.4 meter (31 ka)
Jana kuasa: 2 × turbin gas General Electric LM2500+ dalam konfigurasi COGAG, satu aci, 46,400 shp
Halaju: 26 knot (48 km/j)
Jarak: 6,500 batu nautika (12,000 km) pada 20 knot (37 km/j)
Anak kapal: 763 (jumlah); 600 krew kapal, 230 krew udara
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Radar pencari udara Raytheon SPS-52C/D 3D, radar pencari permukaan ISC Cardion SPS-55, radar kawalan pesawat ITT SPN-35A, radar kawalan tembakan FABA SPG-M2B, radar amaran kehadiran peluru berpandu SELEX Sistemi Integrati RTN-11L/X, radar penanda sasaran Selex RAN 12 L
Peperangan elektronik
& pengumpan:
unit pertahanan diri elektronik Nettunel, Super RBOC, pengumpan Sensytech AN/SLQ-25 Nixie
Persenjataan: 4 x FABA Meroka Mod 2B CIWS, 12 × meriam Oerlikon L120 20 mm
Pesawat yang dibawa: 29 buah pesawat kepak kaku dan putar
Kemudahan penerbangan: 12° lompatan ski 46.5 m (panjang)

Príncipe de Asturias (R11) adalah sebuah kapal pengangkut pesawat dan kapal laksamana bagi Tentera Laut Sepanyol. Ia juga merupakan kapal kedua terbesar di dalam armada Tentera Laut Sepanyol. Pembinaannya telah dilakukan di Limbungan Bazan dan diserahkan kepada pihak tentera laut pada 30 Mei 1988.

Sepanyol mula mengoperasikan kapal pengangkut pesawat sejak tahun 1920an. Asalnya dengan menggunakan kapal pembawa kapal terbang laut, Dédalo dan kemudian kapal pengangkut pesawat ringan pelbagai peranan, Dédalo, yang mana merupakan bekas milik Tentera Laut A.S semasa Perang Dunia 2 iaitu kapal pengangkut pesawat ringan USS Cabot. Dédalo kemudian digantikan dengan Príncipe de Asturias.

Kapal ini ditugaskan ke Kumpulan Alpha, yang mana terdiri daripada kapal pengangkut pesawat dan enam buah frigat kelas-Santa Maria (sebuah kelas Oliver Hazard Perry versi Sepanyol). Kapal-kapal lain termasuk kapal logistik, penangki dan korvet juga ditugaskan sekiranya perlu. Príncipe de Asturias dan Grup Alpha telah terlibat dalam operasi-operasi keamanan di Laut Adriatik.

Kapal ini menjadi mangsa kepada potongan belanjawan apabila secara rasminya dibersarakan pada 6 Februari 2013.[1]

Beberapa negara dilaporkan menyatakan minat mereka untuk membeli Príncipe de Asturias sebelum ia diceraikan. Indonesia dilaporkan menunjukan minat, tetapi kemudian memutuskan untuk membatalkannya. Sumber-sumber yang tidak dapat dipastikan juga menunjukan Filipina, beberapa negara Arab,[2] serta Angola menyatakan minat untuk membeli Principe de Asturias.[3] Pada September 2017, satu pengumuman bahawa Príncipe de Asturias telah dibeli oleh sebuah syarikat Turki yang merancang untuk menskrapkan kapal ini.[4]

Pengunduran[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mei 2012, khabar angin timbul bahawa Príncipe de Asturias mungkin akan ditarik keluar daripada perkhidmatan aktif dan diletakkan dalam keadaan "siap sedia terhad" bersama-sama dengan dua buah frigat kelas-Santa Maria di sebabkan tekanan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Sepanyol.[5] Kos operasi tahunan untuk kapal pengangkut ini dan kumpulan udaranya mencecah 100 juta.[6] Sebarang keputusan berkaitan takdir kapal ini telah diambil kira pada tahap tertinggi ekoran statusnya sebagai sebuah kapal armada dalam Tentera Laut Sepanyol.[5]

Pada November 2012, pembersaraannya disahkan. Upacara perlucutan tauliah rasmi akan diadakan pada 6 Februari 2013.[6] Keupayaan penerbangan akan disediakan oleh kapal dok pendaratan helikopter kapal Sepanyol Juan Carlos I.[6] Pada tahun 2015, kapal ini dilaporkan akan dijual untuk dijadikan skrap. Ia dilaporkan dalam perjalanan ke limbungan skrap Leyal di Turki[7] untuk diceraikan bermula pada September 2017.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Former Spanish Navy Flagship Vessel Is A Victim of Budgetary Cuts". Murcia Today. 6 February 2013. Dicapai pada 6 February 2013.
  2. ^ Several countries interested in buying ex-Spanish Navy Aircraft Carrier Principe de Asturias - Navyrecognition.com, 27 May 2013
  3. ^ "ANGOLA COMPRA PORTA-AVIÕES PRÍNCIPE DAS ASTÚRIAS - atualizado (M1301 - 368PM/2013)". www.passarodeferro.com. Dicapai pada 20 November 2018.
  4. ^ "Dünyaca ünlü uçak gemisi Türk firmasının oldu". Dicapai pada 20 November 2018.
  5. ^ a b González, Miguel (7 May 2012). "Military mulls whether to dock navy's only aircraft carrier". El Pais. Dicapai pada 1 April 2013.
  6. ^ a b c "Flash Traffic: Farewell Principe de Asturias". The Navy. Navy League of Australia. 75 (2): 16–17. April 2013. ISSN 1322-6231.
  7. ^ "LEYAL - Ship Dismantling & Recycling - The Company". leyal.com.tr. Dicapai pada 20 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]