Karen Tan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Karen Tan Lee Suan
Nama lahirKaren Tan Lee Suan
Juga dikenali sebagai
Karen
Kelahiran (1984-08-28) 28 Ogos 1984 (umur 36)
Kota Bharu, Kelantan.
Berasal dari Malaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Akademi Fantasia Musim 4

Karen Tan Lee Suan atau lebih dikenali sebagai Karen (lahir 28 Ogos 1984) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Penyanyi kegemarannya ialah Siti Nurhaliza, A Mei, dan Mariah Carey. Pelakon kegemarannya pula ialah Erra Fazira, Ziana Zain, Eja, Nora Danish, Yusry, Rosyam Nor, Vince, dan M. Nasir. Mek Kelate kecil molek berbangsa Cina ini suka menari dan menggilai Coco Lee dan Fauziah Latiff.

Maklumat lain[sunting | sunting sumber]

Makanan Kegemaran : Makanan Siam
Minuman Kegemaran : Teh O
Filem Kegemaran : Azura 2005
Lagu Kegemaran : Dialah Di Hati
Hobi : Menyanyi dan menari
Zodiak : Virgo
Tinggi : 153 cm
Berat : 43 kg
Bangsa : Cina

Penglibatan Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Karen diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada dua belas orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Karen telah tersingkir pada Konsert ke-2. Seterusnya, Karen diserap masuk bersama tujuh peserta yang lain tetapi beliau tidak berjaya untuk masuk ke peringkat akhir bersama empat finalis yang lain.

Lagu-lagu yang didendangkan oleh Karen sewaktu berada di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya:

  • Konsert Prelude : Di Muara Sepi - nyanyian asal oleh Fauziah Latiff
  • Konsert Pertama : Malam Pesta Muda Mudi - nyanyian asal oleh Saloma
  • Konsert Kedua : Kerna Terpaksa - nyanyian asal oleh Francesca Peter
  • Konsert Kesembilan : Jejaka Idaman - nyanyian asal oleh Raja Ema

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]