Kapal tempur Brazil São Paulo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
São Paulo semasa menjalani ujian laut, sekitar tahun 1910

São Paulo ialah sebuah kapal tempur dreadnought yang direka untuk Tentera Laut Brazil oleh Armstrong Whitworth, sebuah syarikat British. Kapal ini ialah kapal kedua daripada dua buah kapal kelas Minas Geraes, dan dinamakan sempena negeri dan kota São Paulo, Brazil.

São Paulo dilancarkan pada 19 April 1909 dan ditauliahkan pada 12 Julai 1910. Tidak lama selepas itu, kapal ini terlibat dengan Pemberontakan Cemeti (Portugis: Revolta de Chibata), suatu peristiwa dahagi oleh anak-anak kapal empat buah kapal tentera laut yang disebabkan gaji rendah dan hukuman berat mahupun untuk kesalahan kecil.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.