Pergi ke kandungan

Karya seni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh-contoh catan
Potret Madame de Pompadour dan seekor anjing di kaki kasutnya oleh François Boucher
Contoh-contoh arca
Contoh-contoh seni bina
Contoh-contoh seni seramik
Contoh-contoh mozek
Contoh-contoh perabot

Sebuah karya seni (work of art, artwork), hasil seni (art piece, piece of art) atau objek seni (art object) ialah penciptaan artistik yang mempunyai nilai estetik. Kecuali bagi "karya seni" (work of art), yang boleh digunakan untuk apa-apa karya yang dianggap sebagai seni dalam erti kata yang paling luas, termasuklah karya daripada kesusasteraan dan muzik, istilah-istilah ini digunakan terutamanya untuk bentuk seni visual yang nyata dan fizikal:

Digunakan secara lebih meluas, istilah ini kurang lazim digunakan untuk:

Rencana ini memfokuskan kepada istilah dan konsep seperti yang digunakan dan diaplikasikan dalam seni visual, walaupun bidang lain seperti muzik audio dan sastera penulisan mempunyai isu dan falsafah yang serupa. Istilah objet d'art dikhaskan untuk menerangkan karya seni yang bukan catan, cetakan, lukisan atau arca bersaiz besar mahupun sederhana, atau seni bina (cth. barangan rumah, patung kecil, dll., sebahagiannya tulen untuk estetik, sebahagian lagi turut praktikal). Istilah oeuvre digunakan untuk menerangkan himpunan karya lengkap yang telah disiapkan oleh seorang artis sepanjang kerjayanya.[1]

Sebuah karya seni dalam seni visual ialah satu objek fizikal dua atau tiga dimensi yang ditentukan secara profesional atau sebaliknya dianggap memenuhi fungsi estetik yang terutamanya bebas. Sebuah objek seni tunggal sering dilihat dalam konteks pergerakan seni atau era artistik yang lebih besar, seperti: sebuah genre, kelaziman estetik, budaya, atau perbezaan serantau-nasional.[2] Ia juga boleh dilihat sebagai satu item dalam "himpunan karya" artis atau oeuvre. Istilah ini lazimnya digunakan oleh para kurator muzium dan warisan budaya, orang awam yang berminat, komuniti pengumpul seni swasta-penaung seni, dan galeri seni.[3]

Objek fizikal yang mendokumentasikan karya tidak ketara atau seni konseptual, tetapi tidak mematuhi kelaziman artistik, boleh ditakrifkan dan dikelaskan semula sebagai objek seni. Beberapa karya konseptual dan seni jumpaan (readymade) Dada dan Neo-Dada telah menerima rangkuman tersebut pada masa kemudian. Selain itu, beberapa pemaparan seni bina dan model projek yang tidak dibina, seperti oleh Vitruvius, Leonardo da Vinci, Frank Lloyd Wright, dan Frank Gehry, merupakan contoh-contoh lain.

Produk-produk reka bentuk persekitaran, bergantung pada niat dan pelaksanaan, juga boleh menjadi "karya seni" dan merangkumi: seni tanah, seni tapak khusus, seni bina, taman, seni bina landskap, seni pemasangan, seni batu, dan monumen megalitik.

Definisi sah untuk "karya seni" digunakan dalam undang-undang hak cipta; lihat Karya seni § Notes.

Ahli-ahli teori telah berhujah bahawa objek dan orang tidak mempunyai makna yang tetap, sebaliknya makna mereka dibentuk oleh manusia dalam konteks budaya mereka, memandangkan manusia mempunyai keupayaan untuk menjadikan sesuatu itu bermakna atau menandakan sesuatu.[4] Satu contoh utama bagi teori ini ialah seni jumpaan Marcel Duchamp. Marcel Duchamp mengkritik idea bahawa karya seni mestilah satu produk unik daripada hasil kerja atau kemahiran seseorang artis melalui karya "seni jumpaan" (readymades) beliau: "objek harian yang dikeluarkan secara besar-besaran, tersedia secara komersial, dan selalunya bersifat utilitarian" yang diberikannya tajuk, lantas menetapkannya sebagai karya seni hanya melalui proses-proses pemilihan dan penamaan tersebut.[5]

Artis Michael Craig-Martin, pencipta An Oak Tree, berkata tentang karyanya – "Ia bukan sebuah simbol. Saya telah mengubah bahan fizikal segelas air menjadi pokok oak. Saya tidak mengubah penampilannya. Pokok oak yang sebenar wujud secara fizikal, tetapi dalam bentuk segelas air."[6]

Perbezaan

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah ahli teori dan penulis seni telah lama membezakan antara kualiti fizikal objek seni dengan status identitinya sebagai sebuah karya seni.[7] Sebagai contoh, sebuah catan oleh Rembrandt mempunyai kewujudan fizikal sebagai "catan minyak di atas kanvas" yang terpisah daripada identitinya sebagai "karya seni" mahakarya atau karya agung (magnum opus) artis tersebut.[8] Banyak karya seni pada mulanya dinafikan taraf "kualiti muzium" atau merit artistiknya, dan kemudiannya barulah diterima serta dinilai dalam muzium dan koleksi peribadi. Karya-karya oleh ahli Impresionis dan artis seni abstrak bukan perwakilan merupakan antara contohnya. Sesetengahnya, seperti seni jumpaan Marcel Duchamp termasuklah karya mangkuk tandasnya yang terkenal iaitu Fountain, kemudiannya dihasilkan semula sebagai replika berkualiti muzium.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mempamerkan sebuah karya seni dalam konteks muzium boleh mempengaruhi persepsi terhadapnya.[9]

Terdapat satu perbezaan yang tidak pasti, bagi item estetik semasa mahupun bersejarah: antara objek "seni halus" yang dibuat oleh "artis"; dengan seni rakyat, kraf tangan, atau objek "seni gunaan" yang dibuat oleh pereka bentuk, artisan dan tukang dari "dunia pertama, kedua, atau ketiga". Seni peribumi kontemporari dan arkeologi, item reka bentuk perindustrian dalam kuantiti terhad atau pengeluaran besar-besaran, serta tempat-tempat yang dicipta oleh pereka bentuk persekitaran dan landskap budaya, merupakan beberapa contoh lain. Istilah ini secara konsisten terus terbuka untuk perdebatan, pertimbangan semula, dan pentakrifan semula.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Oeuvre Kamus Merriam Webster, Diakses April 2011
  2. ↑ Gell, Alfred (1998). Art and agency: an Anthropological Theory. Clarendon Press. m/s. 7. ISBN 0-19-828014-9. Dicapai pada 11 Mac 2011.
  3. ↑ Macdonald, Sharon (2006). A Companion to Museum Studies. Blackwell companions in cultural studies. Wiley-Blackwell. m/s. 52. ISBN 1-4051-0839-8. Dicapai pada 11 Mac 2011.
  4. ↑ Hall, S (ed.) 1997, Cultural Representations and Signifying Practice, Open University Press, London, 1997.
  5. ↑ MoMA: The Museum of Modern Art. "Marcel Duchamp and the Readymade". MoMA: The Museum of Modern Art. Dicapai pada 2 Februari 2024.
  6. ↑ "There's No Need to be Afraid of the Present", The Independent, 25 Jun 2001
  7. ↑ "FTC Wins $2.3 Million Judgment Against Gallery Owner In Phony Art Scam" (Siaran akhbar). Federal Trade Commission. 11 Ogos 1995. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2009. Dicapai pada 29 Oktober 2008.
  8. ↑ "Rembrandt Research Project - Home". rembrandtresearchproject.org.
  9. ↑ Susanne Grüner; Eva Specker & Helmut Leder (2019). "Effects of Context and Genuineness in the Experience of Art". Empirical Studies of the Arts. 37 (2): 138–152. doi:10.1177/0276237418822896. S2CID 150115587.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Works of art di Wikimedia Commons

Templat:Aesthetics Templat:Humanities Templat:Art world