Katie Bell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Katie Bell merupakan salah satu watak dalam siri Harry Potter, dia adalah seorang pelajar Gryffindor yang setahun lebih tua daripada Harry. Katie menyertai pasukan Quidditch Gryffindor di tahun keduanya (tahun pertama Harry) sebagai Chaser.

Di dalam buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, Katie adalah satu-satunya pemain asal pasukan Quidditch Gryffindor. Katie memberi nasihat kepada Harry supaya tetap membenarkan dia menjalani pemilihan untuk posisi Chaser walaupun dia telah bermain bersama Harry selama lima tahun. Katie akhirnya berjaya menjadi salah seorang daripada Chaser pasukan Quidditch Gryffindor bersama Ginny Weasley dan Demelza Robins.

Juga di dalam buku yang keenam siri Harry Potter, Draco Malfoy telah senyap-senyap menggunakan Katie untuk menghantar rantai leher yang telah disihir kepada Albus Dumbledore dengan niat untuk membunuh pengetua Hogwarts itu. Puan Rosmerta yang berada di bawah sumpahan Imperius ketika itu telah memberikan rantai leher itu kepada Katie di Hogsmead, tetapi Katie secara tidak sengaja telah tersentuh rantai leher itu (melalui lubang kecil di sarung tangannya) dan disumpah dengan teruk. Disebabkan kejadian itu, Katie telah menghabiskan banyak masa sepanjang tahun itu di Hospital St. Mungo.

Disebabkan oleh kejadian itu juga, posisi Katie sebagai Chaser diganti oleh Dean Thomas. Namun, semasa perlawanan akhir Quidditch bersama Ravenclaw, Katie pulang ke Howarts dan kembali bermain sebagai Chaser. Pasukan Gryffindor menang dalam perlawanan itu.

Watak Katie Bell telah dilakonkan oleh Emily Dale dalam dua filem Harry Potter yang pertama. Babaknya dalam filem ketiga, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah dipotong atas sebab kekurangan masa.