Karya Ummi Essey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ummi Essey yang juga dikenali dengan nama sasteranya ‘Shezy Pena’ telah lama berkecimpung dalam bidang

penulisan dan sastera. Novel pertamanya Biduk Di Tengah Lautan diterbitkan oleh Sabah Media Publication ketika beliau berusia 16 tahun lagi, diikuti dengan novel Let The Birds Fly. Setakat ini beliau telah menghasilkan beberapa buah novel dan buku-buku pendidikan bercorak Perakaunan dan Pengurusan Pejabat.

Beliau kini bertugas sebagai Pentadbir Kanan dan Pensyarah di Institut Generasi yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur dan masih menuntut falsafah kedoktoran dalam fakulti Pentadbiran OUM Bangi.

Minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan dan penerbitan turut mendorong beliau untuk mendalami seni grafik dan multimedia.

Laksamana Ranger merupakan salah satu karya kesayangan beliau dan dikatakan begitu mencabar kerana terpaksa memahami naluri kanak-kanak untuk menarik minat mereka mendekatinya yang berbentuk sains fiksyen ini. Kebanyakan karyanya turut diketengahkan dalam bentuk animasi & komik serta diterjemah kepada bahasa Jepun, Korea dan bahasa Inggeris untuk mengetengahkan budaya Malaysia kepada dunia.