Karl-Heinz Schnellinger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Karl-Heinz Schnellinger
Karl-Heinz Schnellinger.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhKarl-Heinz Schnellinger
Tarikh lahir (1939-03-31) 31 Mac 1939 (umur 80)
Tempat lahirDüren, Jerman
Ketinggian1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainanBek kiri / Sweeper
Kerjaya remaja
1949–1958SG Düren 99
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1958–19631. FC Köln84(8)
1963–1964AC Mantova33(2)
1964–1965A.S. Roma29(1)
1965–1974A.C. Milan222(0)
1974–1975Tennis Borussia Berlin19(0)
Jumlah387(13)
Pasukan kebangsaan
1957Jerman Barat Amatur1(0)
1958–1971Jerman Barat47(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Karl-Heinz Schnellinger (lahir 31 Mac 1939) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pertahanan. Beliau digelar dengan nama "Volkswagen" oleh kerana persembahannya di atas padang mengikut kuantiti mahupun kualiti. Beliau dianggap salah satu pemain bek kiri terbaik dunia pada eranya dan hanya bersaing dengan Giacinto Facchetti, Nilton Santos dan Silvio Marzolini.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Beliau meraih kejuaraan liga Jerman bersama 1. FC Köln pada tahun 1962 dan dianugerahkan Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman pada tahun sama berikutan sumbangan beliau kepada pasukan kebangsaan di Piala Dunia serta turut sebahagian daripada "World Cup Dream Team XI". Beliau berpindah ke Itali ntuk sertai kelab Mantova. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika menentang Milan dan perlawanan berkesudahan Mantova menang mengejut 4-1. Walau bagaimanapun, beliau bermain di Mantova hanya satu musim apabila Roma membawa masuk Schnellinger pada tahun 1964. Di Roma, beliau merangkul Coppa Italia pada tahun sama. Setahun kemudian, beliau meraih Coppa Italia buat kali kedua tetapi bersama kelab Milan. Beliau kekal selama sembilan musim bersama Rossoneri dengana menyaksikan beberapa kejayaan peringkat domestik mahupun Eropah. Beliau menjadi salah satu pemain bola sepak Jerman cemerlang yang beraksi di luar negara.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Beliau mengambil bahagian dalam aksi Piala Dunia pertamanya di Sweden pada tahun 1958 ketika berusia 19 tahun. Beliau seterusnya beraksi tiga edisi Piala Dunia (1962, 1966 dan 1970).[1] Satu-satunya gol antarabangsanya ialah pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1970 menentang Itali yang dikenali sebeagai "Perlawanan Abad Ini". Itali akhirnya menang 4-3 seleps masa tambahan. Beliau melakukan penampilan terakhirnya untuk pasukan Jerman Barat pada tahun 1971.

Persaraan[sunting | sunting sumber]

Schnellinger meninggalkan Milan pada 1974 dan bersara selepas semusim di Tennis Borussia Berlin.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada hari ini, Schnellinger masih menetap di Milan di pinggiran Segrate dan bekerja sebagai ahli perniagaan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

1. FC Köln
Roma
Milan

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]