Karl Marx

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Karl Marx

FRSA[1]
Karl Marx pada tahun 1875
Butiran peribadi
Lahir(1818-05-05)5 Mei 1818
Trier, Prusia
Meninggal dunia14 Mac 1883(1883-03-14) (umur 64)
London, England, United Kingdom
Tempat persemadianMakam Karl Marx, Highgate Cemetery, London
KerakyatanTak bernegara selepas 1845
PasanganJenny von Westphalen (k. 1843; meninggal 1881)
Anak-anakTujuh orang termasuk Jenny, Laura, dan Eleanor
IbuHenriette Pressburg
BapaHeinrich Marx
Saudara
KediamanJerman, Perancis, Belgium, United Kingdom
Alma mater
Tandatangan

Karl Heinrich Marx (5 Mei 1818 – 14 Mac 1883) ialah ahli falsafah, politik dan pakar teori kemasyarakatan Prusia. Walaupun Marx menangani banyak isu sepanjang kerjayanya sebagai pemberita dan ahli falsafah, Marx paling dikenali oleh kerana analisis sejarahnya daripada segi pertelingkahan golongan kelas, diringkaskan dalam dakwaannya bahawa, "Kepentingan kapitalis dan kelas pekerja akan selalu bertentangan sesama sendiri."[1] Tulisannya kemudian membentuk asas kepada pergerakan komunis dan sosialis di kemudian hari.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Karl Marx dilahirkan dalam keluarga Yahudi moden progressive di Prussia Trier (sekarang di Jerman). Bapanya Herschel, turun-temurun ahli rabbi, merupakan peguambela lawyer; Saudara Herschel, Samuel merupakan — seperti mana susur-galurnya — ketua rabbi di Trier. Oleh kerana peluang untuk maju bagi Yahudi agak terhad pada awal abad ke 19 di Prussia, dan kerana mereka tidak begitu kuat beragama, Herschel memutuskan untuk menukarkan namanya kepada Heinrich dan menukar ugama keluarganya kepada ugama rasmi Prussian, Lutheranism, selepas mana kerjaya undang-undangnya berkembang. Keluarga Marx amat liberal dan rumah Marx menjadi tuan rumah kepada ramai pelawat cendikiawan dan artis sepanjang kehidupan awal Karl.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Marx semasa persekolohannya

Marx menerima markah yang baik di sekolah gymnasium, sama taraf dengan sekolah menengah. Thesis seniornya (yang mendahului perkembangan lanjutnya dalam analisa masyarakat mengenai ugama, walaupun dalam cara yang memberi penekanan kepada fungsi masyarakat berbanding ketidaksamaan politik dan ekonomi) adalah treatise berkenaan "Ugama: Gam Yang Mengikat Masyarakat Bersama", untuk mana dia memenangi hadiah..

Marx memasuki Universiti Bonn pada tahun 1833 untuk mempelajari undang-undang, atas permintaan ayahnya behest. Bonn terkenal sebagai aktiviti berparti, dan Marx tidak begitu berjaya kerana banyak menghabiskan masa minum di dewan bir. Tahun berikutnya, ayahnya memaksa dia bertukar ke Friedrich-Wilhelms-Universität di Berlin (sekarang dikenali sebagai Universiti Humboldt). Di sana, dia bertukar minat pada falsafah bertentangan dengan kehendak ayahnya, dan dia masuk kumpulan pelajar dan profesor muda yang dikenali sebagai "Young Hegelians", diketuai oleh Bruno Bauer. Sesetengah ahli kumpulan ini menganggap persamaan dengan sebelum falsafah Aristotle dan post-Hegelian philosophy. Max Stirner, seorang lagi ahli Young Hegelian menggunakan kritikan Hegelian dan mendakwa bahawa selain menolak ugama sepenuhnya nihilistic adalah mistik mysticism. Pandangannya tidak diterima oleh kebanyakan rakannya, dan Karl Marx bertindak balas responded in parts melalui Die Deutsche Ideologie (Ideologi Jerman).

Georg Hegel telah meninggal pada tahun 1831, dan semasa hayatnya merupakan orang yang berpengaruh di Universiti dan pendidikan Jerman secara umumnya. Pertubuhan Hegelian (dikenali sebagai Right Hegelians) yang bertempat di Universiti mempertahankan bahawa siri historical dialectics telah pun lengkap, dan masyarakat Prussian sebagaimana sekarang merupakan kemuncak semua perkembangan masyarakat terkini dengan sistem kakitangan kerajaan yang meluas, universiti yang bagus, dan tahap pengajian yang tinggi. Hegelians Muda yang dikaitkan dengan Marx percaya bahawa masih terdapat pertukaran dialectical yang akan berlaku, dan masyarakat Prussia masa itu masih lagi tidak lengkap kerana ia masih mempunyai kelompok miskin, masih terdapat penapisan kerajaan, dan diskriminasi terhadap bukan Lutheran.

Marx diberi amaran agar tidak menghantar disertasi kedoktorannya di Friedrich-Wilhelms-Universität, kerana ia pasti kurang disenangi di sana kerana reputasinya sebagai radikal Hegelian Muda. Sebaliknya Marx menghantar dissertationnya, yang membandingkan theori atomik Democritus dan Epicurus, ke Universiti Jena pada tahun 1840, di mana ia diterima.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Apabila Bauer, mentornya disingkir dari fakulti falsafah pada tahun 1842, Marx meninggalkan falsafah untuk menceburi bidang kewartawanan dan menyunting Rheinische Zeitung, akhbar radikal Cologne. Apabila akhbar tersebut ditutup pada tahun 1843, sebahagiannya akibat pertelingkahan antara Marx dan penapis kerajaan, Marx kembali berpaling kepada falsafah, melibatkan diri dengan aktivis politik, dan bekerja sebagai pemberita bebas free-lance. Marx kemudiannya berpindah, sesuatu yang sering berlaku akibat pandangan radikalnya. Pada mulanya Marx berpindah ke Perancis, dimana dia menilai semula hubungannya dengan Bauer dan kumpulan Hegelians Muda, dan menulis On the Jewish Question, kebanyakannya kritikan pada pendapa semasa mengenai hak awam dan kebebasan politik political emancipation. Di Paris dia bertemu dan bekerjasama dengan rakan collaborator Friedrich Engels, yang membawa perhatian Marx pada keadaan kelas pekerja, dan membimbing minat Marx kepada ekonomi. Selepas dia dipaksa meninggalkan Paris kerana hasil tulisannya, dia dan Engels berpindah ke Brussel, Belgium.

Di sana mereka menulis secara bersama The German Ideology, kritikan mengenai falsafah Hegel dan Hegelians Muda, dan kemudian Marx menulis The Poverty of Philosophy (1847), kritikan mengenai fikiran sosialis (anarkis) Perancis (Joseph Proudhon). Karya ini merupakan asas bagi kerja Marx dan Engels paling terkemuka, The Communist Manifesto, pertama diterbitkan pada 2 Februari 1848, yang ditempah oleh Communist League (dahulunya, League of the Just), organisasi pendatang Jerman yang dijumpai Marx di London.

Pada tahun itu Eropah mengalami pergolakan revolusi; pergerakan golongan pekerja merampas kuasa dari Raja Louis Philippe di Perancis dan menjemput Marx untuk kembali ke Paris. Apabila kerajaan ini dibubarkan pada tahun 1849, Marx berpindah balik ke Cologne dan memulakan semula Rheinische Zeitung, mengakibatkan dia disingkir. Marx berpindah kali terakhir ke London. Pada tahun 1852 Marx menulis pamplet terkemukannya The Eighteenth Brumaire of Louis Bonaparte, dalam mana dia menganalisa bagaimana Napoleon III mengambil alih Perancis. Dari tahun 1852 hingga 1861, semasa di London, Marx menyumbang kepada New York Tribune, kepunyaan Horace Greeley sebagai pemberita Eropah.

Petikan Gladstone dan First International[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1863, Chancellor of the Exchequer William Ewart Gladstone membentangkan ucapan belanjawan pada Parliamen dalam mana dia menyentuh mengenai peningkatan pendapatan negara England, dan menambah, "Saya patut risau dan bimbangkan kepada peningkatan kuasa dan pendapatan jika ia saya percaya terhad pada golongan yang sudahpun mewah." Tetapi, Gladstone menambah, pendapatan ini turut meningkat bagi pekerja British juga.

Pada tahun 1864 Marx menubuhkan International Workingmen's Association, kemudiannya dikenali sebagai First International, sebagai pengkalan bagi meneruskan pergerakan politiknya. Dalam ucapan pertamanya, dia tersalah memetik ucapan Gladstone. Dia mendakwa bahawa Chancellor telah berkata, "Peningkatan kuasa dan kekayaan yang menggalakkan terhad sepenuhnya kepada golongan berharta." Petikan sebenar diketahui umum dan perchanggahan ini digunakan untuk menjatuhkan the International.

Sehingga hari ini, anti-Marxists seperti Paul Johnson memetik ucapan Marx yang bercanggah dengan maksud Gladstone sebagai bukti pemalsuan dan adalah tidak jujur secara umumnya.

The International terselamat dari kontrovesi ini tetapi bubar pada tahun 1872 sebahagiannya kerana kegagalan Paris Commune, dan sebahagiannya kerana kebanyakan ahlinya berpindah kepada fahaman anarkisme, yang dianjurkan oleh Mikhail Bakunin. Di London, Marx memberi tumpuan kepada penulisan sejarah serta teori, yang paling terkenal ialah satu set himpunan tulisanDas Kapital (Capital: A Critique of Political Economy), dengan jilid pertamanya diterbitkan pada 1867. Sepanjang tempoh hayat Marx berada di London, keluarganya hidup dalam kesusahan dan bergantung kepada pemberian dari Engels untuk terus hidup.

Marx meninggal di London pada tahun 1883, dan dikebumikan di Highgate Cemetery, London. Baki jilid Capital diterbitkan oleh Engels secara posthumous dari nota Marx.

Rujukan[sunting | sunting sumber]