Kapal selam Kelas Romeo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A submarine of the Romeo class
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:Gorky

Limbongan Wuzhang Limbongan Guangzhou (Canton) Limbongan Jiangnan (Shanghai)

Limbongan Huludao
Pengguna:Soviet

China Korea Utara Bulgaria Syria Mesir

Algeria
Sebelumnya:Kapal selam Kelas Whiskey
Selepasnya:Kapal selam Kelas Foxtrot
Jumlah disiapkan:133
Dibersarakan:75
Ciri-ciri umum
Sesaran:
  • 1,475 tan timbul
  • 1,830 tons tenggelam
Panjang: 76.6 m (251 kaki 3 in)
Lunas: 6.7 m (22 kaki)
Draught: 5.2 m (17 kaki 1 in)
Jana kuasa: 2x diesel 2.94 MW (4000 shp) dengan dua motor elektik yang memacu dua aci.
Halaju:
  • 15.2 knot timbul
  • 13 knots tenggelam
Jarak: 14,484 km (9,000 batu) pada 9 knot
Anak kapal: 54 anak kapal(10 pegawai)
Persenjataan:
  • 8x tiub torpedo 533mm (21 in). 6x haluan dan 2x buritan.
  • 14 × 533mm (21 in) torpedo anti-kapal atau anti-kapal selam (termasuk torpedo Yu-4 dan Yu-1) atau 28 periuk api

Kapal selam Kelas Romeo (Projek 633) adalah sebuah kapal selam berkuasa diesel-elektrik buatan Soviet yang dibina pada tahun 1950-an. Asal kewujudan kelas Romeo boleh dijejak sehingga Perang Dunia II iaitu U-Boat Jerman Type XXI Elektroboot. Pada penghujung Perang Dunia II, Soviet berjaya mendapatkan beberapa buah Type XXI, yang mana darinya Soviet berjaya mendapatkan teknologi-teknologi penting tertentu. Teknologi ini telah membantu dalam mereka bentuk kapal selam kelas Zulu dan kelas Whiskey. Penambahbaik lebih lanjut ke atas rekabentuk telah menghasilkan kelas Romeo.

Hanya 20 buah daripada pesanan asal Soviet sebanyak 560 buah berjaya disiapkan disebabkan pengenalan kapal selam berkuasa nuklear ke dalam Tentera Laut Soviet. Meskipun pada hari ini, kelas Romeo boleh dianggap ketinggalan zaman, ia masih berguna bagi tujuan latihan dan sebagai kapal pengawasan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]