Katedral-Masjid Córdoba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Katedral-Masjid Córdoba
2002-10-26 11-15 Andalusien, Lissabon 182 Córdoba, Mezquita.jpg
Katedral Córdoba, sebuah Tapak Warisan Dunia.
Info asas
Lokasi Córdoba, Andalusia, Sepanyol
Koordinat geografi Koordinat: 37°52′45.1″N 04°46′47″W / 37.879194°N 4.77972°W / 37.879194; -4.77972
Penggabungan Katolik Rom
Daerah Ketua Biskop Katolik Rom Córdoba
Penetapan warisan Tapak Warisan Dunia UNESCO
Penerangan seni binaan
Jenis seni bina Masjid
Gaya seni bina Moor, Zaman Pembaharuan
Pecah tanah pada 784 M
Disiapkan pada 987 M
Spesifikasi
Bahagian dalam Mezquita

Mezquita (bahasa Sepanyol untuk "masjid", atau مسجد dalam tulisan Arab), adalah pada suatu waktu masjid terbesar di dunia di Córdoba, Sepanyol dan sekarang sebuah katedral Katolik Rom.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan Mezquita (asal namanya Masjid Aljama) berjangka lebih dari dua abad, bermulanya pada 784 M di bawah penyeliaan Amir Muslim pertama Abd ar-Rahman I, yang menggunakannya sebagai sebuah tambahan ke istananya dan menamakannya sebagai penghormatan kepada isterinya. Tapak itu sebelum itu adalah sebuah katedral Visigoth St. Vincent. Apabila tentera Tariq ibn-Ziyad pertama kali menduduki Córdoba pada 711, mereka dan penganut Kristian berkongsi ruangan katedral, menurut sejarawan ar-Râzî, yang mendokumentasikan sejarah masjid. Tetapi dengan penubuhannya Umayyad dalam buangan negara sebagai emir-emir Córdoba, tolak-ansur itu tidak lagi cukup. Perbincangan di antara Emir dan biskop Córdoba, diberikan janji bayaran besar wang dan juga izin untuk membina semula salah satu gereja-gereja luar yang telah diruntuhkan semasa penaklukan, mendorong penganut Kristians bersetujukan melepaskan bahagian St. Vincent mereka, yang telah dirobohkan dan masjid baru, pada fasa pertamanya, dibina di atas asasnya (Wolf). Unik berbanding masjid-masjid lain, mihrabnya tidak mengarah terhadap Mekah. Beberapa penjelasan telah dicadangkan untuk menerangkan kedudukan masjid yang tidak mengikut peraturan agama. Sesetengah bercadang bahawa mihrab itu mengarah ke arah selatan kerana asas masjid menggunakan asas pembinaan Rom lama dan Visigoth. Yang lain pula menegaskan bahawa Abd ar-Rahman mengarahkan mihrab ke arah selatan seolah-olah baginda masih berada di ibu negara Umayyad dan tidak dibuang negara.

Masjid ini melalui beberapa pertukaran: Abd ar-Rahman III memerintahkan pembinaan menara baru, sementara Al-Hakam II, pada 961, membesarkan rancangan bangunan dan mengindahkan mihrab. Pembaharuan yang terakhir dijalankan oleh Al-Mansur Ibn Abi Aamir pada 987.

Masjid ini adalah yang termewah daripada 1,000 masjid lainnya yang berada di bandar tersebut, dan pada satu waktu masjid kedua terbesar di dunia Islam. Ia bercantum dengan istana Khalifah dengan tempat laluan yang dinaikkan, membenarkan pemerintah Cordoba untuk mengunjungi masjid tanpa risiko pembunuhan. Hari ini istana Biskop berdiri di tapak istana Khalifah.

Bandar tempat letak masjid ini telah ditakluki oleh beberapa serangan, dan setiap gelombang penaklukan menambahkan tanda mereka pada gaya seni bina. Bangunan tersebut dikenali dengan gerbang gergasinya, dengan lebih dari 1,000 tiang yang terbuat dari jasper, onyx, marmar dan granit. Ini dibuat dari kepingan-kepingan kuil Rom yang berada di situ sebelumnya, dan juga bangunan-bangunan Rom lain yang telah roboh. Gerbang "poly-lobed", digambarkan di atas, adalah pengenalan baru pada gaya seni bina, dan menolong menyokongkan berat besar siling yang lebih tinggi. Selain gerbang-gerbang berbentuk kasut kuda, Mezquita juga mempunyai cerukan dinding sembahyang yang kaya dengan celupan emas. Sebuah kubah pusat berbentuk sarang lebah mempunyai jubin biru dihias dengan bintang-bintang. Mihrabnya pula merupakan sebuah karya agung kesenian gaya seni bina, dengan corakan geometri dan aliran tumbuh-tumbuhan. Mezquita mencapai dimensi terbarunya pada 987 dengan penyelesaian ruang ibu di sebelah luar dan laman pokok oren.

Patio de los Naranjos, di dalam Mezquita

Pada tahun (1236) apabila Cordoba ditakluk kembali dari orang Islam Moorish, oleh Raja Ferdinand III dari Castile dan menubuhkan kembali Christendom, masjid itu ditukar menjadi sebuah gereja Kristian. Ini adalah perkara yang biasa pada era itu. Hagia Sophia di Constantinople, misalnya, telah ditukarkan menjadi sebuah masjid pada hari tentera Uthmanniyah memasuki bandar itu. Parthenon pada Acropolis Athens telah dijadikan sebuah kuil Athena, gereja dan masjid. DI Semenanjung Iberia, adanya bangunan yang telah, mengikut pusingan, menjadi sinagog, masjid, gereja, dengan sesetengah pertukaran tangan berkali-kali. Alfonso X menyelia pembinaan Chapel Villaviciosa dan Chapel Diraja di dalam struktur masjid, tetapi kemudian merobohkan kembali tambahan ini. Raja-raja yang berikut membina tambahan lebih berciri-ciri Kristian kemudian: Enrique II membina kembali chapel pada abad ke-14.

Perubahan yang paling jelas adalah pembinaan nave katedral Pembaharuan di tengah-tengah struktur. Ia telah dibinakan dengan keizinan Carlos V, raja kesatuan Sepanyil; setelah baginda melihat apa yang telah dibinakan, baginda mengatakan, "Kamu telah membina apa yang kamu atau yang lain telah bina di tempat lain, tetapi kamu telah merosakkan sesuatu yang unik di dunia."[1] Walaubagaimanapun, penambahan nave katedral dipercayai telah mengukuhkan kestabilan struktur binaan [perlu rujukan], dan penukarannya ke sebuah gereja Kristian (pada rasminya Katedral Assumption Dara) telah membantu untuk mengekalkannya ketika Pasitan Sepanyol masih sangat aktif. Walaubagaimanapun, ia diakui bahawa penduduk tempatan, Kristian lama dan mualaf bersama, dengan gigih mempertahankan tugu itu setelah bandar itu dirampaskan semula oleh raja-raja Kristian.

Para ahli seni dan gaya seni bina telah bersambung untuk menambahkan pada struktur terkini sehingga lewat abad ke-18.

Pada 1931, Dr. Allama Muhammad Iqbal adalah orang Islam pertama untuk bersolat di dalam Mezquita setelah penutupannya ke Islam. Biskop Juan Jose Asenjo, telah menolak keizinan orang Islam untuk bersolat di Mezquita.[2]

Struktur dan Seni Binaan[sunting | sunting sumber]

Mezquita kini mempunyai struktur yang besar, sehingga ia merangkumi beberapa blok harmonis di Bandar Cordoba. Dalam Mezquita juga kini dilihat terdapatnya struktur syiling yang tinggi yang dipercayai dibina ketika era Cathedral Kristian.Ketika zaman Kristian juga, bahagian ketiga ruangan solat Masjid turut dibuang,bahagian tengan Masjid pada asalnya juga turut dilapangkan,manakala syilingnya telah ditinggikan, sekaligus menukarkan bahagian tengah Masjid menjadi pusat Cathedral.

Bahagian arch,iwan-iwan kecil serta lengkungan kubah-kubah kecil tetap dibiarkan.Binaan jubin marmar yang dibina ketika zaman pemerintahan Islam juga tetap dibiarkan.Kebanyakan struktur Mezquita yang terbentuk pada era Kristianiti adalah hasil gabungan seni binaan Romawi.Bahagian Mihrab yang dibina oleh pemerintahan Islam yang menghadap Kiblat(Kaabah,Makkah) tetap dibiarkan sehingga kini.Binaan Mihrab itu telah dibina dari bong-bongkah mozaik era Romawi Timur (Byzantine),selain itu terdapat juga himpunan kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran pada dinding Mihrab dan tulisan kaligrafi itu telah disadur dengan cat emas tulen. Terdapat juga beberapa patung berhala dan lukisan Yesus dan ibu Maria pada dinding Kapel didalam Mezquita itu dan ia masih kekal sehingga hari ini.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Reconquista[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Reconquista
Lukisan oleh Edwin Lord Weeks (sekitar 1880) mengambarkan seorang Moor tua menyeru perang suci menentang Kristian di mihrab masjid. "Meskipun lukisan ini mengambarkan ilusi realiti; jihad atau perang suci tidak pernah diseru dari sebuah masjid."[1] Walters Art Museum

Pada tahun 1236, Córdoba telah ditakluk oleh Raja Ferdinand III dari Castile, dan masjid ini ditukarkan menjadi sebuah gereja Katolik di tengah-tengahnya. Alfonso X pula menyelia pembinaan gereja kecil Villaviciosa dan Gereja Diraja di dalam masjid. Raja-raja seterusnya menambah ciri-ciri Kristian seperti Raja Henry II yang membina semula gereja kecil pada kurun ke-14. Menara masjid juga ditukarkan menjadi sebuah menara loceng. Ia dihiasi dengan loceng yang diperolehi daripada Santiago de Compostela.[2]

Pengubahsuaian yang paling ketara pada bangunan ini adalah sebuah ruang ibu katedral Renaissance pada bagian tengah struktur. Penambahan ini dilakukan dengan kebenaran daripada Charles V, raja Castile dan Aragon. Bagaimanapun, apabila Charles V melawat katedral yang siap ini, beliau tidak senang akan hasilnya dan telah membuat satu komen yang terkenal, "mereka telah mengambil sesuatu yang unik dari seluruh dunia dan memusnahkannya untuk membina sesuatu yang kau boleh mendapatnya dari sebarang kota lain."[petikan diperlukan]

Para artis dan arkitek terus membuat penambahan pada struktur sedia adanya sehingga akhir kurun ke-18.

Kempen Muslim pada tahun 2000-an[sunting | sunting sumber]

Menara loceng daripada Istana Oranges

Muslim di seluruh Sepanyol telah melobi Gereja Katolik Rom untuk membenarkan mereka mengerjakan solat di dalam kompleks ini, di mana Majlis Islam Sepanyol telah menghantar permohonan rasmi ke Vatican.[3][4] Walaubagaimanapun, pihak berkuasa gereja Sepanyol dan Vatican menolak permohonan ini.[5] Pertikaian ke atas katedral ini mencerminkan pandangan akan apa yang membentuk sejarah dan identiti Sepanyol.[6]

Peristiwa tahun 2010[sunting | sunting sumber]

Pada bulan April 2010, dua orang pelancong Muslim telah ditahan di katedral, di mana dalam kejadian ini dua orang pengawal keselamatan telah mengalami kecederaan serius. Kejadian ini berlaku apabila bangunan dipenuhi dengan para pelancong yang melawat katedral semasa Minggu Suci.[7][8]

Mengikut pihak berkuasa katedral, apabila separuh dozen Muslim Austria, yang merupakan sebahagian daripada sekumpulan 118 pelancong membuat lawatan untuk Muslim muda Eropah, berlutut untuk bersembahyang bersama-sama, telah ditegur oleh pengawal keselamatan samada "meneruskan lawatan mereka atau meninggalkan bangunan".[7][8] Satu pergaduhan telah terjadi di antara dua orang pelancong dan para pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan mengalami kecederaan serius dan dimasukkan ke hoospital manakala dua orang pelancong Muslim pula telah ditahan.[7][8][9]

Makam[sunting | sunting sumber]

Yuran masuk[sunting | sunting sumber]

Katedral-Masjid Córdoba dibuka setiap hari untuk para pelawat. Yuran masuk adalah 8.00.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 37°52′45.1″N, 04°46′47″W

  1. "Interior of a Mosque at Cordova". The Walters Art Museum. 
  2. Chris, Lowney A Vanished World: Muslims, Christians, and Jews in Medieval Spain. New York: Oxford University Press, USA, 11.
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Sills tidak disediakan
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan msn tidak disediakan
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Fuchs tidak disediakan
  6. D. Fairchild Ruggles, "The Stratigraphy of Forgetting: The Great Cathedral of Cordoba and Its Contested Legacy," in Contested Cultural Heritage, ed. Helaine Silverman. New York: Springer, 2011, pp. 51–67. Spanish translation in the journal Antípoda:Revista de Antropología y Arqueología (Bogotá, Colombia) 12 (2011): 19–38.
  7. 7.0 7.1 7.2 Tremlett, Giles (2010-04-01). "Two arrested after fight in Cordoba's former mosque". The Guardian (London). 
  8. 8.0 8.1 8.2 Keeley, Graham (2010-04-03). "Muslims arrested for trying to pray in Cordobas former Mosque". The Times (London). 
  9. "Muslims in Spain campaign to worship alongside Christians". CNN. 2010-09-07.