Katalog Am Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Katalog Umum Baharu)
Katalog Am Baru
کاتالوݢ عام بارو
NGC 3982
Jenis tinjauanKatalog astronomi Sunting ini di Wikidata
PertubuhanWilliam Herschel di
Balai Cerap Dunsink,
Persatuan Astronomi Diraja
PencerapanWilliam Herschel, John Herschel, James Dunlop Sunting ini di Wikidata
Sumber dataWilliam Herschel
Teleskop Birr Castle
Balai Cerap Dunsink
(disemak semula oleh Sulentic dan Tifft)
MatlamatKaji selidik mengenai objek bukan bintang
Produk dataKatalog NGC
Laman sesawangKatalog Am Baru (semak semula)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Katalog Am Baru Nebula dan Kelompok Bintang (Jawi: کاتالوݢ عام بارو نيبولا دان کلومڤوق بينتڠ; disingkatkan kepada NGC) merupakan katalog terkenal mengenai objek langit yang jauh dalam bidang ilmu falak. Ia disusun oleh John Louis Emil Dreyer pada 1888, sebagai katalog versi baru bagi Katalog Nebula dan Kelompok Bintang oleh John Herschel. Dalam NGC terdapat 7,840 objek yang dikenali sebagai "Objek NGC". Ia adalah salah satu katalog terbesar yang menyeluruh dan kandungannya tidak terhad kerana ia termasuk semua jenis objek angkasa yang jauh seperti galaksi. Dreyer juga menerbitkan dua suplemen ke dalam NGC yang dikenali sebagai Katalog Indeks (IC). Suplemen yang pertama diterbitkan pada 1895 dan mengandungi 1,520 objek manakala yang kedua diterbitkan pada 1908 dengan 3,866 objek.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]