Karim Latiff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Karim Latiff
KelahiranAbdul Karim bin Abdul Latiff
1937
Rembau, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia18 Ogos 2015 (berumur 77–78)
Hospital Kuala Lumpur
Sebab kematianmenghidapi kanser paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1966 - 1990
MajikanCathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
PasanganChe Asma Hussain
Anak5

Abdul Karim Bin Abdul Latiff atau lebih dikenali sebagai Karim Latiff merupakan seorang pelakon filem Melayu. yang paling dikenali Sinonim dengan watak Safar di layar perak dalam trilogi Ahmad Albab bersama Tan Sri P.Ramlee.[1] Beliau berasal dari Rembau, Negeri Sembilan berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura ketika berumur 18 tahun. Selain menyerlah dalam filem Sumpah Pontianak, Mahsuri, Anak Bapak, Masam-masam Manis, Keluarga 69, beliau juga berbakat dalam arena seni suara.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Che Asma Hussain dan memiliki 5 orang anak , iaitu Izuddin Nizam, Izmir, Nur Iznita , Izhar dan Izralfiddin.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menceburi karier seni seawal usia lapan tahun sebagai penyanyi, Karim pernah memasuki pertandingan Bintang Radio pada 1950-an hingga ke peringkat akhir, namun nasib tidak menyebelahinya.

Beliau kemudiannya mengikuti kumpulan Sandiwara Suria Negara dan menjelajah seluruh negara dengan mengadakan pementasan drama serta nyanyian.

Pun begitu, disebabkan minat mendalam terhadap lakonan, dia berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura seorang diri ketika berusia 18 tahun untuk mengejar cita-cita bergelar bintang.

Waktu itu beliau ditawarkan watak sebagai pelakon pembantu oleh Allahyarham A R Tompel di bawah syarikat miliknya, Sandiwara Kencana dengan bayaran RM3 sehari. Dari situ, beliau mula berlakon drama TV pada 1964 dan antara drama yang mempopularkannya seperti siri Keluarga Tompel dan Potret Pekerti. Beliau paling dikenali menerusi filem Ahmad Albab memegang watak Safar pada 1968.

Pada masa sama, beliau bekerja di RTM sebagai pengalih suara untuk filem. Selepas muncul sebagai anak wayang, beliau mendapat banyak tawaran daripada Merdeka Studio. Antara filem lakonannya ialah Sumpah Pontianak, Samseng, Selendang Delima, Mashuri, Anak Bapak, Masam-masam Manis, Keluarga 69, Lain Jalan Ke Syurga serta Amuk Tok Nadim.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 2014, Karim hanya mampu duduk di kerusi urut selepas mengalami masalah penglihatan dan tidak mampu berdiri lama selain sakit kencing manis dan asma. Beliau meninggal dunia pada 18 Ogos 2015 [3] akibat barah paru-paru.[4][5][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1958 Sumpah Pontianak
Selendang Delima
1959 Mahsuri
1965 Masam Masam Manis
1966 Do Re Mi Penampilan kameo
Nasib Do Re Mi Doktor Penampilan kameo
1967 Keluarga 69 Encik Ghazali
1968 Gerimis
Ahmad Albab Safar bin Sahibul
Anak Bapak Rashid
Lain Jalan Ka-Shorga Amir
1969 6 Jahanam Kemunculan khas
1978 Dayang Suhana
1979 Penagih Dadah
1987 Mr. Os
1990 Warna-Warna Hati

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]