Kasimov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lambang jata bandar

Kasimov (bahasa Tatar: Qasím, dahulunya: Xankirmän, Gorodets Meschorsky, Novy Nizovoy) adalah sebuah bandar Russia yang terletaknya di tebing kiri Sungai Oka di Ryazan Oblast, Daerah Kasimovsky.

Penduduk-penduduk pertama yang menetap di kawasan ini merupakan puak Finnic yang dikenali sebagai "Meschiora", kemudiannya diserap oleh Russia dan Tatar.

Bandar ini didirikan pada tahun 1152 oleh pemerintah Yury Dolgoruky, Vladimir-Suzdal sebagai Grodets, kemudiannya Gorodets Meschyorskiy. Pada tahun 1376 bandar ini dimusnahkan oleh pencerobohan Mongol di Russia, tetapi kemudiannya dibina semula sebagai bandar Novy Nizovoy (New Low-lying. Selepas pertempuran Suzdal pada tahun 1445.

Great Duke Vasili II dipenjarakan, dan tanah Meschiora diserahkan kepada Olug Moxammat, Duke Khan Kazan Khanate sebagai tebusan nyawa. Pada tahun 1452, Duke Agung Vasili II dari Muscovy menyerahkan bandar ini kepada Kazan putera, Qasim Khan, yang berkhidmat sebagai inspektor ufti kepada kerajaan kecil Big Horde, tetapi kemudiannya berkhidmat pada Russia. Menurut cerita lain, Qasim dan adiknya lari dari Kazan selepas gagal mendapatkan takhta daripada Maxmud (Mäxmüd), abang mereka. Selepas 1471, bandar ini dikenali sebagai bandar Qasím. Ia kekal sebagai ibu kota Qasim Khanate sehingga 1681 apabila khanate diserap ke dalam Russia.

10 rouble 2003

Sekumpulan Tatar mendudukinya semula pada abad ke-15 dan kini dikenali sebagai Tatar Qasim. Mereka bertutur dalam dialek Mishar, bercampur dengan dialek Tatar Pusat dari bahasa Tatar.

Selepas abad ke-13, Kasimov menjadi salah satu pusat Islam di kawasan ini. Ia dimasukkan ke dalam bahagian Mishar Yort dari Golden Horde.

Pada abad ke-17, bandar ini dibahagikan kepada 3 bahagian:

  • Bandar Lama (bahasa Russia: Старый Посад, Tatar: İske Bistä) dan bandar Tatar (Russian: Татарская слобода, Tatar: Tatar Bistäse) diselia oleh khan dari Qasim Khanate dan bangsawan Tatar;
  • Bandar Yamskoy (Russian: Ямская слобода) oleh orang Russia biasa, diselia oleh Moscow;
  • Bandar Marfin (bahasa Russia: Марфина слобода, Tatar: Marfin Bistäse) – sebahagian dari bandar, diselia oleh Kasimov voyevodas – govenor Russia.
Makam Shahgali

Populasi:

Penutur Tatar di Kasimov:

Bangunan bersejarah:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]