Katekyo Hitman Reborn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Katekyo Hitman Reborn
GenreAction, comedy, mafia, supernatural
Manga
PengarangAkira Amano
PenerbitShueisha
Penerbit LainTaiwan Tong Li Comics (traditional Chinese)
Singapura Chuang Yi (simplified Chinese)
Perancis Glénat
Itali Sepanyol Planeta DeAgostini
Jerman Tokyopop
Korea Selatan HaksanKanada United Kingdom Amerika Syarikat Viz Media
DemografikShōnen
Majalah AsalWeekly Shōnen Jump
Tarikh PengeluaranApril 4, 2004 – kini
Jilid36 (Senarai jilid-jilid)
Siri anime televisyen
PengarahKenichi Imaizumi
StudioArtland
Dilesenkan olehAmerika Syarikat Viz Media[1]
  1. ^ "Reborn". Anime News Network. Dicapai May 7, 2011. 

Penyiaran AsalTV Tokyo, Animax, Hero (TV channel)
Lain-lain PenyiaranTaiwan Taiwan Television, Sanlih E-Television
Filipina ABS-CBN, Hero
Korea Selatan Tooniverse
Thailand Gang Cartoon Channel
Hong Kong Animax
Tarikh tayanganOctober 7, 2006September 25, 2010
Episod203 + 1 OVA (Senarai episod)
Novel ringan
Katekyō Hitman Reborn!: Hidden Bullet
PengarangHideaki Koyasu
IlustrasiAkira Amano
PenerbitShueisha
Penerbit LainTaiwan Tong Li Comics
Tarikh PengeluaranMarch 12, 2007 – kini
Jilid5
Related works
Portal Anime dan Manga

Siri ini ialah manga Jepun oleh Akira Amano. Plot ini berkisar tentang kehidupan seorang remaja yang bernama Tsunayoshi Sawada, yang mendapat tahu bahawa dia merupakan pewaris seterusnya untuk organisasi mafia yang amat berkuasa, Vongola. Hitman Vongola yang paling kuat telah dihantar untuk mendidik Tsuna agar beliau dapat memimpin Keluarga Vongola dengan baik.

Plot[sunting | sunting sumber]

Cerita ini berkisar tentang remaja yang bernama Tsunayoshi Sawada, yang telah dipilih untuk menjadi bos mafia Keluarga Vongola kerana Tsuna merupakan cicit kepada bos besar Vongola iaitu moyangnya yang telah berpindah dari Jepun ke Itali semasa beliau masih hidup. Tsuna telah diberitahu oleh Reborn bahawa dia akan menjadi bos kesepuluh (decimo) Keluarga Vongola. Kebetulannya, calon-calon lain untuk pemilihan bos mafia Keluarga Vongola telah meninggal dunia. Atas sebab-sebab tertentu, Tsuna menjadi satu-satunya pewaris bos mafia Keluarga Vongola. Timoteo (dikenali sebagai Vongola IX) telah menghantar Reborn untuk melatih Tsuna. Tsuna terpaksa menjalani latihan tegas bawah Reborn. Kaedah pengajaran utama Reborn adalah dengan menggunakan 'Bullet Deathperate yang boleh menjadikan seseorang itu 'dilahirkan semula' (reborn) dengan keinginan diri yang lebih kuat untuk memenuhi hasrat sebelum 'kematiannya'. Setelah melalui pelbagai pengalaman, Tsuna yang pada mulanya lemah dan cuai telah beransur-ansur menjadi lebih kuat dan yakin tanpa disedarinya; sifat Tsuna akhirnya menjadikan Tsuna lebih sesuai menjadi bos Keluarga Vongola walaupun Tsuna sendiri berterusan menolak pewarisan mafianya sebagai ketua Keluarga Vongola. Tsuna juga telah mula berkawan dengan rakan sekolahnya, seperti Hayato Gokudera, Kyoko, Takeshi Yamamoto dan sebagainya.

Tsuna telah melalui banyak dugaan dalam perjalanannya menjadi seorang bos mafia termasuklah berlawan dengan banduan pelarian mafia yang menyamar sebagai pelajar Sekolah Kokuyo Junior High. Setelah itu, Varia; skuad pembunuh Vongola menuntut hak untuk ketua mereka, Xanxus untuk menjadi bos Keluarga Vongola yang sebenarnya. Varia memulakan pertandingan dengan Tsuna untuk memutuskan siapa yang akan mengetuai Keluarga Vongola sebagai Ketua Keluarga Vongola. Untuk mengalahkan Varia, Reborn telah merekrut kebanyakan rakan sekolah Tsuna untuk menjadi penjaga Vongola. Hayato Gokudera, pakar dinamit yang ingin menjadi orang kanan Tsuna; Takeshi Yamamoto seorang pemain besbol yang berpendapat bahawa Mafia ini ialah sebenarnya hanya permainan; Ryohei Sasagawa seorang kapten kelab tinju dalam sekolah; Kyoya Hibari, ketua pengawas yang misteri; Lambo, seorang pembunuh upahan bayi lemah yang datang untuk membunuh Reborn; dan Chrome Dokuro yang mempunyai kaitan secara mental dan fizikal dengan Rokudo Mukuro turut menyertai mereka.

Setelah mengalahkan Varia, Tsuna dan rakan-rakannya telah dihantar ke masa depan (10 tahun yang akan datang) di mana mereka harus berdepan dengan Keluarga Millefiore yang berkuasa pada era tersebut. Mereka juga mendapat tahu bahawa semua Arcabaleno telah mati kecuali Lal Mirch. Dalam tugas melawan Millefiore dengan tujuan mempertahankan diri, Tsuna dan penjaga Vongola telah mendapati Shoichi Irie, seorang komrad Tsuna (masa depan) merupakan orang yang menghantar Tsuna dan rakan-rakannya ke masa depan kerana Tsuna (masa depan) berkata bahawa mereka (Tsuna dan rakan-rakannya) merupakan orang yang dapat mengalahkan Byakuran, Ketua Keluarga Millefiore. Kemudiannya, kebenaran didedahkan bahawa Byakuran telah mendapat pengetahuan 'Parallel World' dan beliau ingin mendapatkan koleksi cincin Mafia untuk memperoleh kuasa terunggul di sejagat ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]