Kassim Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kassim Ahmad
Kelahiran(1933-09-09)9 September 1933
Meninggal dunia10 Oktober 2017(2017-10-10) (umur 84)
Kulim, Kedah, Malaysia
PasanganSharifah Fauziah binti Syed Yusoff Alsagoff

Kassim Ahmad (9 September 1933 – 10 Oktober 2017)[1] lahir di Bukit Pinang, Kota Setar merupakan ahli politik, penyair, penterjemah Malaysia.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Kassim berkahwin dengan Sharifah Fauziah Syed Yusoff Alsagoff tinggal di Persiran Kulim Golf. Kulim Golf & Country Resort, Kulim, Kedah. Beliau berasal dari Hutang Kampong, Langgar, Kedah. Kassim mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Bandar Baharu, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan Universiti Malaya di Singapura. Beliau kemudian berkerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, di Young Road, Kuala Lumpur dan kemudian ditawarkan menjadi pensyarah di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London. Oleh sebab tarikan politik, beliau menolak tawaran bekerja tetap dengan SOAS. Sekembalinya ke Malaysia, beliau bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Abdullah Munshi, Pulau Pinang sambil aktif dalam Parti Rakyat Malaysia yang diketui oleh Ahmad Boestaman. Selepas peristiwa berdarah Mei 13, beliau bekerja sebagai guru dan penterjemah bebas sehingga belau berpindah ke Kulim pada 31 Ogos 2007.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kassim berasal dari Kulim, Kedah tapi bekerja di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau belajar di Universiti Malaya,Singapura dan aktif dalam University Socialist Club. Disertasi beliau bertajuk 'Perwatakan Hang Tuah' pada tahun 1950-an mencabar persepsi tradisional Melayu bahawa Hang Tuah seorang hero.

Beliau dan Hassan Ahmad antara 13 mahasiswa UM Singapura yang menentang cara pengajaran dan sistem pengajian Melayu di universiti ketika itu. Malah pernah berucap bagi pihak kumpulan 13 menyeru supaya diwujudkan suatu sistem pengajian terbuka.[3]

Beliau, melalui puisi dan kegiatan sastera, menggesa masyarakat yang tertindas bangkit menuntut pembelaan. Tokoh lain yang sealiran ialah Usman Awang, Baha Zain, Kemala, Ali Ahmad, Nik Mohammad Zain, Alis Murni, Yahya Ismail, Mohd Affandi Hassan dan Abdul Ghafar Ibrahim yang menghasilkan puisi Telok Gong (1967), Suara Tujuh (1973), Kemarau Di Lembah (1967) dan Keranda 152.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi pegawai penyelidik DBP dan menyusun buku Hikayat Hang Tuah. Selepas itu bertugas sebagai pensyarah di School of Oriental and African Studies, Universiti London, London.

Politik[sunting | sunting sumber]

Kassim memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia bersama Syed Hussin Ali selama 18 tahun. Kemudian beliau menyertai UMNO. Tindakannya turut dikesali oleh penulis dan penyair Usman Awang (Tongkat Warrant). Kassim Ahmad pernah percaya bahawa pemimpin Vietnam Utara, Ho Chi Minh boleh menjadi contoh seorang pemimpin sosialis yang baik di Asia.

Beliau pernah melawat makam Karl Marx di London. Beliau juga bergambar semasa ditahan di bawah ISA pada 3 November 1976. Gambar pembebasan dan tahanan pada 30 Julai 1981 dan gambar bersama Presiden Iraq,Saddam Hussein.

Hang Jebat hero Melayu[sunting | sunting sumber]

Kassim Ahmad berani menentang arus apabila mengemukakan dakwaan bahawa Hang Jebat seorang hero orang Melayu, bukannya Hang Tuah, sungguhpun Hang Jebat membunuh ramai rakyat Melaka yang tidak berdosa.

Tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Beliau ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama lima tahun (1976-1981) kerana dikaitkan dengan perjuangan sosialis komunis. Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Beliau ditangkap pada 2.30 pagi pada 3 November 1976 di rumahnya di Petaling Jaya. Syed Husin Ali telahpun ditangkap pada 1974 .

Selepas Barisan Sosialis dibubarkan dan ramainya pemimpinnya dihumban ke dalam penjara, Parti Sosialis Rakyat Malaysia ditubuhkan dan beliau menjadi Ketua 1 bagi mengisi kekosongan (1965-1980). Tahun-tahun tersebut dianggap sebagai kebangkitan komunis kedua seperti meletupkan Tugu Negara dan membunuh Ketua Polis Perak 1975.

Beliau dibebaskan menjelang Hari Raya Haji pada 30 Julai 1981 ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia (15 Julai 1981). Dr Mahathir telah membebaskan tahanan ISA. Dr Mahathir adalah sahabat beliau dan pernah menulis kata pengantar bagi buku-bukunya. Semua pengalaman itu dicatat dalam buku 'Universiti Kedua - Kisah Tahanan di Bawah ISA' selepas beliau keluar dari penjara. Buku ini diterbitkan oleh Media Intelek pada 1 Jun 1983.

Pada 1979, dalam blognya[1][pautan mati kekal] Kassim Ahmad mempertahankan ISA berdasarkan ayat Quran, 18: 60-82. Maksudnya kemudaratan kecil boleh mencegah kemudaratann yang lebih besar.

Gerakan anti-hadis[sunting | sunting sumber]

Gerakan Anti-Hadis dianggap dipelopori oleh Dr Kassim Ahmad dan dibantu oleh Osman Ali pada 1985. Beliau terpengaruh dengan Dr Rashad Khalifa lalu menulis buku kontroversi 'Hadis: Satu Penilaian Semula'. Buku ini diharamkan oleh Pusat Islam mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995. Selepas itu beliau menubuhkan pertubuhan Jemaah Quran Malaysia tetapi pendaftarannya ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Selepas banyak berdebat dengan pelbagai pihak berwibawa, akhirnya beliau menulis buku bertajuk 'Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik'. Beliau sebenarnya mengkritik penggunaan hadis sebagai sumber perundangan Islam.[4][5][6]

Hasil karya[sunting | sunting sumber]

Kassim banyak menulis rencana berhubung sastera Islam dan berdebat dengan Shahnon Ahmad juga sasterawan Negara dari Kedah.

  • Hikayat Hang Tuah - diusahakan oleh Kassim Ahmad semasa menjadi pegawai penyelidik DBP.
  • Characterisation in Hikayat Hang Tuah - 1966 diterbitkan oleh DBP.
  • Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah (1973)
  • Universiti Kedua (1983) oleh Media Intelek
  • Quo Vadis Bangsaku ?
  • Hadis: Satu Penilaian Semula (1986) -Buku menyebabkan beliau dicap anti hadis.
  • Hadis : Jawapan Kepada Pengkritik (1992)
  • Polemik Sastera Islam - ditulis bersama Shahnon Ahmad.
  • Kemarau di Lembah - Kumpulan sajak pertama diterbitkan oleh Saudaran Sinaan Bhd., Pulau Pinang, 1967
  • Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme Kepada Islam
  • Sajak 'Pengembara Dalam Perjalanan' (1978)
  • Jalan Ke Parlimen - sajak yang menyindir ahli parlimen Malaysia pada 1960-an yang tidak membela nasib rakyat marhaen.
  • Lamumba Mati - sajak yang mempertikaikan kuasa imperialis seperti Amerika Syarikat.[7]

Terjemahan ke bahasa Rusia[sunting | sunting sumber]

  • Kassim Ahmad. A Common Story. Diterjemahkan oleh V. Borisov. — Cerpen Malaysia Moden. Penyelenggara V. Sigaev dan B. Parnickel. Kata Pengantar B. Parnickel. Moscow: Progress, 1977, hlm. 338-245.
  • Kassim Ahmad. Dialog; Sidang Roh. Diterjemahkan oleh Marina Eliseeva dan Victor Pogadaev. — Anak Sungai. Puisi Malaysia Tradisional dan Moden. Susunan dan kata pengantar oleh B. Parnickel. Moscow: Ktasnaya Gora, 1996, hlm. 84-86.
  • Kassim Ahmad. Dialog; Laut. — Bertakhta di Atasnya. Puisi Penyair Malaysia dan Indonesia dalam terjemahan Victor Pogadaev. Moscow: Klyuch-S, 2009, hlm. 22-23.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Doktor Persuratan Universiti Kebangsaan Malaysia (1985)
  • Anugerah GAPENA (1987)
  • Anugerah Zaaba (2016)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kassim Ahmad passes away". 10 October 2017. Dicapai pada 10 October 2017.
  2. ^ "Free Ahmad". 27 September 1979. Dicapai pada 10 October 2017.
  3. ^ Hilangnya pejuang bahasa Melayu
  4. ^ (Indonesia) Aviv Alfiyyah dan Dewi Khodijah, “Kassim Ahmad: Tokoh Mungkir Sunnah Melayu,” dalam Yang Membela dan Yang Menggugat, ed. Muammar Zayn Qadafy (Yogyakarta: Interpena, 2011), hal. 183.
  5. ^ (Indonesia) Abdul Majid Khon Pemikiran Modern dalam Sunnah, (Jakarta: Kencana, 2011), hal. 110-111.
  6. ^ "JAWI's detention, arrest of Kassim Ahmad was illegal, court rules". 21 December 2015. Dicapai pada 10 October 2017.
  7. ^ Nada sinis puisi era 60-an