Kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pandangan hadapan Laksamana Kuznetsov.
Sejarah
Kesatuan Soviet → Rusia
Nama: Admiral Flota Sovetskogo Soyuza Kuznetsov (Rusia: Адмира́л Фло́та Сове́тского Сою́за Кузнецо́в)
Bersempena dengan: Nikolay Kuznetsov
Dipesan: 3 Mac 1981
Pembina:
Dibaringkan: 1 April 1982 [1]
Dilancarkan: 6 Disember 1985 [1]
Ditauliah:

25 Disember 1990[1][N 1]

(Operasi penuh pada 1995)
Pemasangan semula: Mei – Ogos 2015[3]
Status: dalam perkhidmatan aktif
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kuznetsov
Sesaran:
  • 43,000 tan (muatan standard)[1]
  • 55,200 tan (muatan penuh)[1]
  • 61,390 tan (muatan mak)
Panjang:
  • 305 m (1,001 ka) o/a[1]
  • 270 m (890 ka) w/l
Lunas:
Draft: 10 m (33 ka)[1]
Jana kuasa:
  • turbin stim, 8 dandang bertekanan turbin, 4 aci, 200,000 hp (150 MW)
  • 2 × 50,000 hp (37 MW) turbin
  • 9 × 2,011 hp (1,500 kW) penjana turbin
  • 6 × 2,011 hp (1,500 kW) penjana diesel
  • 4 × kipas bebaling tetap
Halaju: 29 knot (33 mph; 54 km/j)[1]
Jarak: 8,500 nmi (15,700 km) at 18 kn (21 mph; 33 km/j)[1]
Ketahanan: 45 days[1]
Anak kapal:
  • 1,690 (keseluruhan); 1,690 anak kapal[1]
  • 626 kumpulan udara
  • 40 flag staff
  • 3,857 bilik
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
  • Kira-kira 41 buah pesawat[4]
    • Kepak kaku;
    • Sayap putar;
      • 4 × helikopter Kamov Ka-27LD32
      • 18 × helikopter Kamov Ka-27PL
      • 2 × helikopter Kamov Ka-27PS

Admiral Flota Sovetskogo Soyuza Kuznetsov (Rusia: Адмирал флота Советского Союза Кузнецов, (asalnya dinamakan sebagai Riga, dinamakan semula Leonid Brezhnev kemudian Tbilisi[6]) merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat (kapal penjajap membawa pesawat berat (TAVKR) di dalam pengelasan Rusia) berkhidmat sebagai kapal armada di dalam Tentera Laut Rusia. Ia pada awalnya ditauliahkan di dalam Tentera Laut Soviet, dan bertujuan untuk menjadi kapal pertama di dalam kelasnya, tetapi kemudian menjadi satu-satunya kapal di dalam kelasnya. Varyag kapal kedua yang dibina tidak pernah ditauliahkan dan telah dijual kepada Republik Rakyat China oleh Ukraine dengan syarat kapal ini tidak akan sekali-kali akan disiapkan untuk pertempuran.[7] Kuznetsov dinamakan sempena Laksamana Armada Kesatuan Soviet Nikolai Gerasimovich Kuznetsov.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Aturgerak 2016[sunting | sunting sumber]

Pada awal Julai 2016, laporan media Rusia menyatakan bahawa Laksamana Kuznetsov, selepas dibaik pulih akan diaturgerak ke Laut Mediterranean pada bulan Oktober untuk berperanan sebagai pelantar bagi melaksanakan serangan udara di Syria.[8] Sekiranya laporan ini benar, maka ia merupakan kali pertama sebuah kapal pengangkut pesawat Rusia (atau Soviet) terlibat dalam pertempuran. [9]

Operasi selepas Syria[sunting | sunting sumber]

Pada awal bulan Januari 2017, satu pengumuman telah dibuat bahawa Admiral Kuznetsov dan kumpulan tempurnya akan diundurkan dari operasi di Syria dan kembali ke Rusia sebagai sebahagian pengecilan penglibatan Rusia di dalam konflik ini.[10] Semasa aturgeraknya di luar pantai Syria, pesawat daripada Admiral Kuznetsov telah melakukan 420 kali misi tempur dan menghentam 1,252 buah sasaran.[11] Pada 11 Januari 2017, Admiral Kuznetsov telah melakukan latihan ujian tembakan peluru hidup di Laut Mediterranean, berdekatan dengan luar pantai Libya.[12] Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan bahawa pada 11 Januari, Admiral Kuznetsov telah dikunjungi oleh pemimpin tentera Libya, Khalifa Haftar yang mana telah mengadakan satu persidangan video dengan Menteri Pertahanan Sergey Shoygu semasa di atas kapal.[13][14]

Pada 20 Januari, Admiral Kuznetsov telah dilihat melintasi Selat Gibraltar dan enam hari kemudian telah diiringi sepanjang Selat Inggeris oleh tiga buah pesawat Eurofighter Typhoon dari Tentera Udara Diraja dan sebuah frigat Type 23 HMS St Albans (F83).[15] Ia tiba di Severomorsk pada 9 Februari.[16] Pada 23 Februari 2017, Presiden Putin berkata bahawa aturgerak kapal ini ke Mediterranean telah dilakukan atas inisiatif peribadi beliau.[17][18] Kapal ini memulakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemodenan pada suku pertama 2017. Ia dijangka akan memanjangkan hayatnya selama 25 tahun lagi.[19]

Admiral Kuznetsov dijangka akan menjalani kerja-kerja pemodenan di Loji Pembaikan Kapal ke-35 di Murmansk antara tahun 2020 hingga 2021, bagi menaik taraf loji kuasa dan sistem-sistem elektronik kapal.[20]

Pada 30 Oktober 2018, Admiral Kuznetsov telah mengalami kerosakan kecil apabila dermaga terapung terbesar Rusia, PD-50 karam dan sebuah kren 70-tan telah terhempas ke atas dek Kuznetsov dengan meninggalkan kesan sedalam 5-meter di tengah dek penerbangan. Seorang dilaporkan hilang manakala empat orang mengalami kecederaan semasa dek terapung ini karam di Teluk Kola. Admiral Kuznetsov dalam proses meninggalkan dermaga apabila kemalangan ini berlaku.[21][22] Kos pembaikkan ini dianggarkan sebanyak 70 jutar uble (kira-kira 1 juta dolar) dan tidak menganggu proses penyelenggaraan dan pemodenan kapal.[23]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m Yu.B. Apalkov, Korabli VMF SSSR, Tom 2, Udarnye Korabli, Galeya Print, Sankt Peterburg, 2003
  2. ^ "Soviet Naval Aviation increasing - U.S. Navy spy chief; Kutzenow carrier should deploy this year". Defense Daily. 11 March 1991. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-04. Dicapai pada 8 August 2015 – melalui HighBeam Research. Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)
  3. ^ "Russia's Admiral Kuznetsov Aircraft Carrier is Back in Service!". Sputnik. 20 August 2015. Dicapai pada 20 August 2015.
  4. ^ Admiral Kuznetsov the only aircraft carrier in the Russian Navy
  5. ^ http://flotprom.ru/news/index.php?ELEMENT_ID=170929
  6. ^ "The Self-Designing High-Reliability Organization: Aircraft Carrier Flight Operations at Sea." Rochlin, G. I.; La Porte, T. R.; Roberts, K. H. Footnote 39. Naval War College Review. Autumn, 1987, Vol. LI, No. 3.
  7. ^ "China's Aircraft Carrier Ambitions: Seeking Truth from Rumors." Storey, I.; Ji, Y. Naval War College Review. Winter 2004, Vol. 57, No. 1.
  8. ^ Russian aircraft carrier to take part in Syria operation by October – source RT, 2 July 2016.
  9. ^ http://www.news.com.au/world/russia-sends-its-only-aircraft-carrier-to-syria-in-response-to-us-naval-buildup-turkish-shootdown/news-story/0dc05c7d3d99bf08a054de604acc7c41
  10. ^ "Russia scales down military presence in Syria, Admiral Kuznetsov aircraft carrier to leave first". RT International (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-01-10.
  11. ^ Vasilescu, Valentin (16 January 2017). "17-Jan-17 In Syria, The Russian Navy And Air Force Are Testing New Means Of Defense Against An Invasion By NATO". Dicapai pada 13 April 2017.
  12. ^ "Russia steps up military presence in Syria, despite Putin promise". FoxNews.com. Fox News. 11 January 2017.
  13. ^ Командующий Ливийской национальной армией посетил "Адмирал Кузнецов" RIA Novosti.
  14. ^ East Libya strongman visits Russian aircraft carrier in Mediterranean: RIA Reuters
  15. ^ "UK warship escorts Russian carrier in English Channel". BBC. 25 January 2017. Dicapai pada 25 January 2017.
  16. ^ В Североморске помпезно встретили "Адмирала Кузнецова" и "Петра Великого", вернувшихся из сирийского похода (ВИДЕО) NEWSru, 9 February 2017.
  17. ^ Путин назвал сирийский поход «Адмирала Кузнецова» личной инициативой
  18. ^ Путин назвал поход «Адмирала Кузнецова» в Сирию личной инициативой
  19. ^ Soper, Karl (1 August 2016). "Admiral Kuznetsov overhaul designed to maintain carrier capability while Russia considers future carrier options". Jane's Navy International. Surrey, UK: Jane's Information Group. 121 (6). ISSN 1358-3719.
  20. ^ Johnson, Reuben F. (April 26, 2018). "Russian Navy to upgrade Kuznetsov". Jane's Information Group. The modernisation work is to be carried out by the 35th Ship Repair Plant in Murmansk, which is a satellite facility of the Zvezdochka Ship Repair Centre in Severodvinsk. Russia's deputy defence minister for procurement, Yuri Borisov, stated in April that the entire re-fit would be complete by the end of 2020 and the ship back in service in 2021.
  21. ^ Staalesen, Atle (30 October 2018). "Aircraft carrier is damaged as dry dock sinks". thebarentsobserver.com.
  22. ^ "Russia's largest floating dock sinks, while nation's sole aircraft carrier still inside". RT International (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-10-30.
  23. ^ "Damage Sustained by Russian Aircraft Carrier During Dock Sinking Revealed". Sputnik (news agency). 22 November 2018. Dicapai pada 2 December 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "N" ada tetapi tag <references group="N"/> yang sepadan tidak disertakan