Karsinoma sel skuamus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Karsinoma sel skuamus (Squamous cell carcinoma, SCC atau SqCC) merupakan kanser yang berpunca daripada sel skuamus kulit.[1] Ia merupakan salah satu jenis utama kanser kulit. Kanser yang melibatkan dubur, serviks, kepala, leher dan faraj rata-ratanya kanser sel skuamus.[1] Ia juga melanda esofagus, pundi kencing, prostat dan paru-paru.

Kekerapan terdedah kepada matahari terik yang terus-menerus tanpa perlindungan topikal yang mencukupi juga meningkatkan risiko.[2] Biarpun SCC tetap sama namanya tetapi lain anggota lainlah gejala, sejarah semula jadi, prognosis dan tindak balas kepada rawatan.

SCC biasanya berlaku pada umur 50-an tetapi paling umum berlaku pada umur 70-an tahun. Dua kali kerap pada lelaki berbanding wanita. Yang berkulit gelap kurang risiko menghidap daripada yang berkulit cerah. Yang paling berisiko tinggi adalah yang berkulit cerah, berambut cerah dan bermata cerah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "NCI Dictionary of Cancer Terms". National Cancer Institute. Dicapai pada 9 November 2016. 
  2. ^ "Squamous Cell Carcinoma - Causes and Risk Factors". Dicapai pada August 6, 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]