Kawalan masuk jalan raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kawalan masuk jalan raya atau kawalan capaian jalan raya merujuk kepada capaian ke harta bersebelahan dengan jalan raya yang dihadkan dengan beberapa cara. Jalan raya yang dikenakan kawalan masuk biasanya dikenali sebagai jalan raya capaian terhad. Kawalan masuk terhadap sesebuah jalan raya amat bergantung kepada taraf jalan raya, daripada jalan perbandaran iaitu sehingga setakat mana kawalan masuk dikenakan oleh pihak berkuasa[1][2] sehinggalah ke lebuh raya.[3][4] Definisi yang lebih tepat bagi kawalan masuk jalan raya mungkin berbeza mengikut tahap penguatkuasaan. Lazimnya, kenderaan yang bergerak perlahan seperti basikal, beca, kuda ataupun pejalan kaki tidak dibenarkan melalui jalan raya yang dikenakan kawalan capaian penuh.

Darjah kawalan masuk jalan raya[sunting | sunting sumber]

  1. Kawalan masuk penuh - Biasanya dikenakan pada lebuh raya ekspres. Melalui darjah kawalan masuk penuh, lebuh raya direka dengan reka bentuk jalan raya kembar untuk mengelak pertembungan dengan kenderaan dari arah bertentangan. Pembahagi lebuh raya dibuat berterusan bagi menghalang sebarang bentuk lintasan pada lebuh raya. Keluar masuk lebuh raya hanyalah melalui persimpangan bertingkat dengan pengasingan aras. Kawalan masuk penuh pada lebuh raya membolehkan had laju lebuh raya ditetapkan pada tahap kelajuan yang tinggi. Ada kalanya pagar turut dipasang di sepanjang lebuh raya bagi mencegah haiwan daripada melintasi lebuh raya.
  2. Kawalan masuk separa - Dikenakan pada lebuh raya capaian separa serta jalan raya utama. Lintasan searas mungkin dibenarkan, tetapi capaian ke harta awam dan persendirian adalah melalui jalan pengumpul atau jalan tempatan. Keluar masuk jalan raya boleh jadi sama ada persimpangan bertingkat ataupun persimpangan searas. Had laju yang dikenakan adalah agak tinggi tetapi lebih rendah daripada had laju di lebuh raya capaian terhad.
  3. Tiada kawalan masuk - Capaian terhadap harta persendirian ataupun awam adalah secara terus dari jalan raya. Keluar masuk jalan raya adalah melalui persimpangan searas. Had laju yang dikenakan adalah rendah dan hanya melibatkan lalu lintas tempatan sahaja.

Hierarki jalan raya mengikut kawalan masuk[sunting | sunting sumber]

  1. Lebuh raya ekspres - kawalan masuk penuh
  2. Lebuh raya capaian separa serta jalan raya utama - kawalan masuk separa
  3. Jalan raya sekunder atau jalan pengumpul - kawalan masuk separa
  4. Jalan kampung, jalan bandar atau jalan tempatan - tiada kawalan masuk

Rujukan utama[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Environment Waikato Regional Council, Definition of Terms: "Limited access road for the purposes of this Strategy (section 5.6.3) is a local road occupied by a district/city council, where the number of accesses onto that road from properties is limited, due to road safety and visibility reasons."
  2. Elko Traffic Code: "'Controlled access highway' means every highway, street or roadway in respect to which owners or occupants of abutting lands and other persons have no legal right of access except at such points only and in such manner as may be determined by the public authority having jurisdiction over such highway, street or roadway."
  3. Jacksonville Transportation Authority - Rapid Transit Studies - Glossary: "Limited Access - Roadways with access limited to specific points (interchanges) with arterial or other limited access roadways."
  4. Manual on Uniform Traffic Control Devices, Section 1A.13 Definitions of Words and Phrases in This Manual: "Expressway—a divided highway with partial control of access." and "Freeway—a divided highway with full control of access."

Lihat juga[sunting | sunting sumber]