Kata hubung (bahasa Melayu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kata hubung (Tulisan Jawi: کات هوبوڠ) ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:

  • perkataan dengan perkataan;
  • rangkai kata dengan rangkai kata; dan
  • ayat dengan ayat
  • dengan ayat yang sama


Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Kata hubung gabungan
  2. Kata hubung pancangan
  3. Kata hubung pasangan.

Kata hubung pancangan[sunting | sunting sumber]

Kata hubung pancangan relatif[sunting | sunting sumber]

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh ayat:

  • Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
  • Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
  • Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

Kata hubung pancangan komplemen[sunting | sunting sumber]

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

  • Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
  • Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
  • Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

Kata hubung pancangan keterangan[sunting | sunting sumber]

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, tatkala, walaupun, malahan, dan sesungguhnya.

Contoh ayat:

  • Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
  • Saya berkawan dengannya semenjak kecil

Kata hubung berpasangan[sunting | sunting sumber]

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah, jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun.

Contoh ayat:

  • Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
  • Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Maksud kata praklausa

kata praklausa ialah perkataan yang berada di hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan atau penerang pangkal klausa