Kartel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kartel ialah sebuah kumpulan pengeluar bebas secara rasmi yang bertujuan meningkatkan keuntungan kolektif mereka dengan cara menetapkan harga, mengehadkan bekalan, atau apa-apa amalan ketat yang lain. Kartel biasanya mengawal harga jualan, tetapi ada yang dianjurkan untuk mengawal harga yang dibeli input. Undang-undang persaingan cuba menghalang atau melarang kartel. Sesuatu badan yang memiliki monopoli mengikut takrifan ini tidak boleh menjadi sebuah kartel, namun ia boleh menyalahgunakan monopoli ini dengan cara yang lainnya. Kartel biasanya berlaku dalam oligopoli, di mana ada sebilangan kecil penjual dan biasanya melibatkan produk yang sama jenis. Penipuan bidaan adalah suatu jenis kartel yang khusus.

Contoh[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum: yang dianjurkan oleh negara-negara berdaulat. Ia tidak akan dikenakan kuatkuasaan penentangan penggabungan industri di bidang kuasa lain oleh sebab itu doktrin dari kekebalan negara di bawah undang-undang antarabangsa awam. Namun, negara-negara ahlinya sering memecahkan pangkat mereka dengan melebihi kuota pengeluaran minyak yang dipersetujui.

Kebanyakan persatuan perdagangan, terutama dalam industri yang dikuasai oleh beberapa syarikat-syarikat besar sahaja, telah dituduh sebagai "topeng" kepada kartel atau memudahkan pertemuan rahsia dalam kalangan anggota kartel.

Walaupun kartel biasanya dianggap sebagai sebuah kumpulan syarikat, ada juga sesetngah orang yang menganggap kesatuan perrdagangan sebagai kartel, atas tujuan mereka memperjuangkan kenaikkan harga buruh (upah) dengan mencegah persaingan.

Kartel lain termasuk golongan pengamal perundangan dan perubatan di United Kingdom dan banyak negara-negara lain. Dalam golongan-golongan ini, badan-badan yang mengawal latihan, lesen untuk pengamalan dan kelayakan menyekat bilangan peserta baru dalam profesion ini mewujudkan satu bekalan buatan yang rendah serta meningkatkan pendapatan untuk orang-orang dalam profesion tersebut. Hal ini menyebabkan khidmat nasihat perundangan di Unuted Kingdom adalah mahal melainkan bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Dalam profesion perubatan pula, United Kingdom mempunyai kekurangan doktor dan pakar bedah yang dahsyat sehingga adanya masa menunggu yang besar untuk operasi pembedahan mudah bahkan juga (menurut sesetengah orang) kes kematian yang boleh dielak,

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Bishop, Simon and Mike Walker (1999): The Economics of EC Competition Law. Sweet and Maxwell.
  • Connor, John M. (2008): Global Price Fixing: 2nd Paperback Edition. Heidelberg: Springer.
  • Freyer, Tony A.: Antitrust and global capitalism 1930–2004, New York 2006.
  • Hexner, Ervin, The International Steel Cartel, Chapel Hill 1943.
  • Kleinwächter, Friedrich, Die Kartelle. Ein Beitrag zur Frage der Organisation der Volkswirtschaft, Innsbruck 1883.
  • Levenstein, Margaret C. and Valerie Y. Suslow. "What Determines Cartel Success?" Journal of Economic Literature 64 (March 2006): 43–95.
  • Liefmann, Robert: Cartels, Concerns and Trusts, Ontario 2001 [London 1932]
  • Martyniszyn, Marek, "Export Cartels: Is it Legal to Target Your Neighbour? Analysis in Light of Recent Case Law", Journal of International Economic Law 15(1) (2012): 181–222.
  • Stocking, George W. and Myron W. Watkins. Cartels in Action. New York: Twentieth Century Fund (1946).
  • Stigler, George J., "The extent and bases of monopoly, in: The American economic review, Bd. 32 (1942), pp. 1–22.
  • Stigler, George J., The theory of price, New York 1987, 4th Ed.
  • Tirole, Jean (1988): The Theory of Industrial Organization. The MIT Press, Cambridge, Massachusetts.
  • Wells, Wyatt C.: Antitrust and the Formation of the Postwar World, New York 2002.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]