Kapal pengangkut pesawat Soviet Admiral Gorshkov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah
Russia
Nama: Admiral Gorshkov
Bersempena dengan: Sergey Gorshkov
Pembina: Limbungan Chernomorskiy, Nikolayev
Dibaringkan: 17 Februari 1978 [1]
Dilancarkan: 1 April 1982 [1]
Ditauliah: 11 Disember 1987 [1]
Dibersarakan: 1996
Takdir: Dijual kepada India pada 20 Januari 2004
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kapal pengangkut pesawat kelas-Kiev
Sesaran:
  • 33,440 tan (standard) [1]
  • 44,490 tan (dengan beban) [1]
Panjang: 273 m (896 ka)[1]
Lunas:
  • 51.9 m (170 ka) o/a
  • 31 m (102 ka) w/l[1]
Draught: 9.42 m (30.9 ka)[1]
Jana kuasa: 4 x turbin stim dengan giar aci, 200,000 shp
Halaju: 32 kn (59 km/j; 37 mph)
Ketahanan: 13,500 nmi (25,000 km; 15,500 bt) pada 18 kn (33 km/j; 21 mph)
Persenjataan: 6 × pelancar berganda SSM SS-N-12 Sandbox (12 peluru berpandu), 24 × 8-sel pelancar SAM menegak SA-N-9 (192 peluru berpandu), 2 × meriam 100 mm, 8 × AK-630 30 mm CIWS, 10 × tiub torpedo 533 mm, 2 × pelancar roket anti kapal selam RBU-6000
Pesawat yang dibawa:

Admiral Gorshkov adalah sebuah kapal pengangkut pesawat kelas-Kiev ubahsuai yang pernah berkhidmat dengan Tentera Laut Rusia. Ia asalnya dinamakan sebagai Baku. Kadang kala, Admiral Gorshkov dianggap sebagai satu kelas yang berbeza di sebabkan penambahbaikan yang telah dijalankan termasuk sebuah radar jujukan fasa, pemasangan peperangan elektronik ekstensif, dan sebuah sut arahan dan kawalan yang dibesarkan. Kapal ini telah dilancarkan pada tahun 1982, dan berkhidmat sejak tahun 1987 sehingga 1991 dengan Tentera Laut Soviet sebagai Baku, dan bermula pada tahun 1991 hingga 1996 dengan Tentera Laut Rusia sebagai Admiral Gorshkov. Pada tahun 2004, ia telah dijual kepada India dan diubahsuai menjadi sebuah kapal pengangkut pesawat dengan konfigurasi STOBAR dan dengan nama INS Vikramaditya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dek Baku setelah diubah menjadi kapal pengangkut STOBAR oleh Tentera Laut India dengan nama INS Vikramaditya.

Kapal ini dibaringkan pada tahun 1978 di Limbungan Selatan Nikolayev (Limbungan No.444) di Ukraine, dilancarkan pada tahun 1982, dan ditauliahkan pada bulan Disember 1987. Kelewatan pentauliahannya di sebabkan oleh bug perisian dalam sistem arahan dan kawalan baharu. Selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991, kapal ini dinamakan semula sebagai Admiral Gorshkov, di sebabkan bandar Baku kini terletak di negara merdeka Azerbaijan. Sergey Gorshkov adalah tokoh yang bertanggungjawab untuk mengembangkan Tentera Laut Soviet semasa Perang Dingin.

Pada tahun 1994, selepas satu letupan bilik dandang, kapal ini berada di dermaga selama setahun untuk dibaiki. Meskipun ia kembali ke dalam perkhidmatan pada tahun 1995, ia akhirnya ditarik keluar pada tahun 1996 dan ditawarkan untuk dijual.

Pada 20 Januari 2004, Rusia bersetuju untuk menjual Admiral Gorshkov kepada India selepas satu peningkatan upaya ekstensif dilakukan di Sevmash Enterprise.[2][3] Pada Disember 2009, laporan menyatakan bahawa India telah bersetuju untuk membayar harga AS$2.3 bilion.[4][5][6] Kapal pengangkut pesawat ini yang kini dikenali sebagai INS Vikramaditya telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut India pada 16 November 2013.[7]

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Pandangan struktur super Baku, menunjukan pengimbas radar jujukan fasa Mars-Passat (NATO: Sky Watch)[8]

Kapal kruiser pembawa pesawat keempat dalam Projek 1143, Baku memiliki banyak perbezaan dengan kapal-kapal dalam kelasnya, teknologi-teknologi baharu yang akan digunakan pada Admiral Kuznetsov. Antara paling ketara adalah struktur radar jujukan pengimbas pasif secara elektronik besar yang terletak di atas bridge. Ia merupakan antena jujukan fasa untuk radar pencari udara 3D Mars-Passat ("Sky Watch"), setanding dengan radar SCANFAR milik Amerika Syarikat. Sepertimana SCANFAR, Sky Watch merupakan satu masalah dan kemungkinan tidak pernah dioperasikan.[9]

Perubahan terbesar pada sistem senjata adalah pengantian pelancar SAM SA-N-3 'Goblet' dan SA-N-4 'Gecko' dengan empat buah pelancar menegak SA-N-9 'Gauntlet'. Ini membolehkan ruang digunakan untuk menambah dua buah pelancar SS-N-12 'Sandbox'. Dua meriam anti udara pada Kiev juga digantikan dengan meriam 100 mm, dan pelancar SUW-N-1 ditanggalkan.

Sayap udara masih sama dengan kapal-kapal kelas Kiev yang lain, yang mana terdiri daripada sebuah skuadron 12 pesawat V/STOL Yak-38 'Forger' (sehingga ia dibersarakan pada tahun 1992), 12 buah helikopter Ka-27 'Helix-A' ASW/SAR dan dua buah helikopter Ka-31 'Helix' AEW. Operasi penerbangan dibantu oleh Cake Stand TACAN baharu.

Baku telah digunakan untuk menguji pesawat pejuang supersonik VTOL Yak-141 Freestyle.

Pesawat Yakovlev Yak-38 Forger dan helikopter Kamov Ka-27 Helix di atas dek Baku pada tahun 1988.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h "Project 11434". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-04. Dicapai pada 2013-01-29. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "INS Vikramaditya: Waiting for Gorshkov". Defense Industry Daily. 2012-12-24. Dicapai pada 2013-02-02.
  3. ^ 09.07.2009. "Russia's Admiral Gorshkov aircraft carrier to become expensive Mercedes for Indian navy". Pravda English. Dicapai pada 2013-02-02.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  4. ^ PTI (2009-12-08). "India, Russia end stalemate over Gorshkov price deal". Times of India. Dicapai pada 2013-02-02.
  5. ^ "India, Russia end stalemate over Gorshkov's price deal". Indian Express. 2009-12-08. Dicapai pada 2013-02-02.
  6. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-06. Dicapai pada 2009-12-17. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  7. ^ "INS Vikramaditya, India's biggest warship, finally arrives". ndtv.com. Dicapai pada 2017-12-17.
  8. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-11-18. Dicapai pada 2019-01-19.
  9. ^ Dranidis, Dimitris (February 2003). "Shipboard Phased Array Radars: Requirements, technology and operational systems" (PDF). warfaresims.com. Waypoint. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-11-18. Dicapai pada 2016-03-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]