Kawalan kelahiran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kemudahan rancangan keluarga di Kuala Terengganu, Malaysia.

Kawalan kelahiran, kadang kala bersinonim dengan pencegahan hamil, adalah suatu regimen satu atau lebih tindakan, peralatan, atau perubatan yang diikuti untuk mencegah atau mengurangkan kebarangkalian mengandung atau kelahiran. Pencegahan hamil juga boleh merujuk khusus kepada mekanisme yang bertujuan mengurangkan kemungkinan pensenyawaan ovum oleh spermatozoon.

Sejarah kawalan kelahiran bermula dengan pengetahuan yang persetubuhan boleh menyebabkan kehamilan. Bentuk terawal kawalan kelahiran adalah koitus terganggu, pesari dan penggunaan herba yang dipercayai boleh mencegah kehamilan atau merupakan abortifasien. Rekod terawal penggunaan kawalan kelahiran ialah arahan membuat pesari pencegahan hamil dari Mesir Purba.

Terdapat pelbagai kaedah untuk mengawal kelahiran, setiapnya dengan ciri-ciri tersendiri. Sebagai contoh, kondom merupakan satu-satunya yang juga melindungi dengan baik dari penyakit berjangkit melalui seks. Pandangan budaya dan agama terhadap kawalan kelahiran juga banyak berbeza.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]