Telefon bimbit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kategori:Telefon mudah alih)
Longgokan telefon bimbit

Telefon bimbit (Jawi: تيليفون بيمبيت), telefon genggam (Jawi: تيليفون ڬڠڬم terutama Ind.[1]) atau telefon tangan (Jawi: تيليفون تاڠن Pat.[2]) merupakan peranti eletronik mudah alih digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service human – MMSH’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network – PSTN’’) (pengecualian adalah telefon satelit).

Menyeluruh[sunting | sunting sumber]

Beberapa contoh telefon bimbit tidak buka (non-flip).

Menurut memo dalaman, ‘’American Telephone & Telegraph’’ berbincang bagi membangunkan telefon tanpa wayar pada 1915, tetapi bimbang pelaksanaan teknologi tersebut akan melemahkan monopolinya pada perkhidmatan berwayar di Amerika Syarikat.[3]

Perkhidmatan telefon mudah alih perdagangan pertama dilancarkan di Jepun oleh NTT pada tahun 1978. Menjelang November 2007, jumlah pelanggan telefon mudah alih di seluruh dunia telah mencecah.3 bilion, atau separuh dari populasi manusia (sungguhpun sesetengah pengguna memiliki langgan berganda, atau langganan tidak aktif), yang turut menjadikan telefon bimbit teknologi paling meluas digunakan dan peranti eletronik biasa di dunia.[4]Terdapat juga kajian mengenai faktor penerimaan perkhidmatan telefon mudah alih[5]


Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun lalu, telefon bimbit mengalami perkembangan pesat dengan lebih 15 juta pengguna di Malaysia pada 2004, berdasarkan kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).Daripada jumlah itu 61.1 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 38.9 peratus adalah perempuan.

Dari situ wujudlah beraneka bentuk teknologi telefon bimbit bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual. Hebatkan!

Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan.

Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel.

Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan pada 1989. Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan pendudukan.

Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR (Automatic Telephone Using Radio) 450 pada Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi teknologi dan reka bentuknya.

Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara.

Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Teknologi terbaru bidang telekomunikasi adalah penggunaan QR Code yang melibatkan telefon bimbit berkamera.

Telefon bimbit pertama yang membolehkan sambungan Internet dan surat-e tanpa wayar adalah Nokia Communicator, yang dikeluarkan pada 1996, dengan itu mencipta kategori baru telefon mahal yang dikenali sebagai telefon pintar. Pada 1999 perkhidmatan internet mudah alih pertama dilancarkan oleh NTT DoCoMo di Jepun di bawah perkhidmatan i-Mode. Menjelang 2007 lebih 798 juta orang seluruh dunia mencapai Internet atau seumpamanya dengan menggunakan perkhidmatan internet mudah alih seperti WAP dan i-Mode atau sekurang-kurangnya menggunakan telefon bimbit dan bukannya komputer.

Sistem selular[sunting | sunting sumber]

Menara telefon mobil

Telefon bimbit menghantar dan menerima isyarat radio dengan beberapa stesyen pengkalan tapak sel yang dilengkapi dengan radio gelombang mikro. Tapak ini biasanya dipasang pada menara, tiang atau bangunan, dan terletak di seluruh kawasan berpenduduk, kemudian dihubungkan kepada system suis dan jaringan komunikasi berkabel. Telefon memiliki pemancar berkuasa rendah yang memancar suara dan data kepada tapak sel terdekat, biasanya tidak lebih dari 8 hingga 13 km (sekitar 5 hingga 8 batu) berhampiran.

Apabila telefon bimbit atau peranti data dipasang, ia mendaftar dengan Pusat Pertukaran Bergerak (‘’Mobile Switching Center’’), atau suis, dengan pengenalan uniknya, dan kemudian ia boleh diberitahu oleh suis boleh gerak apabila terdapat panggilan masuk. Telefon bimbit itu mendengar secara berterusan bagi isyarat terkuat di terima dari stesyen pengkalan sekeliling, dan mampu untuk bertukar dengan lancar antara tapak pemancar. Ketika pengguna bergerak dalam jaringan, peralihan dilakukan bagi membenarkan peranti beralih tapak tanpa menganggu panggilan.

Tapak sel biasa berkuasa rendah (seringkali hanya pemancar radio satu atau dua watt) yang memancar kehadirannya dan menyampaikan perhubungan antara set telefon bimbit dan suis. Suis itu kemudiannya menyambung panggilan kepada pelanggan pembekal khidmat tanpa wayar atau kepada Jaringan Telefon Awam -PSTN, yang termasuk jaringan pembekal tanpa wayar yang lain. Kebanyakan tapak ini disamarkan bagi bersatu dengan persekeliling, terutama di kawasan desa.

Jaringan generasi ke tiga (3G), yang sedang dilaksanakan, bermula di Jepun pada 2001. Ia digital sepenuhnya dan menawarkan capaian data pantas tambahan kepada perkhidmatan suara dan termasuk W-CDMA (dikenali sebagai Universal Mobile Telecommunications System - UMTS), dan CDMA2000 EV-DO. Cina pula melancarkan teknologi generasi pada piwaian TD-SCDMA. Pengendali menggunakan campuran jalur frekuensi yang telah ditetapkan oleh keperluan jaringan dan peraturan tempatan.

Sebagai usaha bagi menghadkan kerosakan memiliki pemancar hampir dengan tubuh pengguna, telefon selular pertama memiliki pemancar antenna berasingan pada kenderaan, dan set tangan (dikenali sebagai “telefon kereta” dan “telefon bag”) dihadkan pada maksima 3 watts Kuasa Pemancar Berkesan (‘’Effective Radiated Power’’). Telefon sel moden yang mempunyai antenna yang dipegang beberapa inci dari kepala dihadkan pada kuasa pemancer 0.6 watt ERP. Walauapapun potensi kesan biologi, jarak pemancar dikurangkan bagi telefon moden menghadkan kegunaannyai luar bandar berbanding telefon kereta/telefon bag, dan telefon bimbit memerlukan menara sel dipasang lebih berdekatan bagi menangani kekurangan kuasa pemancar.

Sesetengah telefon bimbit termasuk port antenna tambahan pada belakang telefon, yang membenarkannya disambung kepada antenna luaran besar dan penguat selular 3 watt. Selain itu di kawasan penerimaan tepi, pengulang selular mungkin digunakan, yang menggunakan cakera antenna penerima tinggi jarak jauh atau antenna yagi bagi berhubung dengan menara sel melebihi julat biasa, dan pengulang bagi menyiarkan semula pada antenna kecil jarak dekat yang membenarkan telefon sel dalam beberapa meter untuk berfungsi dengan baik.

Set tangan[sunting | sunting sumber]

Nokia masa kini merupakan pengeluar telefon bimbit terbesar, dengan menguasai sekitar 40% bahagian pasaran dunia pada 2008. Pengilang telefon bimbit utama yang lain termasuk Samsung (14%), Motorola (14%), Sony Ericsson (9%) dan LG (7%).[6] Pengilang ini menguasai lebih 80% kesemua telefon bimbit yang dijual dan menghasilkan telefon bagi jualan di kebanyakan negeri.

Pengilang lain termasuk Apple Inc., Audiovox (kini UTStarcom), Benefon, BenQ-Siemens, CECT, High Tech Computer Corporation (HTC), Fujitsu, Kyocera, Mitsubishi Electric, NEC Corporation, Neonode, Panasonic (Matsushita Electric), Pantech Curitel, Philips, Research In Motion, SAGEM Communication, Sanyo, Sharp Corporation, Siemens AG, Sendo, Sierra Wireless, SK Teletech, Sonim Technologies, TCL Corporation /T&A Alcatel, Huawei, Trium dan Toshiba. Ini juga merupakan system perhubungan pakar yang berkait dengan (tetapi berasingan dari) telefon bimbit.

Terdapat beberapa kategori telefon bimbit dari telefon asas hingga telefon banyak ciri seperti telefon muzik dan telefon kamera, hingga telefon pintar. Telefon pintar pertama merupakan Nokia 9000 Communicator pada 1996 yang memasukkan fungsi PDA pada telefon bimbit asas masa itu. Ketika pengecilan dan peningkatan kuasa pemprosesan cip mikro telah membolehkan semakin banyak cirri ditambah kepada telefon, konsep telefon pintar telah berubah, dan apa yang dianggap telefon pintar tahap tinggi lima tahun dahulu, merupakan telefon piwaian masa kini. Beberapa siri telefon telah diperkenalkan bagi menangani segmen pasaran tertentu, seperti RIM Blackberry mensasar keperluan surat-e bagi pengguna enterprise/korporate; siri SonyEricsson Walkman bagi telefon muzik dan siri Cybershot telefon kamera; dan Nokia N-Series bagi telefon multimedia. Apple iPhone merupakan satu contoh lain bagi telefon pintar multi media.

Telefon bimbit sering memiliki ciri-ciri yang lebih dari sekadar menghantar pesanan teks dan membuat panggilan suara, seperti melayari Internet, memainkan muzik (MP3), merakan memo, fungsi pengurus persendirian, surat-e, pesanan segera, kamera dan perakam video bina dalam, nada tone, permainan, radio, Push-to-Talk (PTT), sambungan infra dan Bluetooth, daftar pemanggil, keupayaan menonton aliran video atau turun terima video untuk dilihat kemudian, panggilan video dan bertindak sebagai modem tanpa wayar bagi Komputer, dan tidak lama lagi bertindak sebagai konsole bagi permainan di talian dan permainan berkualiti tinggi yang lain. Jumlah keseluruhan perkhidmatan data mudah alih melebihi jumlah dibayar bagi perkhidmatan berbayar Internet, dan bernilai 31 bilion dolar pada 2006 (sumber Informa). Kategori terbesar perkhidmatan mudah alih adalah muzik, pindah terima gambar, permainan video, hiburan dewasa, judi, video/TV.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Jenama Telefon Bimbit[sunting | sunting sumber]

Kegunaan oleh agensi kerajaan[sunting | sunting sumber]

Penguatkuasa undang-undang[sunting | sunting sumber]

Penguatkuasa undang-undang telah menggunakan bukti telefon bimbit dalam beberapa cara. Di EU "komunikase semua telefon bimbit adalah direkod".[7] Di negara lain, bukti mengenai lokasi fizikal seseorang pada masa yang tertentu telah diperkenalkan dengan triangulating telefon bimbit seseorang antara beberapa menara telefon sel. Teknik triangulation ini boleh digunakan bagi menunjukkan bahawa telefon bimbit seseorang berada di tempat tertentu pada masa yang tertentu. Kerisauan tentang pengganas dan kegunaan teknologi oleh pengganas teleh mendorong pertanyaan oleh (British House of Commons) Home Affairs Select Committee mengenai bukti dari peranti telefon bimbit, mendorong kepada pakar forsenik telefon bimbit terkemuka untuk mengenal pasti teknik frsenik yang boleh guna bagi bahagian ini.[8] NIST telah menerbitkan garis panduan dan prosedure bagi pengekalan, penerimaan, pemeriksaan, analisa dan lapuran berkenaan maklumat digital yang ada pada telefon bimbit yang boleh didapati di NIST Publication SP800-101.[9]

Di UK pada tahun 2000 ia telah didakwa bahawa bahawa rakaman panggilan telefon bimbit yang dilakukan pada hari pengeboman Omaha adalah penting bagi penyiasiatan polis. Terutamanya adalah panggilan yang dilakukan pada dua telefon bimbit yang dijejak dari selatan sempadan Irish hingga ke Omagh dan balik semula pada hari pengeboman dianggap penting.[10]

Contoh lanjut mengenai penyiasatan jenayah menggunakan telefon bimbit adalah mengenal pasti kedudukan awal dan pengenalan akhir pengeboman kereta api Madrid 2004.. Dalam serangan itu, telefon bimbit telah digunakan bagi meletupkan bom. Bagaimanapun satu dari bom tersebut gagal meletup dan kad SIM (Subscriber Identity Module) dalam telefon bimbit memberikan petunjuk penting mengenai pengganas kepada penyiasat. Dengan menjejak kedudukan kad SIM dan menghubung kait dengan telefo bimbit lain yang telah didaftar dikawasan tersebut, polis mampu menjejak pengganas.[11]

Tindak balas semasa berlakunya bencana[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Finland memutuskan pada 2005 bahawa cara terpantas bagi memberi amaran kepada rakyat mengenai amaran bencana adalah melalui jaringan telefon bimbit. Di Jepun, syarikat telefon bimbit memberikan amaran segera berkenaan gempa bumi dan bencana alam lainnya kepada pelanggan mereka secara percuma [12]. Dalam kejadian bencana, krew tindakan bencana boleh memastikan orang yang terperangkap dan tercedera melalui isyarat dari telefon bimbit mereka. Menu berinteraksi yang boleh dicapai mealui pelayar Web telefon memberitahu syarikat sekiranya pengguna selamat atau dalam keadaan merbahaya. Di Finland perkhidmatan penyelamat mencadangkan pengembara agar membawa telefon mobil dalam kes kecermasan sungguhpun berada dalam hutan terpencil di luar perkhidmatan selular, disebabkan isyarat telefon sel cuba menghubungi stesyen pangkalan mampu dikesan oleh pesawat penyelamat yang dilengkapi dengan perkakasan pengesan khas, yang terbang di atas. Juga, pengguna di Amerika Syarikat boleh melanggan melalui pembekal perkhidmatan mereka perkhidmatan teks percuma apabila Amaran AMBER dikeluarkan di kawasan mereka.

Bagaimana, kebanyakan jaringan telefon bimbit beroperasi hampir sepenuh kapasiti semasa masa normal, dan peningkatan dalam jumlah panggilan yang disebabkan oleh bencana luas seringkali menengelamkan system ketika ia amat-amat diperlukan. Contoh yang dilaporkan dalam media bilamana perkasa sebegini berlaku adalah semasa serangan 11 September 2001, gempabumi Hawai, gangguan kuasa Northeast 2003, pengeboman London Tube 2005, Hurikane Katrina, dan keruntuhan jambatan Minnesota 2007. Dengan itu telefon bimbit lebih sesuai bagi kecermasan terpencil seperti kemalangan senjata.

Di bawah peraturan FCC, semua telefon bimbit mesti mempunyai keupayaan mendail perkhidmatan kecermasan, tanpa mengira kehadiran kad SIM atau status pembayaran pada akaun.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ekky Imanjaya (24 Okt 2011). "Berbual Melayu di Telepon Bimbit". TEMPO.
  2. ^ Abdonloh Khreeda; Hishamudin Bin Isam (2021). "Kekeliruan Makna Kata Antara Dialek Melayu Patani Dan Bahasa Melayu Standard Di Kalangan Mahasiswa-Mahasiswa Di PSU: Cabaran Dan Saranan Penyelesaiannya". Dalam Maizatul Azura Yahya (penyunting). Prosiding [Persidangan Antarabangsa, Sastera dan Budaya Melayu] 2021. 1. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia. m/s. 6. ISBN 9772785801004 Check |isbn= value: invalid prefix (bantuan).
  3. ^ Wu, Tim (2008-06-10). "iSurrender: Apple's new iPhone augurs the inevitable return of the Bell telephone monopoly". Slate.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan reuters50 tidak disediakan
  5. ^ "Analisis mengenai faktor-faktor penerimaan pelanggan terhadap perkhidmatan telefon mudah alih" Universiti Teknologi Malaysia , Univesiti Teknologi Malaysia
  6. ^ "IDC - Press Release". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-04. Dicapai pada 2008-08-09.
  7. ^ ICT Security & Dependability Research beyond 2010: Final strategyPDF (1.37 MiB)
  8. ^ Supplementary memorandum submitted by Gregory Smith
  9. ^ Guidelines on Cell Phone ForensicsPDF (1.44 MiB), Recommendations of the National Institute of Standards and Technology, May 2007.
  10. ^ {http://news.bbc.co.uk/1/hi/northern_ireland/965274.stm Mobile phones key to Omagh probe]
  11. ^ "Communication safety". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-24. Dicapai pada 2008-08-10.
  12. ^ "New Japanese phones offer Earthquake early warning alerts". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-21. Dicapai pada 2008-01-08.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Since 2000, many books have been written on the social impact of mobile phones:

  • Agar, Jon, Constant Touch: A Global History of the Mobile Phone, 2004 ISBN 1-84046-541-7
  • Ahonen, Tomi, m-Profits: Making Money with 3G Services, 2002, ISBN 0-470-84775-1
  • Ahonen, Kasper and Melkko, 3G Marketing 2004, ISBN 0-470-85100-7
  • Glotz, Peter & Bertsch, Stefan, eds. Thumb Culture: The Meaning of Mobile Phones for Society, 2005
  • Katz, James E. & Aakhus, Mark, eds. Perpetual Contact: Mobile Communication, Private Talk, Public Performance, 2002
  • Kavoori, Anandam & Arceneaux, Noah, eds. The Cell Phone Reader: Essays in Social Transformation, 2006
  • Kopomaa, Timo. The City in Your Pocket, Gaudeamus 2000
  • Levinson, Paul, Cellphone: The Story of the World's Most Mobile Medium, and How It Has Transformed Everything!, 2004 ISBN 1-4039-6041-0
  • Ling, Rich, The Mobile Connection: the Cell Phone's Impact on Society, 2004 ISBN 1-55860-936-9
  • Ling, Rich and Pedersen, Per, eds. Mobile Communications: Re-negotiation of the Social Sphere, 2005 ISBN 1-85233-931-4
  • Home page of Rich Ling [1]
  • Nyíri, Kristóf, ed. Mobile Communication: Essays on Cognition and Community, 2003
  • Nyíri, Kristóf, ed. Mobile Learning: Essays on Philosophy, Psychology and Education, 2003
  • Nyíri, Kristóf, ed. Mobile Democracy: Essays on Society, Self and Politics, 2003
  • Nyíri, Kristóf, ed. A Sense of Place: The Global and the Local in Mobile Communication, 2005
  • Nyíri, Kristóf, ed. Mobile Understanding: The Epistemology of Ubiquitous Communication, 2006
  • Plant, Dr. Sadie, on the mobile – the effects of mobile telephones on social and individual life, 2001
  • Rheingold, Howard, Smart Mobs: The Next Social Revolution, 2002 ISBN 0-7382-0861-2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Mobile phones