Katedral Notre-Dame

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bahagian hadapan Katedral Notre-Dame di pusat bandar Paris, Perancis. (Gambar bertarikh tahun 2013)

Katedral Notre Dame Paris (bahasa Perancis: Notre-Dame de Paris) ialah sebuah katedral Katolik zaman pertengahan di Île de la Cité di arrondissement (daerah) ke-4, Paris, Perancis. Katedral ini ditahbiskan kepada Maria si Perawan, seorang tokoh utama dalam agama Kristian dan dianggap sebagai salah satu contoh terbaik seni bina Goth di negara tersebut. Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1163 di bawah kepimpinan Bishop Maurice de Sully menjangkau lebih dua abad sebelum ia selesai pada pertengahan abad keempat belas. Selepas Revolusi Perancis, katedral ini dipulihkan arahan arkitek Viollet-le-Duc antara 1844 dan 1864 di mana projek tersebut yang menggabungkan unsur-unsur dan motif baru; projek ini sangat kontroversi kerana gaya binaan yang diberikan kepada katedral ini semasa pemuliharaan semulanya tidak sama sekali seragam lalu mempunyai ciri-ciri kedua-dua seni bina jenis Goth awal dan Goth Perancis yang jauh berbeza.

Bangunan ini sangat dikaitkan kuat dengan kota Paris. Ia banyak menyaksikan beberapa kejadian penting dalam sejarah negara Perancis itu sendiri: ia menjadi tempat menyambut relik-relik suci agama Kristian - terutamanya barang yang dikatakan sisa mahkota berduri dipakai Yesus ketika penyaliban beliau - pada tahun 1239 dalam Zaman Pertengahan, tempat pertabalan Napoleon sebagai Maharaja Perancis pada tahun 1804, pembaptisan Henri d'Artois sebagai raja Perancis cabang Legitimis pada tahun 1821 serta pengebumian beberapa presiden Republik Perancis (Adolphe Thiers, Sadi Carnot, Paul Doumer, Charles de Gaulle, Georges Pompidou, François Mitterrand). Ia juga tempat menyaksikan pembebasan Paris daripada rejim Vichy semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1944. Ulang tahun ke-850 pembinaannya diraikan pada tahun 2013.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gereja lama Notre-Dame (abad ke-7 hingga abad ke-12)[sunting | sunting sumber]

Gereja ini mula wujud sebagai suatu basilika didirikan pada sebagai menggantikan suatu dewan yang dikhususkan kepada pemujaan dewa Jupiter dalam masyarakat Gaul-Rom. Gereja ini yang diberi nama Katedral Santo Étienne terletak kira-kira 40 meter (130 ka) arah barat dari kawasan katedral kini dan setengah kali besar binaan terkini dan dihiasi mozek.[1][2] Sebanyak empat buah gereja didirikan bersusul ganti sebelum Katedral yang besar muncul, dengan setiap binaannya makin membesar untuk menampung kependudukan kota Paris yang semakin meningkat.[3][nota 1]

Pemusnahan gereja lama dan pembinaan semula gereja baharu[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1160, Maurice de Sully, Uskup Paris,[5] memutuskan agar Katedral sedia ada membina semula bagi menampung jemaah dalam kalangan penduduk Paris yang kini jauh lebih besar dengan seni bina Goth baharu yang diiktiraf pada lewat tahun 1130-ans.[2]. Binaan Katedral lama dimusnahkan sambil bahan runtuhannya diguna semula untuk pembinaan gereja yang baharu.[3]

Ketika Zaman Revolusi serta Dinasti Napoleon[sunting | sunting sumber]

Selepas Revolusi Perancis pada tahun 1789, Notre-Dame dan seluruh harta para paderi di Perancis telah disita puak republikan lalu dijadikan harta awam.[6] Katedral ini dikhususkan semula pada tahun 1793 kepada beberapa pergerakan ateistik yang bertujuan menggantikan Gereja Katolik sebagai agama rasmi Republik Perancis yang baru:

Terdapat banyak pengubahsuaian dilakukan dengan sengajanya untuk menghapuskan perlambangan keagamaan pada bangunan ini sebagai tindak balas menyekularkan sepenuhnya bangunan yang dirampas: dua puluh lapan patung raja-raja yang diceritakan dalam kitab Bible yang terletak di bahagian barat bangunan ini dipecahkan kepala kerana disalah sangka sebagai raja-raja Perancis,[1][12] kebanyakan kepala patung ini ditemui semasa suatu kegiatan penggalian pada tahun 1977 dan dipamerkan di Musée de Cluny; patung perlambangan Kebebasan turut didirikan menggantikan Maria si Perawan di beberapa altar.[13] Loceng-loceng besar katedral sempat diselamatkan daripada dicairkan sepertimana dilakukan puak republikan setelah mengambil alih harta milik Gereja Katolik. Semua patung-patung besar yang lain di hadapannya telah dimusnahkan kecuali patung Maria di pintu gerbang perigi gereja.[1]

Setelah kedua-dua pergerakan diharamkan Konsul Pertama Republik Napoleon Bonaparte pada 1801, katedral ini lebih digunakan sebagai gudang penyimpanan makanan dan tujuan bukan agama lain.[14] Katedral tersebut dipulihkan fungsinya sebagai suatu tempat ke ibadah dengan rasminya pada 18 April 1802, tidak lama selepas Konkordat 1801 ditandatangani yang bertujuan memulihkan hubungan Perancis dengan pihak Gereja Katolik Rom. Beberapa pembaikan kecemasan telah dibuat segera ehingga pada bulan Disember 1804, di mana Napoleon ditabalkan sebagai Maharaja Perancis atas restu Paus Pius VII; bangunan ini telah dicat warna putih sempena majlis itu, ia dihiasi beberapa lama kemudian semasa pemuliharaan baharu dijalankan di bawah arahan Charles Percier dan Pierre Fontaine.

Abad ke-20, pembinaan semula[sunting | sunting sumber]

Binaan batu yang ada dalam katedral ini dengan pelbagai perhiasan dan patungnya semakin terhakis pudar pada kurun-kurun ke-19 dan ke-20 akibat pencemaran udara yang berleluasa di kota Paris. Patung raksasa yang ada di katedral ini turut semakin melonggar atau tercabut pada tahun 1980-an.[15] Maka dengan masalah yang dihadapi ini, suatu rancangan pemuliharaan semula dimulakan pemerintah Perancis pada tahun 1991 di mana banyak binaan luarannya digantikan sambil banyak ciri seni bina bangunan ini diperhatikan dengan teliti termasuk pemeriksaan blok batu kapur baharu yang bakal digunapakai untuk pembinaan semula dalam katedral ini.[15][16]

Abad ke-21, kebakaran besar[sunting | sunting sumber]

Pada 15 April 2019 kira-kira jam 6:40 waktu tempatan, katedral ini segera terbakar lalu memusnahkan menara utamanya, bingkai oak serta bumbung utama bangunan ini,[17][18] namun binaan bangunan ini termasuk fasad, menara sampingan, dinding, kekubah dan tingkap kaca berwarna-warni sempat diselamatkan pihak bomba. Alat muzik organ besar di dalamnya turut diselamatkan namun terjejas kerana dimasuki air.[19] Sokongan lelangit batu katedral ada tertebuk di beberapa kawasan namun masih utuh.[20] Kejadian besar ini disyaki hasil kemalangan dalam pengubahsuaian yang berlangsung dalam gereja ini.[21]

Ciri seni bina[sunting | sunting sumber]

Luaran[sunting | sunting sumber]

Bangunan ini menampakkan ukiran yang penuh teliti dan pelbagai memaparkan kisah-kisah diceritakan dalam kitab Bible untuk para jemaah gereja yang barangkalinya buta huruf pada ketika iru; pendekatan ini diberi jolokkan "buku para papa" (liber pauperum) dan sering digunapakai dalam ukiran binaan termasuk tiang, lukisan cat di dinding dan lelangit smapai ke tingkap gereja. Ukiran-ukiran ini dahulunya pernah dihiasi saduran emas malah dicat berwarna-warni sebelum ia terhakis dek cuaca.[22]

Dalaman[sunting | sunting sumber]

Rerangka[sunting | sunting sumber]

Menara[sunting | sunting sumber]

Loceng[sunting | sunting sumber]

Gereja ini dipasangkan dengan sepuluh buah loceng atau genta. Genta terbesarnya (bourdon) diberi jolokan "Emmanuel" dengan berat sebanyak 13 tan serta ditala ke nada F syap. Genta ini sering dibunyikan pada keraian utama agama seperti Hari Natal dan Paskah, namun ia juga menjadi saksi utama kepada banyak peristiwa sejarah sepanjang zaman-zaman yang berlaku di Perancis seperti pertabalan raja-rajanya, ketibaan tokoh utama seperti Paus, pengebumian ketua negara serta penandaan penamatan perang termasuk Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Alat organ[sunting | sunting sumber]

Alat organ paip terawal yang wujud di gereja ini muncul pada 1403 dan disediakan oleh Friedrich Schambantz. Ia diggantikan oleh suatu alat baharu yang dibina antara 1730 hingga 1738 oleh François Thierry.

Model organ yang terkini dihasilkan semasa projek pemuliharaan oleh Eugène Viollet-le-Duc pada tahun 1844 di mana Aristide Cavaillé-Coll bmembina model ini daripada bahagian model organ terdahulu. Model organ ini ditahbiskan pada 1868.

Ukiran patung[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Dalaman
Luaran
Tingkap

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kependudukan Paris dan beberapa kota lain di Perancis sejejar pembangunan yang berlaku semasa Zaman Pembaharuan abad ke-12; bilangan penduduk Peris dianggarkan meningkat dari 25,000 orang pada tahun 1180 kepada 50,000 pada tahun 1220 menjadikan ia kota Eropah terbesar di luar Itali pada ketika itu.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Historique de la construction" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2018. Dicapai 2 Ogos 2018. 
  2. ^ a b "Notre-Dame de Paris. Une des premières cathédrales gothiques de France" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Dicapai 15 April 2019. 
  3. ^ a b Fourny, Marc (12 December 2012). "Les dix secrets de Notre-Dame de Paris" (dalam bahasa Perancis). Le Point. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2018. Dicapai 15 April 2019. 
  4. ^ "Paris à l'époque de Philippe Auguste". philippe-auguste.com (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2018. Dicapai 16 April 2019. 
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan rouche tidak disediakan
  6. ^ Archives parlementaires, Vol. 22.
  7. ^ Duvergier 1825.
  8. ^ Chapters in Western civilization, Volume 1. Columbia University Press. 2012. m/s. 465. Holbach carried the cult of reason and nature to its culmination in an atheistic denial of the deists' Supreme Being, and made the most influential attack on rational religion ... 
  9. ^ Flood, Gavin (2012). The Importance of Religion: Meaning and Action in Our Strange World. John Wiley & Sons. ISBN 978-1405189712. During the French Revolution in 1793 the Gothic Cathedral of Notre Dame de Paris was rededicated to the Cult of Reason, an atheistic doctrine intended to replace Christianity. 
  10. ^ M. Baker, Keith (1987). University of Chicago Readings in Western Civilization, Volume 7: The Old Regime and the French Revolution. University of Chicago Press. m/s. 384. ISBN 978-0226069500. In May, he proposed an entire cycle of revolutionary festivals, to begin with the Festival of the Supreme Being. This latter was intended to celebrate a new civil religion as opposed to Christianity as it was to the atheism of the extreme dechristianizers (whose earlier Cult of Reason Robespierre and his associates had repudiated). 
  11. ^ McGrath, Alister (2008). The Twilight Of Atheism: The Rise and Fall of Disbelief in the Modern World. Random House. m/s. 45. ISBN 978-1407073767. He was an active member of the faction that successfully campaigned for the atheistic 'Cult of Reason', which was officially proclaimed on November 10, 1793. 
  12. ^ "Visiting the Cathédrale Notre-Dame de Paris: Attractions, Tips & Tours". planetware. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2017. Dicapai 21 April 2017. 
  13. ^ Herrick 2004.
  14. ^ Chavis, Jason. "Facts on the Notre Dame Cathedral in France". USA Today. Diarkibkan daripada asal pada 23 Oktober 2013. Dicapai 3 Ogos 2013. 
  15. ^ a b Simons, Marlisle (9 April 1992). "To Notre Dame's Rescue, Sickly Gargoyles and All". The New York Times. m/s. A4. Dicapai 16 April 2019. 
  16. ^ August, Marilyn (7 April 1991). "Notre Dame Church Will Get Face Lift". Los Angeles Times. Associated Press. Dicapai 16 April 2019. 
  17. ^ Seiger, Theresa. "Fire reported at Paris' Notre Dame cathedral". Atlanta Journal Constitution. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2019. Dicapai 15 April 2019. 
  18. ^ El-Bawab, Nadine (15 April 2019). "Roof burns at Paris' Notre Dame Cathedral as massive fire rages". CNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2019. Dicapai 15 April 2019. 
  19. ^ Garcia-Navarro, Lulu; Wharton, Ned (21 April 2019). "After The Flames, Notre Dame's Centuries-Old Organ May Never Be The Same Again". NPR. Dicapai 21 April 2019. 
  20. ^ "Notre Dame Cathedral Fire, Paris, France". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2019. Dicapai 15 April 2019. 
  21. ^ "Notre-Dame cathedral engulfed by fire". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2019. Dicapai 15 April 2019. 
  22. ^ Viollet-le-Duc, Eugéne, Dictionnaire Raisonné de l'architecture Française du XIe au XVI siecle, Volume 6. (Project Gutenburg).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]