Katakan Pada Dia
| Katakan Pada Dia | |
|---|---|
| Genre | |
Berdasarkan daripada | Selendang Anum karya Prof Dr Lim Wee Tin |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Katakan Pada Dia" oleh Jasper Supayah & Iskandar Projector Band |
| Lagu penutup | "Katakan Pada Dia" oleh Jasper Supayah & Iskandar Projector Band |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 26 |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Ariffulahmadi Ab. Rahman |
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Kalam Ariff Holding Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV2 |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 12 Jun 2023 – 11 September 2023 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Wasilah Kasih |
| Diikuti oleh | Inspektor Babyface |
Katakan Pada Dia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Nina KSC dan Izzue Islam. Siri ini memulakan tayangan perdana di Drama On 2, TV2 bermula 12 Jun 2023 menggantikan Wasilah Kasih.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang kegigihan dan ketabahan hati Yoke Lin, seorang gadis remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dan bercita-cita melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Dalam penantian menunggu keputusan itu, Yoke Lin mengisi waktu lapangnya dengan melibatkan diri dalam pementasan sebuah drama bertajuk ' Keris Pusaka' yang bertujuan mengutip derma bagi mengisi tabung membina asrama anak-anak yatim pelbagai kaum di tempatnya. Penglibatan Yoke Lin berlakon dalam drama Melayu dengan memegang watak Anum mendapat tentangan daripada bapanya tetapi mendapat sokongan daripada Encik Phang (yang bersikap terbuka), Sakinah, Aida, Mona dan sebagainya.
Yoke Lin sebagai generasi baru Malaysia berusaha menjayakan pementasan itu bertujuan menguatkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampungnya yang berbilang kaum. Akhirnya, selepas menempuh pelbagai halangan, ibunya memberi galakan dan diikuti oleh perubahan sikap bapanya yang menyokong kegiatan seni dramanya itu. Bapanya memberi selendang kepada Yoke Lin untuk digunakan dalam pementasan drama purba itu sebagai dorongan kepadanya agar usaha positifnya itu akan berjaya dengan cemerlang untuk mengutip derma bagi membina asrama anak-anak yatim semua kaum itu.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Nina KSC sebagai Yoke Lin
- Izzue Islam sebagai Johan
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Amyza Aznan sebagai Prof Melah
- Hashmithaa Selvam sebagai Uma
- Janet Khoo sebagai Peggy
- Jesse Lim sebagai Mr. Lee
- Ooi Liang Chia sebagai Wong Yu
- Shazia Rozaini sebagai Haslina
- Silfeny Osman sebagai Sakinah
- Sugeindhiran sebagai Shankar
- Wanns Ahmad sebagai Rosli