Katie Hopkins

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Katie Hopkins
Hopkins pada 2018
Kelahiran
Katie Olivia Hopkins

(1975-02-13) 13 Februari 1975 (umur 49)
Pendidikan
Pekerjaan
  • Personaliti media
  • kolumnis
  • pengulas sosial
Tahun aktif2007–kini
Majikan
Televisyen
Pasangan
  • Damian McKinney (k. 2004; c. 2005)
  • Mark Cross (k. 2010)
Anak-anak3

Katie Olivia Hopkins (lahir 13 Februari 1975) ialah seorang personaliti media, kolumnis, pengulas sosial, dan bekas ahli perniagaan England. Beliau merupakan peserta rancangan The Apprentice siri ketiga pada tahun 2007, dan menjadi seorang kolumnis akhbar seiring penampilannya di media. Hopkins mula menulis di The Sun pada tahun 2013 dan Daily Mail bermula tahun 2015 hingga 2017. Pada tahun 2015, beliau mengacarakan rancangan televisyen If Katie Hopkins Ruled the World, dan muncul dalam rancangan Celebrity Big Brother siri kelima belas, muncul sebagai pemenang kedua. Pada tahun berikutnya, Hopkins menjadi penyiar di stesen radio LBC dan menjalani pembedahan otak untuk mengurangkan epilepsi.[1]

Pandangan Hopkins secara terang-terangan melalui media sosial—terutama tentang politik United Kingdom, kelas sosial, kegemukan, pendatang, dan perkauman—telah menimbulkan pelbagai kontroversi, kritik, pengawasan media, masalah perundangan, kecaman dan permohonan. Beliau telah dituduh rasis dalam ulasannya tentang pendatang.[2] Pada tahun 2016, Mail Online membayar ganti rugi kepada keluarga Muslim yang mana Hopkins telah menuduh mereka sebagai pelampau Islam, dan seorang guru, Jackie Teale, dituduh mengarahkan kanak-kanak sekolah untuk melakukan tunjuk perasaan menentang Donald Trump di Westminster.[3][4] Pada tahun 2017, beliau dipecat dari LBC setelah mengulas tentang pengeboman Manchester Arena.[5] Beliau digambarkan sebagai "pengulas politik sayap kanan".[6][7][8] Akaun Twitter miliknya disekat selamanya pada Jun 2020 atas "pelanggaran terhadap dasar kami".[9] Kemudian, beliau digugat oleh Masjid Finsbury Park kerana mengaitkan masjid tersebut dengan serangan terhadap polis tanpa bukti.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Catatan
2007 The Apprentice Peserta pertandingan Urutan ketiga, 12 episod
I'm a Celebrity...Get Me Out of Here! Peserta 22 episod
2015 Celebrity Big Brother Pemenang kedua, 32 episod
If Katie Hopkins Ruled the World Pengacara 1 seri
Katie Hopkins: My Fat Story Rancangan dokumentari

Bintang undangan[sunting | sunting sumber]

Ruangan[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Rancangan Saluran Catatan
2016-2017 Katie Hopkins Show LBC

Buku[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Merritt, Anita (9 November 2017). "Don't hate me for saying it, but I really like Katie Hopkins". devonlive.com. Dicapai pada 20 June 2020.
  2. ^ April 2, Jared Holt |; Pm, 2018 12:02. "Katie Hopkins: 'Multiculturalism Means That We All Die Together'". Right Wing Watch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-17.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  3. ^ Jackson, Jasper (19 December 2016). "Mail pays out £150,000 to Muslim family over Katie Hopkins column". The Guardian. Dicapai pada 23 March 2020.
  4. ^ "MailOnline forced to pay out £150k over Katie Hopkins column". The Scotsman. 19 December 2016. Dicapai pada 23 March 2020.
  5. ^ "Katie Hopkins to leave LBC 'immediately'". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2017-05-26. Dicapai pada 2020-07-31.
  6. ^ Quinn, Ben (11 July 2019). "Tommy Robinson given nine-month jail sentence for contempt of court". The Guardian. Dicapai pada 11 July 2019.
  7. ^ Townsend, Mark (20 July 2019). "Donald Trump in new attack on Sadiq Khan with Katie Hopkins retweet". The Guardian. Dicapai pada 20 July 2019.
  8. ^ * "Far-right British commentator Katie Hopkins, known for her racist rants, finds support from President Donald Trump". Newsweek. 9 August 2019. Dicapai pada 5 September 2019.
  9. ^ "Katie Hopkins joined Parler after permanently suspended from Twitter". EMEA Tribune (dalam bahasa Inggeris). 2020-06-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-22. Dicapai pada 2020-06-20.
  10. ^ "Katie Hopkins forced to apologise for wrongly linking mosque to attack on police". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-05. Dicapai pada 2020-10-06.
  11. ^ "Rude". blackwells.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-18.
  12. ^ "Rude by Katie Hopkins | Waterstones". www.waterstones.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Tiada URL dijumpai. Sila tentukan URL di sini atau tambahkan satu di Wikidata. Edit this at Wikidata
  • Katie Hopkins on Gab