Kaum asli Taiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kaum asli Taiwan (Bahasa Cina: 原住民; pinyin: yuánzhùmín; Wade-Giles: yüan2-chu4-min2; Taiwan Pe̍h-oē-jī: gôan-chū-bîn, bermaksud “penduduk asal”) adalah istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada kaum pribumi Taiwan. Kajian terbaru menunjukkan nenek moyang mereka sudah mendiami pulau Taiwan lebih kurang 8,000 tahun sebelum imigran Cina berbangsa Han datang pada kurun ke-17Templat:Harvcol. Kaum asli Taiwan adalah orang Austronesia yang bahasa dan genetik mereka dekat dengan kumpulan etnik Austronesia lain seperti orang Filipina, Melayu, Indonesia, Madagascar dan Oceania. (Hill et al. 2007; Bird, Hope & Taylor 2004).