Karam Singh Walia
Karam Singh Walia | |
|---|---|
ਕਰਮ ਸਿੰਘ ਵਾਲੀਆ | |
| Kelahiran | 13 Jun 1959 |
| Meninggal dunia | 6 April 2026 (umur 66) |
| Sebab kematian | Barah Hati |
| Pekerjaan | Wartawan penyiaran |
| Tahun aktif | 1990–2014 |
Dato' Karam Singh Walia merupakan wartawan penyiaran Malaysia.[1] Beliau terkenal kerana perkhidmatannya di stesen televisyen swasta negara, TV3, di mana beliau berkhidmat dari 1990–2014. [2]Laporan beliau disiarkan menerusi rancangan berita Buletin Utama. Beliau juga pernah berlakon dalam penampilan khas sebagai watak tuan rumah dalam rancangan Kecoh Betul.[3]
Karam Singh Walia dikurniakan dengan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'. Beliau menerima anugerah tersebut bersempena dengan ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-81.
Laporan khas Lynas
Pada 24 Ogos 2011, TV3 menyiarkan laporan bahawa radiasi dari loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang tidaklah berbahaya sebagaimana digembar-gemburkan oleh pemimpin PKR. TV3 menyiarkan penjelasan dari saintis, iaitu Dr Che Rosli Che Mat dan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli. Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, menjelaskan bahawa mereka telah mendapatkan pendapat pakar bidang kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.
11 syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) belum dipatuhi. Syarat AELB itu akan melambatkan projek itu selama dua tahun. Laporan IAEA tidak perlu kerana tidak melibatkan tenaga nuklear.[4]
Kebimbangan mengenai pencemaran itu disebabkan kes sebelum di mana nadir bumi di Maywood Site, Amerika Syarikat melalui anak sungai yang membawa bahan cemar ke kawasan sekitar.[5]
Anugerah dan pengikitrafan
Darjah kebesaran diraja
Pahang :
- Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) – Dato' (2011) [6]
Rujukan
- ^ "Karam Singh Walia meninggal dunia pagi ini | Harian Metro". www.hmetro.com.my. Dicapai pada 2026-04-06.
- ^ Hassan, Hazween (2026-04-06). "Former TV3 journalist Karam Singh Walia dies | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-06.
- ^ Karam Singh Walia Sinar Harian (14 Februari 2014). Dicapai pada 1 November 2014.
- ^ Fuziah bidas TV3, PAS mahu tindakan terhadap Che Rosli[pautan mati kekal]
- ^ "Maywood Site". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-22. Dicapai pada 2011-08-27.
- ^ "Rektor UIA, Karam Singh terima darjah dari sultan". Malaysiakini. 2011-10-24. Dicapai pada 2026-04-06.