Kasma Booty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kasma Booty
Kasma booty.jpg
KelahiranKasmah binti Abdullah
1932
Kisaran, Karesidenan Sumatra Timur, Hindia Timur Belanda (kini Sumatera Utara, Indonesia)
Meninggal dunia1 Jun 2007 (berumur 74–75)
Hospital Ampang, Selangor
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gates, Selangor
KediamanKampung Klang Gate, Hulu Kelang, Selangor
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1948 - 1992
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
PasanganJacob Booty
Anak5 anak
SaudaraYusni Jaafar (adik)

Kasmah Binti Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kasma Booty[1] (1932 hingga 1 Jun 2007) merupakan salah seorang seniwati dan primadona filem Melayu era 40-an, 50-an dan sehinggalah ke penghujung 60-an. Kasma Booty dilahirkan di Kisaran, Indonesia berdarah kacukan Belanda dan Jawa berasal dari keluarga seni. Sama seperti P. Ramlee, Kasma Booty telah diuji bakat oleh B. S. Rajhans dan menjadi pelakon di Malay Film Productions Ltd. Kasma pernah menjadi pasangan kepada P. Ramlee dalam Bakti, Sejoli, Juwita, dan Ragam P. Ramlee (bahagian Damaq).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Rachun Dunia.jpg

Sebelum bergelar bintang filem, Kasma terlebih dahulu bergiat sebagai pelakon teater tradisional bangsawan dengan kumpulan Rayuan Asmara di Medan pada usia belasan tahun. Kesempitan hidup mendorong Kasma untuk berdikari dan sejak belasan tahun lagi, Kasma telah membawa diri merantau ke Malaysia (waktu itu Malaya) dan mendapat kerja sebagai pelakon bangsawan di Pulau Pinang dan Singapura.

Kasma memulakan kerjaya lakonan di usia muda disebabkan kesempitan hidup iaitu seawal umur 14 tahun. Filem pertama yang dibintanginya ialah filem Chempaka (1947), diikuti filem Pisau Berachun, Nur Asmara, Rachun Dunia, Bakti, Dewi Murni, Sejoli, Juwita, Manusia, Mahsuri, Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payung, Ratapan Ibu, Tangkap Basah, Anak Manja dan Ragam P. Ramlee.

Pada tahun 1952 pula, beliau berhadapan dengan kontroversi terhadap pengurusan Shaw Brothers sehingga berlarutan ke mahkamah. Namun, demi mempertahankan prinsip dan maruah beliau membuat keputusan menarik diri daripada membintangi filem Antara Senyum Dan Tangis.

Kasmah Binti Abdullah gambar 1952.

Pada tahun 1958, atas permintaan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Kasma berlakon filem Mahsuri terbitan Cathay Keris.

Pada era akhir pembabitannya dalam lakonan, Kasma banyak berlakon dalam filem terbitan Studio Merdeka di Hulu Klang. Antaranya filem Keris Sempena Riau, Selindang Merah, Ratapan Ibu (L. Krishnan), Siti Payong, Tangkap Basah, Anak Manja (Salleh Ghani) dan Ragam P Ramlee (P Ramlee).

Di zaman kegemilangannya juga beliau pernah mendapat jolokan sebagai Elizabeth Taylor Malaya dan Ratu Filem Melayu kerana kejelitaan paras wajahnya. Tidak hanya memiliki rupa paras yang jelita, beliau mempunyai segala aura dan karisma yang diperlukan sebagai seorang Primadona Melayu pada zaman meledaknya filem Melayu klasik di Jalan Ampas, Singapura satu ketika dulu. Tidak hairanlah mengapa beliau turut dihormati seniman dan seniwati seperjuangannya pada zaman itu, tidak terkecuali Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee sendiri.

Namun setelah membintangi hampir 20 buah filem Kasma bertekad meninggalkan dunia seni pada tahun 1992. Di usia tuanya, beliau banyak menghadapi masalah kesihatan dan banyak menghabiskan masa menumpukan perhatian terhadap ibadahnya dan duduk bersama anak-anak dan cucunya di kediamannya di Klang Gate, Hulu Klang.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan dengan Jacob Booty dan dikurniakan lima orang anak. Nama kelima-lima anak beliau diambil bersempena dengan judul filem yang pernah dilakonkannya.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 1 Jun 2007, jam 2 pagi di Hospital Ampang ketika berusia 75 tahun selepas sekian lama menghidap komplikasi paru-paru berair.[2] Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Klang Gate, Selangor pada hari yang sama.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1948 Chempaka
Pisau Berachun
1950 Rachun Dunia Aminah
Bakti
Dewi Murni
1951 Sejoli Mariam
Juwita Juwita
Manusia
1959 Mahsuri Mahsuri
1961 Keris Sempena Riau Tun Zaleha
1962 Selendang Merah
Siti Payung
Ratapan Ibu
1963 Anak Manja
Tangkap Basah Mawar
1964 Ragam P. Ramlee Kenanga Bahagian cerita Damaq

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Merak Kayangan bagi Pelakon Wanita Veteran di Festival Filem Malaysia ke-7 (1987) di Melaka.
  • Anugerah Khas Juri di Pesta Filem Asia Pasifik ke-35 di Kuching pada 1990.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sharifah Zinjuaher H. M. Ariffin, Hang Tuah Arshad (1980). Sejarah Filem Melayu (The History of Malay Motion Pictures). Penerbitan Sri Sharifah. 
  2. ^ Veteran Actress Kasma Booty Dies

Pautan luar[sunting | sunting sumber]