Karangkraf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Logo Karangkraf

Kumpulan Karangkraf ialah sebuah syarikat penerbitan, percetakan, dan pengedaran majalah, buku, dan bahan bercetak di Asia Tenggara. Pada hari ini, kumpulan syarikat ini ialah penerbit majalah bahasa Melayu yang terbesar di Malaysia, dengan 30 judul diterbitkannya.[1] Kedudukannya sebagai penerbit utama diperkukuh lagi pada 2006 dengan pelancaran Sinar Harian, akhbar bahasa Melayu yang merupakan satu-satunya akhbar pelbagai edisi yang mengkhususkan wilayah di Semenanjung Malaysia.

Dimulakan bersama-sama oleh Hussamuddin bin Hj. Yaacub dan Mohd Nasir bin Hj. Hamzah pada 1978 di sebuah kedai yang kecil, majalah sulungnya Mingguan Kanak-Kanak, disusuli oleh akhbar-akhbar tabloid mingguan seperti Bacaria, Watan, Media Hiburan dan kemudiannya Seri Dewi & Keluarga, Remaja, dan Nona.

Rujukan[sunting | sunting sumber]