Kapten Kit
| Kapten Kit | |
|---|---|
| Genre | Drama Aksi Wira Cereka sains Alam sekitar |
| Ditulis oleh | Mahadzir Othman |
| Pengarah | Aziz M. Osman Along Hafiz |
Dibintangi oleh | Asry Azizan Puteri Fateen Nasuha Qazem Nor Munir Phyne Ballerz Azie Yahaya |
| Lagu pembukaan | "Malaysia Satu" oleh Faizal Tahir |
| Lagu penutup | "Malaysia Satu" oleh Faizal Tahir |
| Bilangan musim | 1 |
| Bilangan episod | 13 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Nor Aliah Lee |
Syarikat penerbitan | Ace Motion Pictures |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 (Slot Aksi) |
| Siaran asal | 23 November 2009 – 22 Februari 2010 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Bio-Nik |
| Diikuti oleh | Jidin |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Kapten Kit ialah sebuah siri televisyen cereka aksi Malaysia yang bertema penjagaan alam sekitar yang disiarkan dalam slot Aksi (Isnin, 9 malam) TV3. Siri 13 episod arahan Aziz M. Osman dan Along Hafiz ini dibintangi oleh Asry Azizan sebagai wiranya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Asry Azizan sebagai Kassim Selamat/Kapten Kit (protagonis)
- Puteri Fatin Nasuha sebagai Sofea (pengurus pusat kitar semula)
- Qazem Nor sebagai Nash (penjahat utama)
- Munir Phyne Ballerz sebagai Yahaya (hero utama/sahabat kapten kit)
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Azie Yahaya sebagai Dr. Tini
- Kishz sebagai Naidu
- A. R. Badul sebagai Datuk J
- Iqbal Mazlan sebagai Zack
- Shirene Azim sebagai Shirene
- Najua P. Ramlee sebagai Nadya
- Zul Yahya sebagai Zulkifli
Juga pelakon
[sunting | sunting sumber]- Sathiya sebagai Samy
- Sheera Iskandar sebagai Shasha
- Wazir Khan sebagai Dato' Khalid
- Kushairi Ahmad sebagai Koperal Rosli
- Ammar Alfian sebagai Syed
- Farahdhiya sebagai Datin Shanti
- Aedy Ashraf sebagai Tony Bono
- Nur Shasha sebagai Tisha/Tisya
Artis jemputan
[sunting | sunting sumber]- Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Jalaluddin (Episod 1)
- Zul Huzaimy sebagai Arman (Episod 2)
- Sofi Jikan sebagai Joe (Episod 3)
- Mubarak Majid sebagai Pak Meon (Episod 4)
- Yassin Senario sebagai Ghani (Episod 5)
- Kazar Saisi sebagai Don (Episod 6)
- Kiah Propa sebagai Cik Ton (Episod 7)
- Sheila Mambo sebagai Mona (Episod 8)
- Hamdan Senario sebagai Pak Jamil (Episod 9)
- Tania Zainal sebagai Yati (Episod 10)
- Bell Ngasri sebagai Leman (Episod 11)
- Liza Abdullah sebagai Mak Limah (Episod 12)
- Zami Ismail sebagai Pak Uda (Episod 13)
Episod
[sunting | sunting sumber]Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Mengenai idea Kapten Kit, Aziz M. Osman menjelaskan "Idea Kapten Kit, timbul selepas melihat sikap sesetengah masyarakat hari ini yang gemar membuang sampah merata-rata. Sebagai pengarah, saya rasa terpanggil mendidik mereka agar lebih mementingkan penjagaan alam sekitar menerusi konsep kitar semula. Mungkin sukar jika menggunakan konsep kempen dan ceramah kerana orang mudah bosan. Melihat masyarakat suka hiburan, saya rasa drama ataupun filem medium terbaik menyalurkan informasi mengenai penjagaan alam sekitar di samping membantu kerajaan mencapai matlamat diingini."[1] Tambahnya lagi, "Sasaran utama penonton Kapten Kit adalah kanak-kanak kerana mereka generasi muda yang senang dibentuk. Selain berhibur dengan konsep superhero dan elemen komedi yang diselitkan, mereka akan belajar cara mengitar barang semula. Mana tahu, boleh membentuk minat mereka menjadi saintis."[1]
Mengenai perihal penerbitan, Aziz mengakui keadaan cuaca tidak menentu melambatkan proses penggambaran drama itu, tetapi tidak mematahkan semangat juangnya bersama kru produksi untuk terus melebarkan kreativiti mereka dalam drama itu. "Boleh dikatakan setiap hari hujan. Justeru, kami akan pastikan memulakan penggambaran awal pagi supaya jadual yang ditetapkan tidak terganggu."[1] Lebih-lebih lagi, teknik CGI tidak banyak digunakan "kerana ingin memelihara keaslian jalan cerita yang hendak disampaikan."[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 "BORAK LOKASI: Kapten Kit didik generasi baru". Harian Metro. 7 Jan 2010. Dicapai pada 25 Apr 2010.
- ↑ "Kitar semula dalam Kapten Kit". Utusan Malaysia. 23 Nov 2009. Dicapai pada 25 Apr 2010.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kapten Kit di TV3
| TV3: Aksi, Isnin, 9.00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Kapten Kit (23 November 2009 – 22 Februari 2010) |
Berikutnya |
| Bio-Nik | Jidin | |