Kasih Tercipta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kasih Tercipta ialah sebuah lagu yang dirakam oleh Faizal Tahir untuk disertakan dalam runut bunyi filem Waris Jari Hantu. Lagu gubahan Ajai dan liriknya oleh Suhaimi Baba ini pernah dipertandingkan dalam kategori Balada di Anugerah Juara Lagu 2007; pada malam acaranya, Yusrizan Yusop menggantikan tempat Faizal kerana Faizal dilarang masuk kaca TV selama tiga bulan akibat menanggalkan bajunya ketika bersiaran langsung di konsert ulang tahun 8TV.