Kapal pengangkut pesawat kelas Kuznetsov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuznetsov pada Januari 1996
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Kuznetsov
Pembina:

Limbungan Chernomorskiy 444

Dalian Shipbuilding Industry
Pengguna:
Didahului oleh: kelas Kiev
Diganti oleh:
Sub-kelas:
Dibina: 1 April 1982–kini
Ditauliahkan: 25 Disember 1990–kini
Disiapkan: 2
Aktif: 1 (+1 dalam proses pemasangan semula)
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kruiser pembawa pesawat berat
Sesaran:
  • 43,000 tonne (42,000 long ton; 47,000 short ton), light[1][2]
  • 55,000 tonne (54,000 long ton; 61,000 short ton), standard[1][2][3]
  • 58,600 tonne (57,700 long ton; 64,600 short ton), max[1][2]
Panjang: 305 m (1,001 ka)
Lunas: 72 m (236 ka)
Draught: 11 m (36 ka)
Jana kuasa:
  • Turbin stim 80,000 shp (60,000 kW)[3]
  • 200,000 shp (150,000 kW)
Halaju: 29 kn (54 km/j; 33 mph)
Jarak: 8,500 nmi (15,700 km; 9,800 bt) @ 18 kn (33 km/j; 21 mph) 3,800 nmi (7,000 km; 4,400 bt) @ 29 kn (54 km/j; 33 mph)
Anak kapal: 1,500
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
  • 30–50[4]
  • 18–32 × pesawat kepak kaku
  • 18–24 × helikopter
Kemudahan penerbangan:
  • Dek penerbangan pendaratan bersudut dengan cangkuk
  • Lompatan ski

Kapal pengangkut pesawat kelas-Kuznetsov adalah sebuah kelas kapal pengangkut pesawat yang digunakan oleh tentera laut Rusia dan China. Ia asalnya direka untuk Tentera Laut Soviet. Kapal dalam kelas Kuznetsov menggunakan sebuah lompatan ski untuk melancarkan pesawat daripada kapal dalam konfigurasi STOBAR. Rekabentuknya mewakili kemajuan penting operasi penerbangan dalam armada Soviet berbanding kapal pengangkut pesawat kelas-Kiev, yang mana hanya mampu melancarkan pesawat VSTOL. Pada awalnya, dua buah kapal dibaringkan di Limbungan Selatan Nikolayev yang terletak di Ukraine, diikuti dengan kapal pengangkut pesawat super pertama berkuasa nuklear iaitu kelas-Ulyanovsk.

Rancangan ini terganggu ekoran pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Hanya kapal pertama Admiral Kuznetsov telah ditauliahkan apabila Soviet dibubarkan pada tahun 1991, dan kapal ini kini dioperasikan oleh Tentera Laut Rusia. Kapal kedua iaitu Varyag kekal berada di Ukraine tanpa disiapkan dan diselenggarakan untuk sedekad sebelum dijual dan ditunda ke China untuk digunakan sebagai sebuah kasino terapung. Sebaliknya, kapal ini akhirnya disiapkan dan ditauliahkan pada tahun 2012 sebagai kapal pengangkut pesawat pertama yang dioperasikan oleh Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat dengan nama kapal pengangkut pesawat Type 001 Liaoning. Kapal ketiga yang sedang dibina dengan rekabentuk diubahsuai Type 001A dan dijangka akan ditauliahkan pada tahun 2019. Ia memulakan ujian laut pada 13 Mei 2018.[5][6][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Admiral Flota Sovetskogo Soyuza Kuznetsov". Rusnavy.com. Dicapai pada 22 Disember 2014.
  2. ^ a b c "Kuznetsov Class – Project 1143.5". Globalsecurity.org. 7 September 2011. Dicapai pada 22 Disember 2014.
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ReferenceA tidak disediakan
  4. ^ a b c "俄羅斯航母戰鬥群取消停靠西班牙港口補給". BBC 中文网 (dalam bahasa Cina). 26 Oktober 2016. Dicapai pada 27 November 2017.
  5. ^ http://www.scmp.com/news/china/diplomacy-defence/article/2087064/10-things-you-should-know-about-chinas-first-home-built
  6. ^ https://www.wsj.com/articles/china-launches-first-home-built-aircraft-carrier-boosting-naval-power-1493182896
  7. ^ https://www.nytimes.com/2017/04/25/world/asia/china-aircraft-carrier.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]