Kapsul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kapsul
Poster-filem-kapsul.jpg
PengarahMartias Ali
Lakon layarMartias Ali
Cerita olehMartias Ali
Dihasilkan oleh
  • Haji Amru Najmi Osman
  • Hjh Hida Zubaidah Ahmad Nordin (penerbit eksekutif)
  • Hjh Aizatul Arbayaah Kamsan (penerbit eksekutif)
Dibintangi
SinematografiMohd Shaufe
Disunting olehNazri Arshad (Moji)
Syarikat
penerbitan
Two Tones
Tarikh tayangan
  • 17 September 2015 (2015-09-17) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2.3 Juta
Pecah panggungRM 96,900

Kapsul merupakan sebuah filem sains fiksyen yang diarahkan oleh Martias Ali dan dibintangi oleh Faizal Hussein, Zamarul Hisham, Rahim Razali, Irfan Khairi, Jue Aziz dan Elly Mazlein dan Tun Dr. Mahathir Mohamad[1]. Filem ini mengisahkan mengenai sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Filem Kapsul ini pada awalnya dijadulkan untuk memulakan penggambaran pada 9hb Desembar 2013. Segala persediaan telah dibuat dengan rapi. Sebanyak 4 sesi latihan yang dikendalikan oleh Zaidi Omar telah diadakan bertempat pusat latihan ND Lala di Danau Kota Setapak. Filem yang bakal menelan anggaran belanja hampir RM2.3 juta ini akan menggunakan hampir 70 peratus teknik CGI dimana pihak Finas sudi memberikan sumbangan geran untuk penghasilan teknik CGI dan kos-kos lain adalah 100 peratus dari poket pihak penerbit Two Tones Sdn Bhd. Martias Ali, pengarah filem ini turut merasa bangga apabila jutawan internet Irfan Khairi berminat menjadi salah seorang pelakon dalam filem ini. Tun Dr. Mahathir Mohammad turut muncul didalam lima babak berdialog bersama Faizal Hussein. [2][3][4]Filem ini merupakan filem pertama yang menampilkan lakonan beliau.[5]

Filem ini telah menjalani pengambaran selama 25 hari di Kuala Kangsar.[6]Filem ini tamat pengambaraannya pada 8 Februari 2014. Berbeza dengan filem-filem kenegaraan sebelum ini, rata-ratanya hanya menggunakan satu latar masa sahaja seperti ketika serangan Jepun mahupun ketika komunis bermaharaja di Tanah Melayu. Namun filem ini menggunakan empat latar masa yang berbeza bagi memberi impak kefahaman maksimum tentang eleman kenegaraan kepada penonton.Empat latar masa yang dipilih melibatkan ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, era 1955 iaitu ketika zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, zaman pemerintahan Tun Abdul Razak dan ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.[7]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015. Selepas 12 hari ditayangkan, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 96,900.

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Aidil Rusli dari The Malay Mail mengulas filem ini sebagai sangat teruk dan gagal untuk melepasi standard perfileman yang paling asas sekali pun. Walau bagaimanapun, persembahan oleh Faizal Hussein mungkin akan membuat filem ini menncapai status cult filem dikalangan peminat lakonannya.[8]Wendy Sia dari portal perfileman TheDailySeni.com meluahkan kekecewaannya akan filem ini yang tidak menepati kualiti yang diharapkan.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-28 Kesan Visual Khas Terbaik Amru Najmi Osman Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.bharian.com.my/node/69447
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-24. Dicapai pada 2015-06-24.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-24. Dicapai pada 2015-06-24.
  4. ^ http://www.rotikaya.com/tun-m-bintangi-filem-kapsul-di-samping-faizal-hussein/http://beautifulnara.com/lakonan-tun-mahathir-lengkapkan-filem-kapsul/http://www.hmetro.com.my/node/65278[pautan mati kekal]
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-23. Dicapai pada 2015-07-23.
  6. ^ http://galaksi-media.com/hiburan-filem-kapsul-menggabungkan-jutawan-dan-pelakon-terbaik-di-malaysia/
  7. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140809/hi_10/Kapsul---merentas-zaman#ixzz3dyAwA4rU Diarkibkan 2015-06-24 di Wayback Machine © Utusan Melayu (M) Bhd
  8. ^ (Inggeris)Rusli, Aidil (19 September 2015). "Three new Malaysian films examined". The Malay Mail.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]