Katalog Am Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Katalog Am Baru
کاتالوݢ عام بارو
NGC 3982
Organisasi William Herschel di
Balai Cerap Dunsink,
Persatuan Astronomi Diraja
Sumber data William Herschel
Teleskop Birr Castle
Balai Cerap Dunsink
(disemak semula oleh Sulentic dan Tifft)
Matlamat Kaji selidik mengenai objek bukan bintang
Produk data Katalog NGC
Laman sesawang Katalog Am Baru (semak semula)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Katalog Am Baru Nebula dan Kelompok Bintang (disingkatkan kepada NGC) merupakan katalog terkenal mengenai objek langit yang jauh dalam bidang ilmu falak. Ia disusun oleh John Louis Emil Dreyer pada 1888, sebagai katalog versi baru bagi Katalog Nebula dan Kelompok Bintang oleh John Herschel. Dalam NGC terdapat 7,840 objek yang dikenali sebagai "Objek NGC". Ia adalah salah satu katalog terbesar yang menyeluruh dan kandungannya tidak terhad kerana ia termasuk semua jenis objek angkasa yang jauh seperti galaksi. Dreyer juga menerbitkan dua suplemen ke dalam NGC yang dikenali sebagai Katalog Indeks (IC). Suplemen yang pertama diterbitkan pada 1895 dan mengandungi 1,520 objek manakala yang kedua diterbitkan pada 1908 dengan 3,866 objek.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]