Pergi ke kandungan

Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)"
Lagu oleh Ramlah Ram
daripada album Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)
Dilancarkan1988
Format
GenrePop
Panjang5:16
SyarikatFGM
Penulis seni kataAhmad Nawab, Wielld
PenerbitAhmad Nawab
Senarai runut Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)
Muka Satu
  • "Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)"
  • "Apa Khabarmu Di Sana"
  • "Rindu Semalam"
  • "Penantian Yang Tak Berakhir"
  • "Membilang Butir Harapan"
Muka Dua
  • "Rindu Itu Menyeksakan"
  • "Hanyalah Padamu Ku Cinta"
  • "Pedihnya Kerana Cinta"
  • "Insaflah"
  • "Diam Diam Jatuh Cinta"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)", atau hanya ditulis sebagai "Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu", ialah sebuah lagu nyanyian Ramlah Ram yang diterbitkan pada 8 Ogos 1988 dalam album studio dengan tajuk yang sama. Lagu ini berjaya memenangi tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu ke-3 pada 1988 dengan Ramlah dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik.

Lagu ini menciptakan sejarah tersendiri dalam AJL apabila berjaya memenangi kedua-dua anugerah Lagu Terbaik dan Persembahan Terbaik sekali gus menerusi persembahan memukau Ramlah Ram yang ketika itu mengenakan gaun putih dengan lampu berbentuk hati sehingga menjadi salah satu ikon dalam sejarah AJL. Sebelum itu, Francissca Peter dan Zaiton Sameon hanya memenangi tempat kedua Persembahan Terbaik dalam AJL pertama (1987) dan kedua (1986) masing-masing dengan lagu "Sekadar Di Pinggiran" dan "Menaruh Harapan".

Komposisi

[sunting | sunting sumber]

"Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)" ialah sebuah lagu berentak pop dan berdurasi selama 5 minit 16 saat. Liriknya digubah oleh Ahmad Nawab.

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)"Ahmad Nawab, WielldAhmad Nawab5:16


Anugerah Juara Lagu ke-3
Tahun Keputusan
1988
  1. Tempat Pertama
  2. Persembahan Terbaik