Kapal pengangkut pesawat Soviet Kiev

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kiev di taman tema kapal pengangkut pesawat Tianjin Binhai pada 1 Mei 2004
Sejarah
Rusia
Nama: Kiev
Pembina: Limbungan Chernomorskiy, Mykolaiv
Dibaringkan: 21 Julai 1970
Dilancarkan: 26 Disember 1972
Ditauliah: 28 Disember 1975
Dibersarakan: 30 Jun 1993
Takdir: Dijual kepada sebuah syarikat taman tema China yang berpangkalan di Tianjin sejak 1 Mei 2004
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kruiser pembawa pesawat kelas-Kiev
Sesaran:
  • 30,530 tan (standard) [1]
  • 41,370 tan(dengan muatan) [1]
Panjang: 273.1 m (896 ka) o/a[1]
Lunas:
  • 49.2 m (161 ka) keseluruhan
  • 31 m (102 ka) di garis air[1]
Draught: 8.95 m (29.4 ka)[1]
Jana kuasa: 4 x aci turbin stim bergiar, 140,000 shp (100 MW)
Halaju: 32 kn (59 km/j; 37 mph)
Jarak: 13,500 nmi (25,000 km; 15,500 bt) pada 18 kn (33 km/j; 21 mph)
Anak kapal:
  • 1,612 anak kapal
  • 430 krew udara
Persenjataan:
  • 4 × pelancar berkembar SSM SS-N-12 Sandbox (8 buah peluru berpandu)
  • 2 × pelancar berkembar SAM SA-N-3 Shtorm (72 buah peluru berpandu)
  • 2 × pelancar berkembar SAM SA-N-4 Gecko (40 buah peluru berpandu)
  • 2 × meriam berkembar 76 mm
  • 8 × AK-630 30 mm CIWS
  • 10 × tiub torpedo 533 mm
  • 1 × pelancar roket berganda SUW-N-1 ASW (16 roket nuklear)
  • 2 × pelancar roket anti kapal selam RBU-6000
Pesawat yang dibawa:

Kiev adalah sebuah kruiser membawa pesawat berat[2] yang berkhidmat dalam Tentera Laut Soviet dan Rusia bermula pada tahun 1975 sehingga tahun 1993. Ia telah dibina antara tahun 1970 hingga tahun 1975 di Limbungan Chernomorski yang terletak di Mykolaiv dan merupakan kapal sulung dalam kelasnya (Projek 1143 Krechyet - Gyrfalcon - atau kelas-Kiev). Ia kini merupakan sebahagian daripada taman tema di China.

Sejarah perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Helikopter Ka-27 Helix, Ka-25 Hormone dan pesawat Yak-38 Forger VTOL ditempatkan di dek penerbangan. 6 Jan 1988
Kapal pengangkut pesawat Kiev, USSR, 1985

Kiev telah dibaringkan pada 21 Julai 1970 dan dilancarkan pada 26 Disember 1972. Ia telah disiapkan dan ditauliahkan pada 28 Disember 1975, tetapi secara rasminya mula memasuki perkhidmatan hanya pada bulan Februari 1977, selepas menyudahkan semua ujian. Pada 16 Julai 1976, Kiev berlayar daripada Sevastopol yang terletak di Laut Hitam, dan pada 20 Julai mula menguji pesawat Yakovlev Yak-36M (empat buah Yak-36M dan sebuah Yak-36MU yang dibawanya) di Laut Mediterranean, di luar Crete. Pada 10 Ogos 1976, ia tiba di Severomorsk, Oblast Murmansk, dan ditumpangkan ke Briged Peperangan Anti Kapal Selam ke-170, Armada Utara, dan melakukan ujian-ujian ekstensif sehingga bulan Disember. Antara 12 hingga 19 April 1977, Kiev menyertai latihan Sever-77, dan pada 26 Jun 1977 ia telah dikelaskan semula daripada Protivolodochnyye Kreysery (PKR) "kruiser ASW" kepada Tyazhelyye Avianesushchiye Kreysery (TAVKR) "kruiser pembawa pesawat berat". Antara 20 Disember 1977 hingga 21 April 1978, Kiev menyertai operasi-operasi di Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean. Pada 3 November 1978, ia melanggar beting pasir, tetapi tidak mengalami sebarang kerosakan. Kiev kemudian terlibat dengan latihan tempatan pada 4 Ogos 1978, dan pada 11 Oktober dalam ujian terakhirnya menggunakan peluru berpandu utama di Laut Putih.[3]

Dari tahun 1977 sehingga tahun 1987, Kiev melakukan 10 latihan perlayaran ke Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean. Pada bulan Mac 1979, ia belayar bersama-sama kapal selepasnya iaitu Minsk di Mediterranean. Pada Oktober 1981, ia menjadi kapal laksamana dalam satu latihan besar-besaran Zapad-81 di Laut Baltik. Bermula pada bulan Disember 1982 hingga November 1984, Kiev menjalani satu penyelenggaraan dan pemodenan di Mykolaiv. Bermula tahun 1985, latihan operasi pesawat Yakovlev Yak-38 dalam mod STOL dilakukan, membolehkan peningkatan beban pesawat dan jarak operasi. Helikopter Kamov Ka-25 juga digantikan dengan Kamov Ka-27. Pada tahun 1985 Kiev kembali ke Armada Utara. Bermula tahun 1987, Kiev banyak berlegar-legar di Severomorsk. Pada bulan Disember 1989, Kiev dimasukan ke dalam simpanan. Selepas pembubaran USSR, kapal ini diambil alih oleh Rusia. Di sebabkan belanjawan ketenteraan yang rendah dan keadaan kapal yang makin teruk, Kiev dibersarakan pada 30 Jun 1993.[3]

Selepas perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996 Kiev telah dijual kepada Taman Pesawat Binhai, sebuah taman tema yang terletak di Tianjin, China. Konsep telah dibangunkan oleh sebuah konsultan tarikan dan pelancongan dunia iaitu Leisure Quest International.[4]

Pada bulan Ogos 2011, bekas-Kiev telah dibangunkan menjadi sebuah hotel mewah selepas proses renovasi yang bernilai £9.6 juta.[5][6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Heavy Aircraft-Carrying Cruisers - Project 1143". russian-ships.info. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2014. Dicapai pada 6 December 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Due to restrictions imposed by the Montreux Convention limiting the tonnage of aircraft carriers traveling through the Bosporus, all Soviet and Russian aircraft carriers are named as aircraft carrying cruisers. However, in the case of Kiev, this accurately reflects the ship's mission and weapons fit.
  3. ^ a b Holm, Michael (2013). "Kiev class". ww2.dk. Dicapai pada 6 December 2013.
  4. ^ Leisure Quest International - About
  5. ^ "China launches second aircraft carrier after a £9.6m refit... as a luxury hotel". Daily Mail. 11 August 2011. Dicapai pada 6 December 2013.
  6. ^ Branigan, Tania (10 August 2011). "China launches second aircraft carrier – as luxury hotel". The Guardian. Dicapai pada 6 December 2013.
  • Заблоцкий, В.П. (V.P. Zablotskiy) (July 2003). "Тяжелый авианесущий крейсер "Киев"" [Heavy aircraft carrying cruiser "Kiev"]. Morskaya Kollektsiya ("Naval Collection").

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Koordinat: 39°09′19″N 117°48′30″E / 39.15528°N 117.80833°E / 39.15528; 117.80833