Kari phanaeng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kari phanaeng
Phanaeng mu.jpg
Phanaeng
Nama alternatifPanang, Panaeng, Penang
JenisKari
Tempat asalThailand
Bahan utamaCili kering, lengkuas, serai, akar ketumbar, biji ketumbar, jintan putih, bawang putih, belacan, garam, kadang kala nasi, bawang merah dan kacang
di Wikibuku Buku Masakan: Kari phanaeng  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Kari phanaeng

Kari phanaeng, kari panang, atau kari penang, (Bahasa Thai: พะแนง, rtgsphanaeng, disebut [pʰā.nɛ̄ːŋ]) adalah sejenis kari Thai yang pada amnya lebih ringan daripada kari Thai lain. Pes kari dibuat dengan cili kering, lengkuas, serai, akar ketumbar, biji ketumbar, jintan putih, bawang putih, belacan, garam, kadang kala bawang merah dan kacang.[1] Hidangan ini biasanya dibuat dengan daging dipotong menjadi jalur nipis, daun limau purut, santan, pes kari phanaeng, gula melaka dan sos ikan. Ia biasanya mengandungi santan pekat dan mempunyai sedikit cecair lain. Hidangan kari phanaeng popular adalahbeef phanaeng. Untuk vegetarian dan vegan, terdapat alternatif vegetarian/vegan bagi belacan yang dipanggil kapi chae dalam Thai, dan sos ikan boleh digantikan dengan stok sayur-sayuran yang kuat atau kicap. Tauhu boleh digunakan untuk menggantikan daging lembu. Di Thailand, kari ini biasanya dimakan dengan nasi.

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]