Kata seasal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam linguistik, kata seasal ialah perkataan yang mempunyai keturunan atau asal yang sama. Istilah ini terbit dari bahasa Latin cognatus (saudara sedarah). Pasangan butir linguistik dalam sesuatu bahasa yang mempunyai keserupaan dari segi asal, bentuk atau makna dipanggil bentuk kembar. Secara tegasnya, kata pinjaman dari bahasa lain selalunya tak bermaksud dengan istilah tersebut, contohnya perkataan bahasa Inggeris 'king' tak dianggap sebagai kata seasal asli dari bahasa Belanda 'koning' ataupun bahasa Jerman 'König'.