Kavita Kaur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Kavita Sidhu" dilencongkan di sini.
Di dalam nama orang India, nama Sidhu ialah nama bapa, bukannya nama keluarga, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan, Kavita Kaur.
Kavita Sidhu
KavitaKaur.jpg
KelahiranKavita Kaur a/p Sidhu
(1971-11-29) 29 November 1971 (umur 47)
Ipoh, Perak, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPengacara, pelakon, model, usahawan, penerbit filem
Tahun aktif1990-kini
Ketinggian178 cm
GelaranMiss Charm International Malaysia 1990
Miss Charm International 1990
(pemenang)
PasanganRoberto Guiati (berkahwin 2016)

Kavita Kaur atau Kavita Sidhu (lahir 29 November 1971) ialah seorang peragawati, pelakon, pengacara dan penerbit filem Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kavita pada pertunjukan fesyen.

Kejelitaan Kavita Kaur, pemenang Miss Charm International 1990 mula melonjak ke perhatian umum sejak menerokai bidang peragawati di awal tahun lapan puluhan ketika menuntut di Kuala Lumpur.[1] Wajahnya yang begitu fotogenik menjadi rebutan majalah-majalah Malaysia seperti Her World, Female, Jelita dan Wanita untuk kulit hadapan. Bukan sekadar dimedia cetak, malahan di kaca televisyen juga Kavita sering muncul. Iklan Palmolive, salah satu iklan revolusi dari segi teknik lewat tahun 80an, menampikan kejelitaanya yang begitu mengkagumkan. Di pentas cat-walk juga Kavita (180cm) terserlah dengan langkah gayanya yang anggun.[2]

Ramai gadis mengaku diri sebagai model tetapi dunia model sendiri mengetahui siapakah sebenarnya seorang model serius. Kavita Kaur termasuk golongan teratas dalam senarai model Malaysia dalam dua kriteria utama seorang model tulen: di pentas catwalk dan foto.[3]

Walaupun Kavita kini bukan sahaja telah mencipta nama sebagai pelakon dan penyanyi malahan juga penerbit filem, dunia fesyen Malaysia, tetap menggangap Kavita sebagai salah seorang model Malaysia tersohor sehingga kini dan mungkin dapat dianggap sebagai salah seorang 'Supermodel' terawal tanahair.[4]

Kavita pada majlis tayangan perdana filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Aktivisme[sunting | sunting sumber]

Pada 16 April 2018, Kavita bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, dan Nora Danish menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[5][6][7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2016, Sidhu berkahwin dengan ahli geologi Itali, Roberto Guiati. Majlis persandingan mereka diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur.[8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1997 Layar Lara Zizie Filem pertama
2000 Mimpi Moon Vina (Davina David)
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Ana
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Ana
2007 Waris Jari Hantu Ira
1957 Hati Malaya Khalilah
2013 Tanda Putera Kara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Turning heads t". YTL Community. Dicapai 11 July 2014. 
  2. ^ "100 memorable Malaysian women". The Star (Malaysia). 8 March 2011. Dicapai 11 July 2014. 
  3. ^ "100 memorable Malaysian women". The Star (Malaysia). 8 March 2011. Dicapai 11 July 2014. 
  4. ^ "100 memorable Malaysian women". The Star (Malaysia). 8 March 2011. Dicapai 11 July 2014. 
  5. ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai 15 Mei 2018. 
  6. ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Dicapai 15 Mei 2018. They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks. 
  7. ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nnur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai 15 Mei 2018. 
  8. ^ Gui, Lennard (8 January 2016). "Kavita Sidhu is married". The Star (online). Dicapai 12 March 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]