Karlos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi telefilem kesinambungannya, lihat Karlos Bolos.
Karlos
GenreDrama, aksi
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahMohd Feroz Abd Kader
Dibintangi oleh
Johan As'ari
Syazwan Zulkifli
Nur Risteena
Jay Iswazir
Lagu pembukaan"Karma" oleh Faizal Tahir
Lagu penutup"Karma" oleh Faizal Tahir
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifFazidah Harun
Penerbit
  • Mohamed Rafiq Abdul Kader Sahib
  • Abdul Kalam Pakkir Mohamad
  • Mohamed Iskandar Abdul Kader
  • Mohamed Feroz Abdul Kader
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
Frontrow Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal4 Mac 2013 – 27 Mei 2013

Karlos (digayakan sebagai KARLOS) merupakan sebuah siri drama aksi Malaysia 2013 arahan Mohd Feroz Abd Kader terbitan Frontrow Pictures, dibintangi oleh Johan As'ari, Syazwan Zulkifli dan Nur Risteena. Ia mengisahkan perjalanan hidup Irwan Zaid yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama sekali oleh bapanya sendiri. Siri ini disiarkan di Slot Aksi TV3 bermula 4 Mac 2013 hingga 27 Mei 2013.[1] Sebuah telefilem terbitan turunan, Karlos Bolos disiarkan pada 8 Ogos 2013 sempena Hari Raya Aidilfitri.[2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Tanpa wang belanja, Irwan belajar mencuri makanan dari kantin seterusnya membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.

Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di makhamah dan kemudian ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Adaptasi telefilem[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Ogos 2013, sebuah telefilem berdasarkan drama Karlos telah mengekalkan Johan dan Syazwan sebagai teraju utama bersama Zizan Razak, Rusdi Ramli, Tiz Zaqyah dan Dira Abu Zahar. Karlos Bolos merupakan prekuel di mana Karlos dan Kenji pernah meloloskan diri dari Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima, ia disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri pertama di TV3.[3]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Feride Hikmet Atak (30 April 2013). Drama ‘Karlos’ papar contoh sebenar kes buli mSTAR Online. Dicapai pada 10 Jun 2013.
  2. ^ Budiey (1 Ogos 2013). "Telemovie Karlos Bolos Lakonan Zizan Razak". Sensasi Selebriti. Dicapai 4 Disember 2017. 
  3. ^ "Karlos bolos cabaran Water Rafting". Utusan Malaysia. 7 September 2013. Dicapai 17 September 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]