Kapal selam Type 212

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
U Boot 212 HDW 1.jpg
Type 212 submarine in dock at HDW/Kiel
Gambaran keseluruhan kelas
Pengguna: Bendera tentera laut Jerman Tentera Laut Jerman
Bendera tentera laut Itali Tentera Laut Itali
Sebelumnya: Kapal selam Type 206, Kapal selam Kelas Sauro
Berkhidmat pada: 2005
Ditauliah pada: 2002
Jumlah disiapkan: 6

Type 212 adalah sebuah kapal selam (U-Boat) berkuasa diesel-elektrik dan memiliki rekabentuk termaju yang dibangunkan oleh Howaldtswerke-Deutsche Werft AG (HDW) untuk Tentera Laut Jerman. Ia didorong oleh diesel dan tambahan sistem pendorongan bebas udara (AIP) dengan menggunakan sel bahan api hidrogen Membran Pemindahan Proton buatan Siemens. Kapal selam ini boleh dioperasikan pada kelajuan tinggi dengan menggunakan kuasa diesel atau menukar ke sistem AIP untuk peluncuran perlahan dan senyap. Ia mampu untuk menyelam sehingga tiga minggu tanpa naik ke permukaan dan tidak memiliki ekzos haba. Sistem ini dikatakan tidak bergetar, sangat senyap dan secara teorinya tidak dapat dikesan.

Type 212 adalah salah satu daripada dua kelas kapal selam yang dipasang dengan sistem pendorongan sel bahan api yang telah dikeluarkan sejak tahun 2007. Kelas kapal selam yang satu lagi adalah Projek 677 kapal selam Kelas Lada yang direka oleh Biro Rekabentuk Rubin dari Rusia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]