Kassim Slamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kassim Slamat
Album piring hitam oleh Kassim Slamat bersama kumpulan The Swallows.
Latar belakang
Kelahiran(1934-08-10)10 Ogos 1934
Berasal dariSingapura
Meninggal dunia26 Mei 2019(2019-05-26) (umur 84)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1960-an - 2006
Syarikat rakaman
EMI
Pengkarya berkait
The Swallows

Kassim bin Rahmat atau lebih dikenali dengan nama Kassim Slamat (10 Ogos 1934 – 26 Mei 2019) merupakan salah seorang penyanyi era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Beliau pernah tinggal di Petempatan Melayu Sembawang hingga tahun 1986 bila petempatan itu dirobohkan. Selepas itu beliau ke Yishun.

Kassim Slamat mula menceburi bidang seni pada tahun 1960 dengan Pancaragam Pemuda Ria Party. Selepas itu beliau menyertai kumpulan The Swallows sebagai penyanyi, menggantikan penyanyi Ahmad Daud.

Kassim Slamat sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Swallows. Pada mulanya beliau dan kumpulan The Swalows kurang mendapat perhatian sehinggalah mereka mula menyanyikan lagu-lagu Bawean. Beliau mencipta nama dengan lagu La O Be.

Kassim Slamat turut terbabit dalam persembahan muzikal Suzana@60-an di Istana Budaya 2006. [1]. Beliau sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan lagu A Lompak A Go Go, selain La Obe - kedua-duanya dinyanyikan dalam loghat Bawean.

Kassim Slamat kurang aktif menyanyi akibat penjualan rekod piring hitam yang menurun akibat kegiatan cetak rompak.


Beliau meninggal dunia di rumahnya di Yishun, Singapura pada 26 Mei 2019 pada jam kira-kira 3.30 petang.[2] Beliau dikebumikan pada keesokan harinya di Pusara Abadi, Choa Chu Kang pada jam 11.30 pagi.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • La O Be

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Berita Harian 19 Mei 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-12-24.
  2. ^ Amirul Haswendy Ashari (26 Mei 2019). "Kassim Selamat meninggal dunia". myMetro. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  3. ^ Bernama (27 Mei 2019). "'Kassim Selamat' tak sempat rakam lagu ciptaannya". Astro Awani. Dicapai pada 4 Jun 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]