Kau Takdirku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kau Takdirku
PengarahJason Chong
Penulis
  • Azril Hamzah
  • Jason Chong
Lakon layarJason Chong
Cerita olehAzlina Pa'wan
Dihasilkan oleh
  • Irene Mariena Mohamad
  • Mohamad Anizan Sarif
  • Zuhairi Zakaria
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 7 September 2017 (2017-09-07) (Malaysia)
Masa tayangan
93 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Kau Takdirku ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2017 arahan Jason Chong lakonan Ezzaty Abdullah, Remy Ishak, Aisya Hasnaa dan Bront Palarae. Filem ini ditayangkan pada 7 September 2017.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Harris (Bront Palarae) dan Alya (Ezzaty Abdullah) saling mencintai dan akhirnya berkhawin. Namun, suatu hari, Harris diishtiharkan hilang di laut dan mayatnya tidak dapat temui. Sedih melihat keadaan Alya yang tidak dapat menerima hakikat kematian suaminya, Kamar (Remy Ishak) rakan Harris, yang telah lama menyimpan perasaan cinta kepada Alya memutuskan untuk mengganti tempat Harris. Kamar mengahwini Alya, namun keadaan menjadi rumit apabila Harris tiba-tiba pulang. Mampukah Alya membuat pilihan samada untuk terus mencintai Kamar atau kembali ke pangkuan Harris?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Hasnul Rahmat sebagai Ayah Kamar
  • Maya Matahari sebagai Emak Kamar
  • Hanif Sanordin sebagai Pon
  • Adik Syamil Marhalim sebagai Kamar (10 tahun)

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Kau Takdirku diarahkan oleh Jason Chong yang sebelum ini mengarahkan filem Belukar (2010), Ular (2013) dan Dendam Orang Mati (2014).[2] Ia merupakan filem sulung arahannya bagi genre percintaan, Chong dipetik sebagai berkata: "Ini merupakan filem genre cinta pertama arahan saya. Apa yang saya boleh katakan mengenai filem ini adalah ia sebuah naskhah yang cantik dan saya cukup berpuas hati dengan hasil lakonan semua pelakon,".[3] Penggambaran dijalankan di Pulau Tioman, Pahang serta beberapa kawasan di Kuala Lumpur.[4]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Kau Takdirku pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 2014, namun ditunda akibat masalah teknikal. Filem ini akhirnya menerima tarikh keluaran tayangan rasmi, iaitu pada 7 September 2017.[5] Ulasan kritis bercampur-campur diterima oleh filem ini.

Aina Izzah, menulis untuk Daily Seni melihat filem ini dihasilkan tanpa kesalahan dengan pengenalan watak-watak yang terlibat, sinematografi yang indah dan pengambilan nafas kerja kamera dan penyuntingan dalam urutan pembukaan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farouq Johari (2 Ogos 2017). "Filem 'Kau Takdirku' Padat Dengan Emosi Romantik Tragis Yang Mengusik Jiwa". Says. Dicapai pada 1 September 2017.
  2. ^ Dennis Chua (18 November 2016). "Love at triangle twist". New Straits Times. Dicapai pada 1 September 2017.
  3. ^ Faten Saphilla Isa (30 Julai 2017). "Kau Takdirku suntik kelainan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 1 September 2017.
  4. ^ Mohad Haikal Isa (7 September 2017). "Cinta tiga segi Kau Takdirku". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 9 September 2017.
  5. ^ "Kau Takdirku set to screen after three years". The Malay Mail. 19 Ogos 2017. Dicapai pada 1 September 2017.
  6. ^ Aina Izzah (11 September 2017). "Kau Takdirku: The Fate of Loving Furiously". Daily Seni. Dicapai pada 12 September 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]