Kapoww!!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapoww!! Atoi The Ajaib Boy
Poster Kapoww!!
PengarahAzizi Hj. Adnan
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
DibintangiZizan Razak
Nasrizal Ngasri
Lisa Surihani
Awie
Rosnah Mat Aris
Harun Salim Bachik
Afdlin Shauki
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 17 Jun 2010 (2010-06-17) (Malaysia)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Kapoww!! Atoi The Ajaib Boy!! ialah sebuah filem bertemakan komedi Adiwira, merupakan filem kedua arahan Azizi Hj. Adnan selepas filem Antoo Fighter yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 17 Jun 2010. Filem yang menampilkan pelakon yang tidak asing lagi, Zizan Razak. Filem ini turut dibintangi oleh Lisa Surihani, Nasrizal Ngasri dan lain-lain. Kapoww!! membawa maksud kepada Kesatuan Antarabangsa Peringkat Olimpik Wira Wira.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sebuah keluarga superhero Keluarga Astromen berbakti melindungi rakyat Malaysia daripada anasir-anasir jahat. Mereka adalah adiwira yang diminati oleh orang ramai.

Atoi, seorang remaja yang sentiasa bernasib malang, bercita-cita menjadi seorang superhero. Dia mahu menolong orang dan menjadi kebanggaan ibunya. Namun, dengan keadaan dirinya itu, Atoi sering di buli dan diperkecilkan oleh gengster kampung, diketuai oleh Faibo. Hanya Aboo, kawan baiknya membantu Atoi. Untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama didamkannya itu, Aboo dan Atoi banyak merujuk kepada buku komik Spiderman, Superman, Batman dan lain-lain. dan mereka mencuba pelbagai cara disengat tebuan, kejutan elektrik, dilanggar keretapi... namun sia-sia belaka, malah menambah kekecewaan dan kesedihan ibunya.

Pada suatu petang, Dolet, kerbau Atoi tiba-tiba hilang dari rumah. Dalam keadaan hujan lebat dan ribut petir, Atoi mencari Dolet. Ketika berteduh dibawah sepohon pokok, Atoi disambar petir. Setelah sedar daripada pengsan Atoi memperolehi kuasa adiwira, boleh bergerak sepantas kilat, mata setajam pisau.

Dalam waktu yang sama, Persatuan Superhero Malaysia sedang mencari adiwira baru untuk dilatih. Selepas menyelamatkan Siti daripada Faibo, dan disaksikan oleh Persatuan Superhero Malaysia. Atoi berjanji kepada mereka di kampung, yang beliau tidak akan melupakan mereka.

Atoi Budak Kultur kini menjadi sensasi terkini di Kuala Lumpur. Namanya meniti di bibir masyarakat. Beliau menumpaskan banyak penjenayah, lebih pantas dan lebih baik daripada geng Astromen. Orang ramai menjadikan dia sebagai idola dan menyanyanginya. Atoi mengalami kejutan budaya. Dia menukar namanya kepada Azroy, dikelilingi gadis-gadis cantik dan kaki botol. Sikap berlagak Atoi menyebabkan dia tergamak menghina ibu sendiri. Atoi malu dengan penampilan ibunya yang berbaju kurung, dengan teman wanitanya yang beraasal dari kampung, dan dengan teman baiknya dari kampung yang bodoh-bodoh alang. Atoi berpura-pura tidak mengenali mereka. Orang ramai yang melihat kelakuan buruknya itu semuanya terkejut. Atoi kehilangan rakan, peminat, penaja rumah, kereta lumbanya dalam sekelip mata. Atoi kini di pulau oleh masyarakat.

Mengetahui Atoi bergantung kepada sejenis minuman popular untuk meransangkan kuasanya, arahan di keluar oleh kerajaan, jika sesiapa dilihat memberi atoi minuman tersebut, mereka akan didakwa! Atoi berputus asa.... kehilangan kuasa, juga keluarga. Atoi sedar kesilapanya namun sudah terlambat! keluarganya telah di culik oleh kuasa jahat, Alakazambo, adiwira lain juga tidak lagi bersamanya, dan tiada sesiapa mahu membantu.

Mampukah Atoi menyelamat keluarganya? Adakah dia akan memilikki kembali kuasanya? Siapa Alakazambo dengan kuasa jahat sihirnya itu?!!

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]