Kapal tempur Jerman Tirpitz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar Tirpitz yang diambil oleh US Navy
Sejarah
Jerman Nazi
Bersempena dengan: Alfred von Tirpitz
Pembina: Kriegsmarinewerft Wilhelmshaven
Dibaringkan: 2 November 1936
Dilancarkan: 1 April 1939
Ditauliah: 25 Februari 1941
Takdir: Ditenggelamkan oleh pesawat pengebom Tentera Udara Diraja pada 12 November 1944
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kapal tempur kelas-Bismarck
Sesaran:
Panjang:
Lunas: 36 m (118 ka 1 in)
Draft: 9.30 m (30 ka 6 in) standard[a]
Installed power: 163,026 PS (160,796 shp; 119,905 kW)
Jana kuasa:
Halaju: 30 knot (56 km/j; 35 mph)[1]
Jarak: 8,870 nmi (16,430 km; 10,210 bt) pada 19 knot (35 km/j; 22 mph)[1]
Anak kapal:
  • 103 pegawai
  • 1,962 anak kapal[b]
Sistem penderia dan
pemprosesan:
FuMO 23
Persenjataan:
Perisai:
  • Belt: 320 mm (13 in)
  • Turet: 360 mm (14 in)
  • Dek utama: 100 hingga 120 mm (3.9 hingga 4.7 in)
  • Dek atas: 50 mm (2.0 in)
Pesawat yang dibawa: 4 × Arado Ar 196 pesawat terapung[1]
Kemudahan penerbangan: 1 double-ended katapel[1]
Nota: 3 kali disebut dalam Wehrmachtbericht

Tirpitz adalah kelas kedua dalam kapal tempur kelas-Bismarck yang dibina untuk Kriegsmarine (tentera laut) Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Dinamakan sempena Laksamana Besar Alfred von Tirpitz, iaitu arkitek Kaiserliche Marine (Tentera Laut Imperial), kapal ini mula dibina di Kriegsmarinewerft Wilhelmshaven pada November 1936 dan badannya telah dilancarkan dua setengah tahun kemudian. Kerja-kerja selesai pada Februari 1941, apabila ia ditauliahkan ke dalam armada Jerman. Seperti kapal kembarnya Bismarck, Tirpitz dilengkapi dengan lapan laras meriam utama yang berukuran 38-sentimeter (15 in) dalam empat turet berkembar. Selepas beberapa siri pengubahsuaian masa perang, ia adalah 2000 tan lebih berat daripada Bismarck, menjadikannya kapal perang paling berat yang pernah dibina oleh tentera laut Eropah.[3]

Selepas menamatkan ujian laut pada awal tahun 1941, Tirpitz secara singkat berkhidmat sebagai teras Armada Baltik, yang bertujuan untuk menghalang cubaan penerobosan yang mungkin dilakukan oleh Armada Baltik Soviet. Pada awal tahun 1942, kapal ini berlayar ke Norway untuk bertindak sebagai penghalang terhadap pencerobohan pihak Bersekutu. Sewaktu ditempatkan di Norway, Tirpitz juga bertujuan digunakan untuk memintas konvoi Bersekutu ke Soviet Union, dan dua misi seperti itu telah dicuba pada tahun 1942. Ini adalah satu-satunya peranan yang boleh dilaksanakan untuknya, sejak Serangan St Nazaire membuat operasi terhadap laluan konvoi Atlantik yang terlalu berisiko. Tirpitz berfungsi sebagai bayangan armada, memaksa Tentera Laut Diraja British mengekalkan angkatan laut yang signifikan di kawasan itu bagi membendung kapal tempur tersebut.[4]

Pada September 1943, Tirpitz, bersama dengan kapal tempur Scharnhorst, mengebom kedudukan Bersekutu di Spitzbergen, merupakan satu-satunya tindakan Tirpitz menggunakan meriam utamanya dalam peranan ofensif. Sejurus kemudian, kapal itu telah rosak dalam satu serangan oleh kapal selam mini British dan selepas itu menjadi sasaran kepada beberapa siri serangan udara berskala besar. Pada 12 November 1944, pesawat-pesawat pengebom Lancaster British yang dilengkapi dengan 12,000-paun (5,400 kg) bom "Tallboy" melakukan dua serangan tepat dan satu tersasar yang mana menyebabkan kapal itu terbalik dengan pantas. Kebakaran geladak merebak ke magazin amunisi bagi salah sebuah turet meriam utama, menyebabkan letupan besar berlaku. Angka bagi jumlah kelasi yang terbunuh dalam serangan itu ialah dari 950 hingga 1,204 orang. Antara tahun 1948 dan 1957 bangkai kapal itu telah dipecah-pecahkan oleh satu operasi penyelamatan bersama Norway dan Jerman

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tirpitz's draft at full load was 10.60 meter (34 ka 9 in).[1]
  2. ^ Crew could be augmented up to 108 officers and 2,500 enlisted men.[2]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Gröner, m/s. 33.
  2. ^ Gröner, m/s. 35.
  3. ^ Garzke & Dulin, m/s. 203.
  4. ^ Kemp, m/s. 153.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bishop, Patrick (2012). Target Tirpitz. HarperPress. ISBN 978-0-00-731924-4.
  • Blair, Clay (1996). Hitler's U-Boat War. 1 The hunters, 1939–1942. New York, NY: Random House. ISBN 978-0-304-35260-9. OCLC 772497339.
  • Breyer, Siegfried (1989). Battleship "Tirpitz". West Chester, Pennsylvania: Schiffer Pub. ISBN 978-0-88740-184-8.
  • Brown, David (1977). Tirpitz: the floating fortress. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 978-0-85368-341-4.
  • Brown, J. D. (2009). Carrier Operations in World War II. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-108-2.
  • Campbell, John (1985). Naval Weapons of World War II. London, England: Conway Maritime Press. ISBN 978-0-87021-459-2.
  • Garzke, William H.; Dulin, Robert O. (1985). Battleships: Axis and Neutral Battleships in World War II. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-101-0.
  • Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-790-6. OCLC 22101769.
  • Hafsten, Bjørn (1991). Flyalarm: Luftkrigen over Norge 1939–1945. Oslo: Sem & Stenersen. ISBN 82-7046-058-3.
  • Hartl, Claudia; Konter, Oliver; St George, Scott; Kirchhefer, Andreas; Scholz, Denis; Esper, Jan. "Warfare Dendrochronology – Trees as Witnesses of the Tirpitz Attacks" (PDF). copernicus.org. European Geosciences Union. Dicapai pada 12 April 2018.
  • Hildebrand, Hans H.; Röhr, Albert; Steinmetz, Hans-Otto (1993). Die Deutschen Kriegsschiffe (Volume 7). Ratingen, Germany: Mundus Verlag. ISBN 978-3-8364-9743-5.
  • Kemp, Paul (1998). The Encyclopedia of 20th Century Conflict Sea Warfare. London: Arms and Armour. ISBN 1-85409-221-9.
  • Koop, Gerhard; Schmolke, Klaus-Peter (1998). Battleships of the Bismarck Class: Bismarck and Tirpitz, Culmination and Finale of German Battleship Construction. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 978-1-55750-049-6.
  • Morgan, Hugh; Weal, John (1998). German Jet Aces of World War 2. Oxford, England: Osprey Publishing. ISBN 978-1-85532-634-7.
  • Ottosen, Kristian (1983). Theta Theta: Et Blad Fra Motstandskampens Historie 1940–1945. Oslo: Universitetsforlaget. ISBN 82-00-06823-4.
  • Polmar, Norman; Noot, Jurrien (1991). Submarines of the Russian and Soviet Navies, 1718–1990. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-570-4.
  • Prager, Hans Georg (2002). Panzerschiff Deutschland, Schwerer Kreuzer Lützow: ein Schiffs-Schicksal vor den Hintergründen seiner Zeit (dalam bahasa German). Hamburg: Koehler. ISBN 978-3-7822-0798-0.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea, 1939–1945: The Naval History of World War Two. Annapolis: US Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-119-8.
  • Schuck, Walter (2009). Luftwaffe Eagle – From the Me 109 to the Me 262. Ottringham: Hikoki Publications. ISBN 978-1-902109-06-0.
  • Sieche, Erwin (1987). "Germany 1922–1946". Dalam Sturton, Ian (penyunting). Conway's All the World's Battleships: 1906 to the Present. London, England: Conway Maritime Press. m/s. 28–49. ISBN 978-0-85177-448-0.
  • Sweetman, John (2004). Tirpitz: Hunting the Beast. Gloucestershire, England: Sutton Publishing Limited. ISBN 978-0-7509-3755-9.
  • Torkildsen, Torbjørn (1998). Svalbard : vårt nordligste Norge (dalam bahasa Norwegian) (ed. 3rd). Oslo, Norway: Aschehoug. ISBN 978-82-03-22224-5.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Van der Vat, Dan (1988). The Atlantic Campaign. Edinburgh, Scotland: Birlinn. ISBN 978-1-84158-124-8.
  • Williamson, Gordon (2003). German Battleships 1939–45. Oxford, England: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84176-498-6.
  • Zetterling, Niklas; Tamelander, Michael (2009). Tirpitz: The Life and Death of Germany's Last Super Battleship. Havertown, Pennsylvania: Casemate. ISBN 978-1-935149-18-7.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Bishop, Patrick (2012). Target Tirpitz: X-Craft, Agents and Dambusters – The Epic Quest to Destroy Hitler's Mightiest Warship. Harper Press.
  • Daniel, Knowles (2018). Tirpitz: The Life and Death of Germany's Last Great Battleship. Stroud: Fonthill Media. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 69°38′50″N 18°48′30″E / 69.64722°N 18.80833°E / 69.64722; 18.80833