Karbon trioksida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Halaman ini adalah tentang oksida karbon yang tidak stabil. Jangan dikelirukan dengan CO2-
3
.
Isomer Cs, D3h dan C2v karbon trioksida.

Karbon trioksida (CO3) ialah oksida karbon (oksokarbon) yang tidak stabil. Tiga isomernya yang mungkin boleh terhasil, masing-masing dengan kumpulan titik simetri molekul Cs, D3h dan C2v, telah dikaji secara teori, dan keadaan C2v didapati merupakan keadaan dasar molekul tersebut.[1][2]

Karbon trioksida boleh dihasilkan di dalam zon hanyut nyahcas korona negatif melalui tindak balas antara karbon dioksida (CO2) dan atom oksigen (O) yang dihasilkan daripada molekul oksigen oleh elektron bebas dalam plasma.[3]

Selain itu, satu lagi cara penghasilan CO3 ialah melalui fotolisis ozon, O3, yang terlarut dalam CO2 cair atau campuran CO2/SF6 pada -45 °C, disinari cahaya 2537 Å. Pembentukan CO3 ada terjadi, tetapi kelihatan ia mereput secara spontan kepada karbon dioksida dan oksigen dengan cara 2CO3 → 2CO2 + O2 dengan jangka hayat kurang daripada seminit.[4]

Karbon trioksida boleh juga dihasilkan dengan menghembuskan ozon pada ais kering (CO2 pejal), dan ia juga telah dikesan dalam tindak balas antara karbon monoksida, CO, dan oksigen molekul, O2.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tim Kowalczyk, Electronic structure and spectroscopy of carbon trioxide
  2. ^ T. Kowalczyk; A. I. Krylov (Aug 2007). "Electronic structure of carbon trioxide and vibronic interactions involving Jahn-Teller states". J. Phys. Chem. A. 111 (33): 8271–8276. doi:10.1021/jp073627d. ISSN 1089-5639. PMID 17661455. 
  3. ^ Sabin, J. R; Kim, H (1971). "A theoretical study of the structure and properties of carbon trioxide". Chemical Physics Letters. 11 (5,): 593–597. Bibcode:1971CPL....11..593S. doi:10.1016/0009-2614(71)87010-0. 
  4. ^ DeMore W. B., Jacobsen C. W. (1969). "Formation of carbon trioxide in the photolysis of ozone in liquid carbon dioxide". Journal of Physical Chemistry. 73 (9): 2935–2938. doi:10.1021/j100843a026. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]