Katagenesis (geologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Katagenesis adalah satu istilah yang digunakan dalam geologi petroleum untuk menerangkan proses peretakan yang menyebabkan penukaran kerogen organik kepada hidrokarbon.

Tindak balas teori[sunting | sunting sumber]

Tindak balas kimia ini dipercayai adalah proses yang bergantung kepada masa, suhu serta tekanan yang akan menghasilkan cecair dan/atau gas hidrokarbon, Hc daripada kerogen X. Tindak balas ini dapat dirumuskan menggunakan formula:

X_0 \rightarrow Hc + X(t)

di mana X0 ialah ketumpatan kerogen asal manakala X(t) ialah ketumpatan kerogen pada masa t. Kebergantungan kepada tekanan pada umumnya dianggap boleh diabaikan, oleh itu, proses katagenisis boleh diberikan sebagai persamaan pembezaan peringkat pertama:

\frac{dX}{dt} = - \kappa X

di mana X ialah zat tindak balas, manakal κ ialah pemalar kadar tindak balas yang membawa kepada kebergantungan terhadap suhu menerusi persamaan Arrhenius.